Dah 7 tahun aku berhijrah mencari erti sebuah kehidupan...dari satu negeri ke satu dan dari satu negara ke satu negara..mesir,indonesia dan sekarang kat Uk,namun diri ini rasa kekosongan....Dalam mencari hakikat hidup yang hakiki,justeru itu sahabat2 ikhwahdan ukhwat marilah kita bersama dalam "Ijlis Bina Numan Saah.."Berkongsi dan mengambil pengajaran serta iktibar untuk mentajdidkan iman......Ketika ku melangkah dan menjejaki bumi Uk..tanpa rehat...Aku terus mengambil peluang dan ruang mengikuti akitivit-aktiviti tarbiyah seperti PMS dan Tamrin baru-baru ini....maka rasa rugi lah kalau pgram-pgram seperti ini ditinggalkan sedemikian rupa...Masa tidak menunggu kita,ianya akan berlalu dan terus berlalu...tanpa berundur kebelakang kembali..IniDikukuhkan lagi oleh Allah s.w.t dalam Surah al-ashr...DEmi masa...kalimat yang jelas dan penuh bermakna...Tidak hairan lah Sahabat-sahabat Rasululllah dahulu kala pantang mendengar majlis ilmu..mereka akan berlumba-lumba dan haloba mendengar tapi bagaimanakah dengan diri kita hari ini.....?????
Bila aku memikir persoalan ini,tiba-tiba terdengar gemersik suara generasi pelapis berkata..."kita semua adalah dae seperti mana yang terselit dalam risalah hassan al-bana..dakwah tuna....Kata-kata ini merupakan gambaran dan perwatakan yang sungguh unggul dan tinggi untuk meraih masa depan bersama Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w......
Biarpun noktahnya panjang dan berliku,namun keingginan dan keimanan yang tulus untuk mendapat syurga ilahi serta paling utama ialah mendapat keredhaannya.Ianya merupakan satu bekalan yang terakhir untuk dibawa sebagai bekalan kebahagiaan di akhirat nanti.
Hari demi hari,bulan demi bulan dan Tahun bersaling ganti...Kerja-kerja dakwah penuh menanti dan ternanti-nanti kerterlibatan Ukhwah dan Ukhwat serta Brother dan Sister semua.Semangat obor perjuangan dan keikhlasan diperlukan....Aku teringat kata-kata ustaz ketika membentangkan surah Al-baqarah ayat 143 melalui tafsir Fii Zilal Quran dalam satu usrah di leed....Ustaz bertanya tentang pengajaran ayat 143....Ku lihat Anak didiknya kiri-kanan tekun dan penuh semangat mencari khulasahnya.....Sedangkan diriku cuba mengungkap maknaNya mengikut konsep fiqh Dakwah.....konsep yang yang jarang ku pelajari...aku hanya insan yang banyak menumpukan perhatian pada Hukum Syariah....
Lalu ku renung kembali ayat itu dan aku cuba buka seluas-luasnya makna yang tersirat....lalu aku dapat pengajarannya...bahawa ayat ini berkontek dakwah dan sesiapa sahaja yang beragama islam mempunyai taklifan dan tanggungjawab besar,tak kira jurusan apapun...akauntan,inggenering,multimedia,ariktek dan pendidikan islam samaada diplomanya,degree,master dan Phd atau professor .... SemuaNya memikul tanggungjawab dakwah selagi mengucap khalimah syahadah....
Dakwah..dakwah...dakwah....oh dakwah...hatiku berkata.."Apakah terlalu tinggi dan besar pengharapan itu????Aku kembali menatap pengajara ayat itu sepuas-puasnya...lalu aku dapat kesimpulan bahawa nabi menjadi saksi menyampaikan islam kepada kita dan kita pula mesti menyampaikan islam kepada manusia lain....
Hatiku bagaikan luluh dan seakan-akan menitiskan airmata keinsafan...mengenangkan umurku sekian hari merangka senja....Apakah sumbangan ku terhadap islam sejak aku meningkat remaja dan dewasa???.....aku masih dalam kekerdilan banyak kekurangan.........ya allah....
Wahai Adik-adik kesayanganku yang cintakan islam...
Kita yang menganuti Agama Allah yang suci ini mempunyai taklifan besar....kita sebgai muslim secara mutlaknya menjadi seorang daie.....sepertimana kata ustaz dalam beberpa pgram dan usrah...kalau bukan daei kepada allah ,bererti ia adalah daei kepada selain Allah s.w.t .tidak ada caranya ,sebab dalam hidup ini kalau bukan islam bererti hawa nafsu....baca risalah hasan al-bana dalam bab dakwahtuna...
Hidup di dunia ini adalah sesuatu tipuan dan gurauan malah satu permainan dalam batas-batas waktu yang tersedia untuk memilih secara kebebasan,kemudian sisa-sisa masa yang terbuang itu hanya lah peninggalan sia-sia dan akan dipertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t nanti...
Oleh itu sekalii hidayah sampai,Maka peganglah,jangan sekali-kali mencicirkanNya,Titiplah titis-titis dakwah dengan menyeru manusia lain kejalan Allah,mengislah diri,keluarga,masyarakat serta kawan-kawan ditempat study dan kerjaya beriringan dengan manhaj dakwah Rasulullah S.A.W..
Wallahua"lam
Tuesday, 6 March 2007
Kita Adalah dae
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum..maaf kiranya saya memberi komen di blog saudara...begitulah menjadi seorang dae adalah tugas yg sangatlah berat tetapi kita juga berdoa n berharap agar kita memfokuskan dakwah ini kepada semua orang seluas-luasnya dengan hati yang terbuka tanpa mengira sama ada kumpulan sasaran itu adalh dari mana2 jemaah/ level kefahaman/ tarbiyyah sekalipun...sekalipun dia bergelar sebagai orang kafir sesungguhnya dia ada hak untuk menerima da'wah dari seorang da'e..tidakkah begitu??
ReplyDeleteDari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Apabila umatku membesar-besarkan dunia,maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amr-bilma'ruf dan nahi-anil-mungkar,mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah SWT."(kaza fi ad-Dar an al-Hakim wa at-Tarmidzi).Dgn merenung hadith di atas dapat diketahui bahawa meninggalkan amr-bilma'ruf dan nahi-anil-mungkar adalah punca kemurkaan dan laknat Allah SWT.Apabila ummat Muhammad SAW meninggalkan kerja tersebut maka ummat ini akan ditimpa dgn berbagai2 musibah yg dahsyat,penderitaan dan kehinaan.Mereka tidak lagi akan mendapat sebarang pertolongan dan bantuan ghaib daripada Allah SWT.Firman Allah SWT yg mafhumnya "Sesubgguhnya golongan-golongan(agama)Allah SWT itu aialah orang yang berjaya".(al-Mujadalah:22)
ReplyDelete