Friday, 15 February 2008

Valentine DaY


Semalam ketika Aku balik dari kerja.Satu kelainan Ku lihat dipagi hari,Hari yang cerah seakan-akan mendung berarak lalu,Lantas Kesana-sini terukir senyuman dan keceriaan dihati remaja-remaja orang putih dengan setiap kuntum bunga dan ada juga yang membeli kad,menempah cenderahati dan membuat tempahan hotel dan restauran untuk makan malam bagi meraikkan pasangan masing-masing.

Senario ini menarik perhatianku..Apakah geranganNya peristiwa hari ini...Rupa-rupanya Hari ini 14 Feb merupakkan detik perayaan menyambut valentine day iaitu hari kekasih.Malah perayaan ini sudah menjadi satu budaya bagi membudayai corak hidup masyarakat mereka.Namun hari ini virus-virus valentine ini juga membiak dan menyebarkan arus perdanaNya ke atas remaja islam hari ini.Mereka menerima dan mengikut apa sahaja tari dan rentak budaya dari barat tanpa banyak soal....Tanpa terlintas dibenak minda mereka untuk berfikir....Apakah perayaan itu mempunyai hubungan kait dengan sejarah,tradisi dan ajaran islam??

Bila Aku kaji dan buat penelitian terhadap semakan asal-usul valentine day ini.Maka terpantul 3 pendapat mengenainya:-

1.Bermula semasa pemerintahaan Empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 feb sebagai cuti bagi orang juno ratu kepada Dewa-dewa dan Dewi-dewi Rom

2.Merupakkan hari memperingati kematian St Valentine dan menjadikannya acara keagamaan.

3.Di ambil dari seseorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahaan Ratu Issabella dari sepanyol iaitu iaitu paderi No 2 selepas POPe.Ianya berkisar satu percintaan.


Bila kita baca dan tahu asal-usulnya ianya bukan dari agama.Maka jauhilah dari mendekati virus-virus ini untuk terus bersarang dibenak dan ruang lingkup kehidupan kita dan sampaikan lah penjelasan ini kepada sahabat-sahabat handai, rakan taulan dan keluarga tersayang agar kita tidak termasuk dalam perangkap tipu muslihat dan wacana mereka untuk merosakkan realti hidup masyarakt muda-mudi islam.Malah islam itu sendiri menekankan dan menyarankan kepada diri kita sebagai umatnya agar mempunyai satu identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain,kerana ianya bersangkut paut dengan penghayatan akidah ,perlaksanaan ibadah,muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat islam ini berbeda dan tak menyerupai dengan umat lain,Dalam erti kata tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama dengan peribadatan agama lain.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment