Thursday, 31 July 2008

Majlis Warna Warni Muslimah 2008



Terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini...moga ianya menjadi kenang-kenangan kita semua.....

26 Julai dalam kenangan ;-)

-----------------------------------------------------------------------------------------
Laporan Majlis :

LAPORAN MALAM KEBUDAYAAN

‘WARNA WARNI MUSLIMAH’ WWM 2008

DI SHEFFIELD, UNITED KINGDOM

Tarikh : 26 Julai 2008 (Sabtu)

Masa : 3.00 ptg – 7 ptg

Tempat : Vestry Hall, City Centre,Sheffield


Aturcara Program :


3.00 petang Ketibaan tetamu dan VIP
3.30 petang Pembukaan majlis
3.40 petang Ucapan pembukaan
3.55 petang Persembahan wakil lokaliti City
4.00 petang Persembahan wakil lokaliti Firth Park 1
4.15 petang Cabutan Bertuah 1
4.35 petang Persembahan wakil lokaliti Darnall
4.50 petang Persembahan Sisters
5.05 petang Persembahan wakil lokaliti Tinsley
5.25 petang Cabutan Bertuah 2
5.40 petang Persembahan pentomen
6.00 petang Pertunjukan Busana Muslimah
6.15 petang Cabutan Bertuah 3
6.20 petang Penyampaian hadiah Ratu, Putera dan Puteri
6.30 petang Persembahan slide Keluarga

6.40 petang Ucapan oleh wakil Helwa
7.30 petang Makan & Bersurai

Malam warna warni Muslimah buat julung kalinya diadakan ini melibatkan semua wanita di Sheffield yang terdiri daripada para pelajar, ibu dan kanak-kanak muslimah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk saling kenal-mengenal dan mengeratkan sillaturrahim yang sedia terjalin di kalangan kaum Hawa di bumi Sheffield. Majlis ini telah dianjurkan oleh Helwa di bawah Persatuan Mahasiswa Pelajar Melayu, Sheffield dengan kerjasama Majlis Syura Muslimun (MSM). Jemputan para tetamu khas daripada sisters Sheffield dan Puan Suzana mewakili MSD serta Puan Noor Zaitun Yahaya mewakili MSM memeriahkan lagi suasana majlis pada hari tersebut. Semua AJK yang terlibat pada hari tersebut telah bersiap sedia seawal jam 2.00 petang menyiapkan persiapan teknikal di dalam dewan. Pendaftaran dibuka pada jam 3.00 petang dan kami terharu dengan kehadiran tetamu khas yang lebih awal berada di meja pendaftaran diikuti dengan para jemputan yang lain. Seramai 55 orang wanita dan 70 kanak-kanak telah hadir dalam memeriahkan majlis pada malam tersebut. Bayaran masuk adalah percuma dalam menggalakkan penyertaan seramai mungkin dalam majlis yang diharapkan dapat memberi manfaat ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh penasihat WWM, Pn Fadzlin. Ini disusuli pula dengan ucapan pembukaan oleh Puan Suzana. Diikuti pula dengan ucapan pengenalan MSM serta program-program anjuran MSM daripada Puan. Antara agenda majlis ini ialah persembahan secara langsung daripada wakil lokaliti dari empat zon kediaman pelajar Melayu iaitu Tinsley, Darnall, City Centre dan Firth Park. Peserta dari Tinsley dan Firth Park mempersembahkan tarian Joget manakala dikir barat dari zon City Centre. Cabutan bertuah sebanyak 3 kali diadakan secara berselang seli dengan persembahan yang berlangsung. Kemeriahan majlis diserikan lagi dengan acara memotong jambul dua orang bayi yang baru lahir di kawasan Darnall dengan marhaban dan selawat ke atas Nabi SAW. Selain itu acara pentomen dan busana Muslimah dipersembahkan bertujuan memberi keinsafan dan nasihat supaya saling ingat-mengingati dalam kehidupan diharapkan dapat memberi kesan di hati para hadirin.

Acara yang dinantikan dengan penuh debar oleh setiap hadirin ialah apabila pengumuman pemenang kepada Ratu Muslimah, Putera dan Puteri muslimah yang memenuhi kriteria sebagai pakaian yang menutup aurat dan paling berseri pada malam itu. Majlis sepertimana dijadualkan telah ditutup dagn ucapan daripada Pn Fathiah selaku pengerusi WWM2008. Pengerusi mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang turut serta menghadiri majlis pada malam itu. Malam Warna Warni Muslimah ditutup dengan sedikit jamuan makan malam dan semua hadirin bersurai sebelum jam 8 malam.

Laporan disediakan oleh Puan Salihatun..

No comments:

Post a Comment