Assalamualaikum......
Mungkin akhir ramadhan ini,semua orang sibuk dalam persediaan menyambut raya...tak kira peringkat umo..orang tua,orang muda dan kanak-kanak,Malah ada yang mengira jari menghitung masa...bila kapannya raya??/Heeehee ada yang membuat telahaan jumaat ini dan juga sabtu...macam-macam gaya dan ragam..senonimnya...sungguh mencuit hati..kata A....alamak kalau raya jatuh hari jumaat...macam yerk??Aku belum berbelanja untuk barang dapur....abislah....tak ada yang nak di masak?/
Bila kita berfikir semua ini..Kita dapat rumusan formula bahawa dalam dakwah juga ada cara,teknik and skillnya..Masing-masing ada kemampuan tak kira Brother dan sister...orang tua dan orang muda....bergerak dan bersatu hati mengembleng tenaga menyiup ruh dakwah...Tetapi kita harus ingat bahawa jalan dakwah ini berliku dan panjang...
Kata syaikh abbas Hassan As-Siisi Dalam kitabnya..Ath-Thariq ila Al-quluub mengatakan bahawa Syaikh Hassan al-Banna pernah berkata..Ketika ikhwah menanam biji-bijian diatas tanah,pasti mereka menutupinya dengan tanah,sehingga biji itu dapat tumbuh dan bertambah besar.Tak berpa lama,maka batangnya mulai muncul ke permukaan tanah.
Ini adalah sunatullah dalam pencitpaan_nya,begitu juga jalan dakwah,Namun ada sebahagian kita terburu-buru dalam memetik buah dan menuai hasilnya.Padahal sesungguhnya itu tidak dapat dilakukan dalam tempoh sehari semalam.Oleh itu seorang Daie harus bijak menggunakan minda dalam mengapai madhu.....ada yang pergi dan ada yang datang...jangan sekali-sekali terukir diwajah rasa kesedihan berbau masam alias kebencian,malah santaplah mereka dengan sebuah senyuman dan doa agar Allah bukakan hati untuk kembali bersama-sama.
Sesungguhnya jalan menembusi hati dakwah tidak bergantung pada ceramah,khutbah atau pengajian saja,Tetapi dapat menggunakan cara-cara yang menyenangkan hati,namun tidak menyimpang dari ketentuan Syar"i
Sebagai contoh,Nasyid islami yang dapat membangkitkan semangat harakah islamiah "HAMAS" di Palestina.Nyanyian tersebut hanyalah salah satu cara yang dapat menarik hati dan menyentuh perasaan..
Wassalam
Wednesday, 10 October 2007
MenGGunaKan SaraNa YanG MenYenangKan Hati
Posted by ana muslim at 06:05 0 comments
Labels: Dakwah
Ku Pohon Jua KeampuNaN_Mu
Assalamualaikum. .....
Melalui akhir Ramadhan ini,Marilah kita bersama-sama
bermuhasabah dan merenung serta menginsafi diri atas
dosa-dosa yang lalu.
Nabi bersabda..." Faya "ajaban liman adraka ramada na
fala yughfarullah. ."
Maksudnya..Alangkah hairanya(ajaibnya) bagi orang yang
telah samapai umurnya kepada menjelang
ramadhan,apabila habis Ramadhan hairan kalau dia tidak
mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua
dosa-dosanya. ."
Justeru itu,Tidak ada insan yang tidak berdosa
melainkan nabi yang maksom,Namun Nabi tetap berdoa dan
mengerjakan ibadah hinggakan bengkak kedua kakinya.
Malah kita lihat dizaman ini banyak perkara yang
terpaksa kita renangi dan kita tempuhi ,Akibatnya kita
terpaksa menerima kemurkaan Allah s.w.t kepada
hambanya.
Disana sini bala bencana mencengkam,Musibah
demi musibah yang tak terfikir oleh otak kita
bagaimana kanak-kanak dirogol dan dibunuh.Semua ini
menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah s.w.t.Allah
s.w.t tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa
manusia.
Kerana itu dalam ramadhan ini,memang boleh
menghairankan orang yang sempat hidup sampai
ramadhan,apabila habis,dosanya tidak terampun.
Malah sahabat-sahabat berlumba-lumba beramal dan akan
menangis bila berlalunya Ramadhan.... Adakah kita
seperti mereka ...bagaimana janji-janji dan amal kita
yang kita ikrarkan setiap hari bila membaca doa
iftitah dalam sholat sehari semalam....hidupku, matiku
dan sebagainya.. semua adalah kerana
Allah.......
Berfikirlah dan renungi lah agar hari in,kita memulakan langkah
dengan menunaikan perintah Allah yakni sholat lima hari
sehari semalam...Bagi yang baru mula berjinak-jinak
dengan sholat...ayuh teruskan...Dan berdoalah pada
malam lailatul qadr ini seperti doa yang nabi seru
kepada isterinya aisyah ...
..."Allahumma innaka "afuun un karimun tuhibul "af wa
fa" fu annni"....
Maksudnya... ..Ya Allah kamulah tuhan yang sangat suka
mengampun,ampunkanl ah dosa-dosa saya.."
Wassalam
Posted by ana muslim at 05:58 0 comments