Friday, 22 May 2009

Berakhirnya tutorial.. part I


Minggu ni, minggu terakhir saya 'menjaga' tutorial buat semester ini dan juga harap2nya berakhirnya for good di Department of Electronic and Electrical Engineering di Universiti of Sheffield ini...

Mungkin saya boleh berkongsi pengalaman dengan pembaca semua menjadi demonstrator di department ini dan membandingkan dengan tutorial di Malaysia. Saya sempat membawa tutorial di UIA selama setahun sebelum terbang ke UK utk melanjutkan pelajaran..

Termasuk tahun ini, dah 3 tahun berturut2 saya menjaga tutorial... Saya menjaga satu group untuk tahun 1 undergrad dan juga satu lagi di tahun dua... Tahun satu, demonstrator ini di panggil sebagai superdemonstrator kerana perlu menguasai 4 subjek sekaligus dan monitor student2 di dalam group masing2... Satu group adalah dalam 7 hingga 8 orang... Dan buat group tahun 1 ini, hanya dua jam seminggu....

Tutorial buat tahun 1 ni, pada semester pertama merangkumi 4 subjek berbeza, manakala di semester kedua 4 subjek yg lain pula...pada tahun pertama mengambil tutorial ini, mmg penat juga nak menelaah 8 subjek kesemuanya...dan perlu menjawab soalan2 pelajar jika ada...(biasanya adalah, cuma di akhir semester kedua, biasanya pelajar dah malas ke tutorial, tinggallah hanya beberapa kerat) ... Tapi utk tahun kedua dan ketiga mengambil tutorial ini, alhamdulillah dah mudahlah sbb gunakan sahaja apa yg telah dipelajari...

Siapa pelajar dlm group tutorial tu? ada mat saleh, ada org cina drp negara china, ada org germany, ada org india...campur2 kesemuanya...

Buat tutorial utk tahun kedua undergrad tu, saya menjaga tutorial semiconductor yg di ajar oleh supervisor saya. Saya menjaga tutorial ini baru dua tahun...bagi saya tutorial ini lagi mencabar sebab banyak konsep2 semiconductor yg perlu difahami dan di terangkan kepada pelajar2...Tutorial ini takde group2 kecil, jaga saya kene menjaga tutorial utk satu kelas, dalam 40 orang...

Mungkin ada yg tertanya2, kenapa saya jaga tutorial ni yek? Erm, pada mulanya saya ambil krn rasa excited nak menjaga tutorial di established university dan juga menimba pengalaman di samping dapat meletakkan kerja ini didalam CV. Supervisor saya yg mulanya menyuruh saya mengambil kerja ini kerana katanya saya perlu menimba pengalaman ini krn nanti saya akan balik mengajar di UIA. Supervisor saya ini sangat berhati2 memilih studentnya utk menjadi demonstrator, sbb ada juga di kalangan studentnya yg lain ingin menjadi tutor tetapi dia tak memberikan persetujuannya. Kenapa agaknya supervsior memilih saya? entah, saya pun tak tahu...kadang2 susah nak baca supervisor saya ni, kadang2 kita ingat niat dia murni tapi kebanyakan masa, banyak udang di sebalik batu...Setelah tiada lagi scholarship drp KPT dan UIA, saya mengambil peluang meneruskan tutorial ini utk mencari rezki...takdelah dpt banyak tapi boleh lah membantu dikala terdesak tu..

Banyak sebenarnya saya nak berkongsi tentang tutorial ini dgn semua...tapi kerana kesempitan masa, saya akan menulis dikit berdikit...inshaAllah sambung lagi..

2 comments: