Wednesday, 18 April 2007

Ya Allah!!! Besar Dan Agungnya Nikmatmu....ISLAM

Di dalam kehidupan kita,Maybe kita akan tercari-cari dan tertanya-tanya Apakah nikmat yg paling besar kurniaan ilahi,Tak dapat tidak,kita akan menyatakan bahawa nikmat yg paling besar adalah nikmat ISLAM,Oleh itu kita sebagai seseorang muslim sepatutnya bersyukur atas kurniaan ilahi,Malah dimasukkan dalam kelompok Umat Nabi muhammad s.a.w yakni umat yang terbaik.

Ini telah dijelaskan dalam Al-Quran yg bermaksud... : "Pada hari ini ,telah ku-sempurnakan untuk kamu AgamaMu dan telah ku cukupkn kepada mu Nikmatku,dan telah ku redhai ISLAM itu Agama bagimu.""..Surah Al Maidah.


Apakah Kewajiban Kita ke atas kurnia yg kita terima...???

Tentu yg pertama bagi seorang muslim ialah melaksanakan kewajiban terhadap Allah s.w.t, Sekiranya kita engkar dan tidak melaksanakannya beerti kita adalah manusia yang paling tidak tahu berterima kasih.Kekadang dunia hari ini,ada manusia yg alpa dan lalai,malah sengaja dan menyatakan malas serta sibuk dengan kerja-kerja dan juga kuliah,Nak menunaikan sholat pun penuh kharenah dan alasan..

Apatah lagi nak menyeru orang ke jalan allah... jalannya panjang dan berliku..Apatah lagi seorang Dai"e perlu merintis dan menunjukkan panji-panji or jalan-jalan kebajikan,yang jarang-jarang sekali dibuat ... seperti mana yang dinukilkan dalam kitab MUntalaq,Example: membuang duri di tengah jalan..walaupun kecil didepan manusia tetapi besar dan dipandang mulia oleh Allah s.w.t.Bahkan kekadang seseorang itu tidak cukup dengan keindahaan kata tetapi ianya perlu menjadi cermin dan mempamerkan dan pelopor or perintis kepada kebajikan.

Rasulullah s.a.w bersabda..."Siapa yg menunjukkan jalan kebajikan maka ia memperolehi pahala(seperti pahala orng yg melaksanakannya.)

Begitu juga dengan seorang muslimah or sister or ukhwat...Harus menjaga diri dan maruah,jangan biarkan diri terperangkap dengan kejahilan seperti pergaulan bebas dan ikthilat semakin membudaya dan berakar umbi dalam persatuan serta membuka aurat disamping kosmetik dan farfum yg amat menarik,tanpa pantauan kedua orang tua yg dok jauh disana...Betapa sedih dan hibanya kita melihat keadaan sebegini....walau islam itu bertoleransi tetapi ada batas dan hadnya...So,hiasi lah diri dengan keindahan akhlak islam serta tunjukkanlah obor dan panji kebajikan.Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.



Aduh!Adakah sikap kita seperti ini??

Apakah yang akan kita jawab dan persembahkan kepada Allah s.w.t suatu hari nanti....Beginikah kita sebagai pengikut Rasulullah s.a.w yang tulus dan setia dan mahu menjadi seorang muslim yg benar-benar beriman.

Fikir!!!Erti menerima islam....

Kekadang kita dengar seseorang mengatakan saya adalahseorang muslim atau saya telah menerima islam..automatik menjadi seorang muslim?

Apakah ini beerti seorang penganut brahma yg mengucapkan mentera-mentera berbahsa sanskrit atau seorang yg mengucapkan ungkapan2 berbhasa arab ,walaupun tidak memahami makna yg terkandung dlm ucapan mereka ,pantas disebut muslim.Pasti kita akn menjawab tidak!

Adakah kita pasti akan mengatakan bahawa erti menerima islam adalah bhwa seseorang harus dgn penuh kesedaran dan kerelaan menerima apa yg telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan bertindak sesuai dgn ajaran tersebut,klu ia,Maka ia adalah seorang muslim,klu sebaliknya,tepuk dada tanya iman........

Syarat pertama:Pengetahuan

Kesimpulan yg kita dapat ialah pertama bahawa islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikan pengetahuan tersebut....

Sebagai contoh,Seseorang tidak dapat menjadi menjadi seorang muslim tnpa memiliki pengetahuan ,kerana islam tidak diperolehi kerana faktor keturunan tetapi kerana pengetahuan,klu orng yg berkaitan tidak mengetahui apa yg diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w ,bagaimana ia boleh menyatakan keimanannya kpd ajaran tersebut dan mempratikannya ???.....

Adalah tdk mungkin utk menjadi seorang muslim dan hidup sebagai seorang muslim tanpa mengetahui apa-apa..kerana seseorang muslim yg sebenarnya hanyalah seorang yg tahu,apa makna islam yg sebenarnya dan menyatakan keimanannya kepada islam dgn penuh kesedarannya..

Oleh itu kenapa kita lalai dan alpa serta tidak bersikap serius dan bersungguh-sungguh dalam mencari pengetahuan yakni ilmu,kerana Menuntut ilmu adalah kefardhuan bagi semua muslim..Yangg padanya bergantung hakikat kita disebut sebgai seorang muslim dan hidup seterusnya sebgai seorang muslim...bila kita bersikap dingin terhadap ilmu...diri kita boleh terancam bahaya kehilangan sesuatu yg amat berharga yakni iman...Bukankah iman lebih berharga daripada hidup?

Dari sekian banyak waktu yg kita habiskan utk berekerja dan study demi utk hidup,tdk dapatkah kita memperuntukkan 1/10 daripadanya utk hal-hal yg dpt melindungi iman kita...

Wahai Adik-adik seagama denganku...??

Ambiklah dan luangkanlah satu masa atau 1 jam dari 24 jam yg kita miliki sehari semalam utk mempelajari pengetahuan tentang ad-din(yakni agama islam)utkmemahami sebenar-benarnya risalah yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w ke dunia......baik remaja,pemuda dan orang dewasa mahupun yg sudah lanjut usia untuk mempelajari dan memahami kepentingan al-quran dan tujuan diwahyukan al-quran itu...

Kalau tidak pun,ikutilah usrah... jangan gentar dan takut,walaupun sinonimnya orang akan segan dan menjauhkan diri bila dengar jer perkataan usrah,satu kegerunan kepada mereka yg tidak tahu makna dan fungsi tujuan usrah,hanya mendengar bisikan kerisauan yg timbul dari segelintir pihak,mencuba dulu baru tahu hasilnya,tidak lain tak bukan adalah untuk mendidik iman dan amal kita,berkerjasama untuk memahami dan menghayati islam,disamping mengukuhkan persaudaraan sesama islam.

Kita lihat pada awal perjuangan Rasulullah s.a.w., baginda sangat mengambil berat tentang usrah di samping baginda berjalan dalam keadaan yang sirri (senyap). Ini dapat dilihat apabila Rasulullah memilih bait Arqam bin Arqam sebagai tempat usrah. Arqam ini seorang budak kecil yang memang tidak dijangka oleh orang kafir bahawa Rasulullah melaksanakan usrah di rumahnya. Kita lihat ini satu taktik atau sirriah yang dibuat oleh baginda.


wallahu alam

No comments:

Post a Comment