Saturday, 15 November 2008

KeredhaanNya sahaja lah yang ku pohon

Tinggal genap seminggu lagi sebelum kami memulakan langkah kami ke tanah suci Madinah...
Tanah di mana rasullullah s.a.w yang amat di kasihi pernah suatu masa dulu berjuang disitu,
Bumi di mana jasadnya di semadikan,
Madinatun Nabi,
tumpahnye suka duka junjungan kita yg tercinta...

Apakah perasaanku?
Rasa yang amat gembira dapat aku 'bersua' dengannya,
Aku berharap aku nanti dapat menghirup roh semangat perjuangannya,
Nabi yang sangat aku cintai dan yang sedaya upaya cuba aku contohi..

Di sebelah kuburnya pula, kubur sahabat yang di kasihi, Abu Bakar dan Umar r.a.,
yang ceritanya aku telah aku dengar daripada ceramah-ceramah,
Kagum dengan betapa setianya mereka di samping rasulullah tercinta,
semua seerah yang ku baca, kini aku berpeluang untuk 'merasai' kenangan mereka...

Ya Allah, kedatanganku hanya mengharapkan keredhaan Mu,
Cukuplah jika aku pulang nanti, aku mendapat secebis keredhaanMu,

Terimalah kedatangan ku............

Labbai Kallah Humma Labbaik, Labbaikala Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda Wanni'mata Laka wal Mulk La Syarikalak.....

"Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu.... Hambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu....

3 comments:

  1. Semoga selamat pergi dan kembali Ustat. Moga Haji Mabrur...

    ReplyDelete
  2. doa kami semoga ustaz n lin selamat pergi dan kembali dengan keredhaanNya jua insyaAllah... amin

    ReplyDelete
  3. Jazakumullahu khairan kepada azran, kak kina dan abang shukri...

    moga2 kita berjumpa lagi lepas ini...

    ReplyDelete