Wednesday, 18 February 2009

Saatnya untuk menikah...


Tetiba lepas terjumpa artikel bertajuk seperti diatas, di dakwah.info... terasa nak menulis bab ni pula...

Realitinya, manusia fitrahnya berpasang-pasangan....begitu cantiknya Islam yg meraikan fitrah manusia dan menggalakkan penganut2nya untuk berpasangan secara sah dan halal...bukan seperti agama-agama lain yg memberi syarat untuk lebih dekat dengan Tuhan untuk meninggalkan SEMUA perkara yg berkaitan dengan nafsu...termasuk halangan untuk mempunyai ikatan dengan opposite gender...


Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang."

Lepas tu, datang the next important question, who should I get married to? Bagi yang masih muda dan single, mesti ada terfikir, who will my Mr. Right be?
Begitu juga dengan yang teruna, akan termimpi-mimpi siapakah gadis pilihan yang akan mengisi jiwa yang kosong ini..pelbagai ideal fizikal dan karakter akan muncul dalam benak kita...apa tidaknya..kita di sogokkan dengan paparan Mr. Right and Beauty queen dalam filem-filem Hollywood yang kita tengok...kita impikan pasangan seperti didalam filem-filem itu...

Tapi, wahai adik-adikku,

Filem Hollywood itu bukanlah realiti, dan juga personaliti-personaliti yang di tonjolkan indah sekali didalam tayangan mereka tidak akan menjamin kebahagiaan yang kita cari....percayalah yang kebahagiaan yang kita selalu mimpi-mimpikan akan tercapai hanya dengan mendengar nasihat yang menciptakan kita, yang mengetahui hati budi manusia seluruhnya...

Melalui kekasihNya, kita tahu bahawa ...

Sabda baginda rasulullah : “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang beragama kelak kamu akan beruntung” (hadis sahih riwayat bukhari dan muslim).

Jadi karakter2 impian kita yang paling pentingnya ialah si dia yang beragama...yang berpegang teguh dengan deennya, walau pun datang ribut melanda...jika syaitan berjaya mengusiknya, si dia yang mempunyai iman akan dapat di nasihati dengan ayat-ayat Tuhannya, dengan nasihat-nasihat ar-rasul junjungannya...maka pastinya, itulah jaminan yang terindah sekali...

Tidak guna, wajahnya seayu bidadari dunia, lemah lembut dengan potongan badan yang menarik seklai...tidak guna juga si teruna yang kacak tidak terkira, memiliki harta melimpah ruah, pandai sungguh berkata-kata dan mengambil hati....Tidak berguna semuanya itu jika si dia itu tiada iman yg teguh...pada ketika glitches happen in the marriage, wajahnya tidak akan kelihatan begitu ayu, kepetahan kata-katanya boleh membawa kepada sakit hati, hartanya hanya menimbulkan sengketa....tetapi, dengan iman yang kukuh, pastinya, si dia akan berlaku adil dan penuh kasih sayang kepada kita kerana itu adalah ajaran deennya...

Bagi yang sedang memilih, sedang membuat keputusan, ikuti lah nasihat PenciptaMu, sudah pasti kamu tidakkan akan sesekali rugi.....

Dan inshaAllah jika menikahnya kerana Tuhannya, pada saat itulah isterimu menjadi bidadari dunia buatmu, dan suamimu lah yang paling hensem di dunia buatmu :)

ps: inshaAllah ada masa, penulis akan kongsi cerita nikahnya...Getting Married in 5 days ;-)

No comments:

Post a Comment