Sunday, 11 February 2007

Penghijrahanku Menuju RedhaMu....Ya Allah.

Assalamulaikum.......Buat pembaca blogku...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih lagi diberi nikmat iman dan islam serta semangat keukhuwahaan dan persaudaraan,Betapa indahnya dan sucinya sesebuah ikhuwah itu,jika ianya sentiasa dihiasi dengan sebuah keikhlasan dan keimanan.Kasih sayang itu adalah seuatu yang suci walaupun ia diakhiri dengan perpisahan,perpisahaan meninggalkan tempat kelahiranku,Hidupku sentiasa bermusafir alias mengembara..nun jauh diperantauan..kiniku menjejaki bumi UK,bumi yang asing bagiku..jauh dari segala-galanya..

Selamaku berada di Uk ni banyak perkara yang ku pelajari sama ada dari segi budaya dan corak kehidupannya yang penuh kebebasan,serta melihat warna warni kehidupan harian pelajar malaysia yang berbagai jurusan,ada yang terikut-ikut rentak kehidupan barat dan masih ada lagi yang masih mengekalkan kehidupan kemelayuanNya,Apa yang penting Batas-batas keagamaan masih lagi dicerna dan dihiasi dalam setiap kehidupan.

Mahupun tidak.Ku gembira dengan perjalanan dan hijrah ku ini,Berjalan,berfikir dan menafsir nikmat bumi ilahi yang tak terkira,Namun gembira tak semestinya berterusan kerana duka sentiasa mengiringinya,begitu juga gembira saling bertukar ganti.Dan duka lah yang menjadikan aku supaya sentiasa mengharapkanNya dan membuatkan aku berfikir...kenapa dan kenapa??Dan kuberfikir lagi,Ini lah Qada dan QadarMU Ya Rabb.. Yang mahukan aku berada dibumi UK...Bumi yang asing bagiku..untuk mengambil pelajaran dan pengajaran dengan penghijrahaan ku ini....

Ya Allah,Damaikan dan suci kanlah hatiku ini dibumi yang baru ku jejaki dan berharaf sentiasa menyelusuri jalan-jalan dakwahMu serta mengharafkan pertolonganmu,Agar hambamu ini sentiasa sabar dan mampu menghadapi apa jua dugaan dan cabaran,kepadaMu aku meminta...Ya Rahman Ya Rahim....ameen
.
Ya Allah...........Setiap apa yang engkau jadikan dan takdirkan,semuaNya ada hikmah, insyaallah.Aku sentiasa bersyukur dan redha atas ketentuanMu dan penghijrahaanku ini,..Ya Rabb...

YA ALLAH....KURNIAKANLAH KASIH SAYANGMU DAN KASIH SAYANG ORANG-ORANG YANG MENGASIHIMU KEPADA KU...Amen

No comments:

Post a Comment