Ni kali ke tiga menulis blog hari ini... apa2 yg terlintas, ditulis saja...mana tahu ada manfaatnya..
Terpanggil untuk menulis sebelum tidur malam ini...kisah mengenai syukur..
Dalam Al quran- banyak sangat ayat pasal syukur ini... salah satunya..
"Dan apakah sangkaan orang-orang yang mengada-adakan kata-kata dusta terhadap Allah, (tidakkah mereka akan diazabkan) hari kiamat kelak? Sebenarnya Allah jualah yang melimpahkan kurnia kepada manusia (meliputi rezeki pemberianNya dan hukum-hukum Syarak yang diturunkanNya), tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. (Surah Yunus : 60)
Sangat betul apa yang dinyatakan dalam Al Quran.... kebanyakan kita kurang bersyukur, termasuklah diri aku sendiri...padahal banyak betul pemberian yang Maha Esa..
Manusia, kita biasanya nampak apa yang kurang sahaja...tapi tidak mengira betapa banyaknya apa yang telah diterima..
Kenapa aku menulis entri ini? Sebagai muhasabah diri...yang kengkadang terlepas pandang untuk bersyukur...moga-moga dengan entri ini dapat mengingatkan aku untuk bersyukur, untuk lebih memuji Nya diatas segala pemberian Nya kepada ku...
Banyak perkara berlaku akhir-akhir ini...menguji ramai orang yang aku kenal... sekelip mata sahaja jika Allah mahu untuk menarik balik rezeki yang diberinya...sekelip mata sahaja jika Allah mahu memalukan sesiapa, sekelip mata juga Allah jika mahu dapat menggoncangkan rumahtangga seseorang...sekelip mata juga Allah dapat menarik nyawa yang paling rapat disisi...
Kadang-kadang kita rasa, masalah kitalah yang paling besar di dunia...tiada taranya lagi...sebab itu lah ada kes-kes bunuh diri...baginya masalah itulah segala-galanya...padahal Islam mengajar kita akhirat itulah segala-galanya....
Teringat berborak ngan Azie dan Abg Tariq di suatu petang...sehabisnya phD ni akan mematangkan si pelajar tadi...lagi lama buat phd lagi matang jadinya...tapi nak mengharungi phD ni perlukan spiritual yg kukuh, tegap dan mantap... sebab itu penulis perhatikan even chinese student dalam research group yg sama sgt aktif ke gereja...masakan tidak, banyak dugaan boleh melanda sepanjang tempoh belajar...jika spiritual dan semangat yang tidak kuat, terjadilah seperti seorang pelajar Cina di UKM (kalau x silap) yang membunuh dirinya dan 2 org anak nya gara2 phD...di UK juga terdapat pelajar melayu yang cerai berai disebabkan phd...di nottingham university , ada pelajar cina yang terjun drp bangunan researchnya krn pHD...dasyat-dasyat....
Dalam Islam, apabila kita di landa masalah, kita di ajar untuk take a step back, get your senses, look at other people yang mengalami kesusahan lebih drp diri kita dan ingatlah pada Ilah yg Satu.... membawa kita kepada syukur...bersyukur kerana Allah masing sayang pada kita kerana masih memberi hidayah dan jalan2 hidayah kepada kita...bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk membuktikan keimanan kita...
Apalah masalah kita ini dibandingkan mereka di Gazza? Saban hari melihat mereka yg disayangi meninggal dunia didepan mata...Teruk betul kita ni...selfish!! Padahal masalah saudara kita lagi teruk yg lagi perlu diamati...
Apa yang pasti... di setiap peringkat PhD ini, Allah mengajar aku...mengajar aku satu persatu konsep dan menanamkan dalam diriku... aku masih ingat ketika Allah mengajarku konsep redha (tapi itu cerita lain)...dan kini aku sedang belajar erti syukur........
No comments:
Post a Comment