Tanggal 16 April 2009....
Hari Tuhanku menyapa manja....
Menyedarkan aku drp lamunan hidup..
Terima kasih Tuhanku diatas ingatanMu buatku...
Jika Allah mahu mengambil nyawa, tiada siapa yang dapat menghentikanNya...
Jika nasi itu sedang disuap ke mulut, belum tentu ianya pasti menjadi rezki kita...
Hari khamis yg lepas, Allah menyapa ku lembut diatas kecuaianku..
Rumah ku penuh dengan asap kelam, menutup rongga-rongga cahaya..
Suami ku tercinta menelefon aku yg tika itu berada di sekolah..
Hanya sempat memanggil namaku disertai batuk kesesakan nafas...
Aku bagaikan orang gila...
Terus memecut berlari kearah rumah ku yg kira-kira 10 minit kalau berjalan biasa...
Tidak pernah aku berlari selaju itu..
Aku bergegas ke tingkat 3, rumah ku itu..
Kelihatan sang suami sedang batuk dan cuba mengeluarkan asap dari rumah..
Aku lantas mengheret suami ku keluar drp bangunan itu dan terus menelefon bomba..
Akhirnya 3 trak bomba datang kerumah, barangkali kaget dengan kata2ku di telefon..
Dengan nada separuh kaget aku menyeru..
There is a fire in my house!
Selepas 30 minit, semuanya selesai..
sang bomba memberikan kata-kata nasihat dan memasang fire alarm yg baru...
katanya tiada kerosakan berlaku...hati-hati ya lain kali...
Aku meluru ke dalam rumahku...
Alhamdulillah Ya Robb,
Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang,
Aku hambaMu yang sangat bersyukur,
Kerana menyapaku lembut, penuh mendalam...
Tiada kerosakan didalam rumahku...
Semuanya sama seperti sediakala,
Alhamdulillah buat Tuhan Semesta Alam...
Sekadar bauan asap memenuhi segenap ceruk...
Suamiku akhirnya pulang drp hospital,
Doktor mahu pastikan semuanya seperti biasa,
Alhamdulillah sekali lagi wahai Tuhan yang mendengar isi hati..
Hari ini,
Badan aku masih sakit-sakit akibat pecutan larian yg tidak kusangka itu,
Terlintas di hati, kalau begini aku berlari kerna seorang suami dan rumahku,
Kalau kerna seorang anak, pasti timbul kekuatan utk berlari dua kali ganda lagi laju...
Syukur ya Robbi...
Apa yang aku belajar dari drama ini?
Allah lah yang memegang nyawa-nyawa kita semua...
Kita tiada daya utk menghalangnya jika pun kita mahu..
Tetapi jika Allah ingin menyelamatkan kita...
Biar pun betapa dasyat dan mustahil perkara itu..
Pasti tetap akan terpelihara...
Harta dunia milik kita hanyalah pinjaman sahaja,
Boleh diambil olehNya bila-bila masa sahaja,
Jesteru syukur itu yang paling utama,
Di setiap detik nafas yg tersisa..
Jangan kita disebukkan dengan perkara-perkara menjangkau langit,
Permasalahan-permasalahan cabang disana sini,
Ingatlah kita pada asas kehidupan dan fitrahnya,
Entah kita hidup di keesokan hari, entahkan tidak....
Saturday, 18 April 2009
Sehari berdrama...
Posted by ana muslim at 03:44
Labels: Pengalaman, tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah, selamat semua nya.Pengajaran untuk semua juga... ^__^
ReplyDeleteAlhamdulillah.... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. sekali Allah swt menguji baru terasa nikmatnya. Syukur semua selamat...
ReplyDeleteyeap betul tu kak kina...ada hikmahnya semua yg berlaku...
ReplyDelete