Wednesday, 10 October 2007

Ku Pohon Jua KeampuNaN_Mu

Assalamualaikum. .....

Melalui akhir Ramadhan ini,Marilah kita bersama-sama
bermuhasabah dan merenung serta menginsafi diri atas
dosa-dosa yang lalu.

Nabi bersabda..." Faya "ajaban liman adraka ramada na
fala yughfarullah. ."

Maksudnya..Alangkah hairanya(ajaibnya) bagi orang yang
telah samapai umurnya kepada menjelang
ramadhan,apabila habis Ramadhan hairan kalau dia tidak
mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua
dosa-dosanya. ."

Justeru itu,Tidak ada insan yang tidak berdosa
melainkan nabi yang maksom,Namun Nabi tetap berdoa dan
mengerjakan ibadah hinggakan bengkak kedua kakinya.

Malah kita lihat dizaman ini banyak perkara yang
terpaksa kita renangi dan kita tempuhi ,Akibatnya kita
terpaksa menerima kemurkaan Allah s.w.t kepada
hambanya.

Disana sini bala bencana mencengkam,Musibah
demi musibah yang tak terfikir oleh otak kita
bagaimana kanak-kanak dirogol dan dibunuh.Semua ini
menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah s.w.t.Allah
s.w.t tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa
manusia.

Kerana itu dalam ramadhan ini,memang boleh
menghairankan orang yang sempat hidup sampai
ramadhan,apabila habis,dosanya tidak terampun.

Malah sahabat-sahabat berlumba-lumba beramal dan akan
menangis bila berlalunya Ramadhan.... Adakah kita
seperti mereka ...bagaimana janji-janji dan amal kita
yang kita ikrarkan setiap hari bila membaca doa
iftitah dalam sholat sehari semalam....hidupku, matiku
dan sebagainya.. semua adalah kerana
Allah.......

Berfikirlah dan renungi lah agar hari in,kita memulakan langkah
dengan menunaikan perintah Allah yakni sholat lima hari
sehari semalam...Bagi yang baru mula berjinak-jinak
dengan sholat...ayuh teruskan...Dan berdoalah pada
malam lailatul qadr ini seperti doa yang nabi seru
kepada isterinya aisyah ...

..."Allahumma innaka "afuun un karimun tuhibul "af wa
fa" fu annni"....

Maksudnya... ..Ya Allah kamulah tuhan yang sangat suka
mengampun,ampunkanl ah dosa-dosa saya.."


Wassalam

No comments:

Post a Comment