Semalam Aku membelek-belek kitab karangan Syeikh Mustafa Masyur,helaian demi helaian,page demi page mencari sesuatu yg amat bernilai seperti kilauan mutiara.Bila dipancar, hati nan tenteram, jiwa penuh kesenyuman merawat luka-luka hati yg berbolak balik.
Aku tahu,aku juga seperti kalian,memerlukan santapan dan hidangan untuk mengubat perut-perut yang kelaparan dan kehausan seteguk iman,Kadangkala ia pasang dan adakalanya ia surut,bersama deruan ombak,badai dan desiran angin yg melambai-lambai.Menyapa dan mencuit diriku,Ya Allah hanya kekuatan dan naungan mu jua yg bisa melempiaskannya jauh-jauh.
Tetiba Lamunan ku terhenti disatu noktah yg tertulis ungkapan kata "..Dakwah ke jalan Allah adalah suatu kemuliaan dan ibadah.." Seiras dan selari dengan firman Allah s.w.t " Siapakah yg lebih baik perkataanya daripada orang yg menyeru kepada allah,mengerjakan amalan yg soleh dan berkata,.."sesungguhnya aku termasuk orang-orang yg menyerah diri.."(fushilat :33)
Kata-kata yg amat ringkas tapi penuh dengan makna dan ibroh,malah ianya menjadi satu kekuatan kepada daie dan menjadi laungan kepada pergerak adik-adik di uk,menjadi azimat dan azam untuk terus menongkah arus dakwah.
Komentar demi komentar diluahkan oleh penulis tersebut sebagai bisikan dan peransang untuk berhikmah dalam berdakwah,Malah di QiaskanNya dengan perlaksanaan ibada,bila sebut ibadah,disitu ada fiqhnya.Begitu juga dalam uslub dakwah mesti ada usul fiqhnya yakni kaedah-kaedah yg perlu di laksanakan dan diikuti oleh para daie bagi menghasilkan natijah yg betul seperti yg dikhendaki oleh Allah s.w.t........
Wallahualam
Monday, 31 December 2007
MeMori seMalaM
Posted by ana muslim at 11:53 0 comments
Sunday, 30 December 2007
SeLingKar HidaYah
Ketika aku bersama adik-adik baru di PMS...SuasanaNya berlainan dari tahun-tahun lepas,dari segi tempat dan jumlah penyertaanNya,Alhamdulillah tahun ini ku lihat wajah-wajah yang inginkan perubahaan untuk memperbaharui diri,tekad dan azam dalam meniti arus-arus kehidupan,bukan hanya sekadar di PMs sahaja tetapi yang penting hasilnya hingga ke teratak idaman masing-masing,menyulami dan memperkasakan ilmu yang ada untuk dikongsi dengan teman-teman dan sahabat handai yang tak hadir sama...
Biarpun aku dapat berlari dan bersenda gurau bersama,pemikiran dan renunganku tak lari dari memikirkan permasalahaan dakwah...subhanallah...Ku tahu jalan dakwah itu penuh onak dan duri,taufan,ribut dan gelombang dan bermacam-macam lagi untuk membina dan meraih tangan-tangan manusia yg berhajat ke jalan Allah.
Sinonimnya Gaya dan tari manusia itu berbagai-bagai sejak zaman-berzaman,Begitu juga didaerah baruku...kalau dulu hanya satu tiga kerat-kerat ikhwah yang ada,namun sejak akhir-akhir ini ianya bertambah disampingi adik-adik baru...Alhamdulillah...
Ku berharaf Adik-adik di PMS dan didaerah baru ku agar hidayah dan cahaya sentiasa menemani mereka,tanpa tali dan cahaya allah ,maka manusia itu alias adik-adik baru akan sentiasa dalam dunia kesamaran dan mengejar bayang-bayang hidup yang tak terarah,Malah teori-teori jahiliyyah akan terus menodai dan meniduri mereka.Ini terbukti dalam singkapan memori islam bagaimana pergorbanan Rasulullah s.a.w menyeru kaumnya supaya meninggalkan acuan budaya jahiliyyah yang melekat dijiwa,yang sekian lama di tinggalkan oleh nabi-nabi sebelumnya.
Wahai adik-adiku bangun lah dari tidur lena...kita berada diakhir zaman .Rebut lah hidayah Allah.....Ya Allah hidayahmu... HIDAYAH.....Betapa mahalnya kalau dibicarakan dalam renca-renca kehidupan manusia,tanpa ada rencana dan proses,Ianya tidak diberikan kepada kita berdasarkan kedudukan,keluarga,pangkat dan harta.Melainkan ia diberikan kepada orang yang dikhendakinya dan berhak untuk menerimanya,Malah hidayah itu dikerahkan bagi orang-orang yang memang mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya.
((Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita))
Wallahualam.
Posted by ana muslim at 00:16 0 comments
Saturday, 8 December 2007
Kata-Kata Ulama tentang bab mazhab
Dr. Qaradhawi: "Apa yg diwajibkan ialah mengikut Al-Quran
& As-Sunah. Adapun mazhab2 ini, ia lahir selepas agama telah
sempurna & wahyu telah terputus... Para ulama secara
keseluruhannya telah mentarjihkan bahawa orang awam
tiada mazhab baginya. Mazhabnya ialah mazhab ulama yg
memfatwakan untuknya... Dia (orang awam) boleh
bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yg dia
mahu. Wajib ditulis untuk mereka (orang awam) buku2
fekah yg memudahkan tanpa terikat dgn mazhab
tertentu."
Keluar Mazhab Bukan Bererti Menghina Mazhab
- dakwaan seperti ini adalah lambang ketaksuban yg
dibenci syarak
- tokoh2 mazhab sendiri membebaskan diri dalam
sebahagian masalah dgn mengambil pendapat di luar
mazhab sama sekali
- namun, ini tidak bermaksud boleh mencerca mazhab2
atau para imam, kerana tiada seorang pun dari mereka
yang sengaja menyanggahi Rasulullah SAW, dan ini juga
tidak bermaksud kita tidak perlu lagi fekah & mazhab2
itu
- mentarjih pendapat berdasarkan maqasid al-Syarak &
kemaslahatan manusia lebih melapangkan & memudahkan
- bebas mazhab bukanlah suatu kesalahan selagi tidak
bermaksud menjadikan agama sebagai mainan
Posted by ana muslim at 13:02 0 comments
KhilaF aDaLah Satu Rahmat BaGi UmaT
Salam....
Semalam ana menulis dalam satu mailist persatuan di uk ini
untuk membuka minda dan berbincang bab batal wudhu antara
mazhab syafei dan hanafi,ianya menimbulkan perdebatan
sedangkan perdebatan dilarang dlm islam,berbagai olahan
dan sendiran serta kecaman yg tak mematangkan seorang dlm
berfikir dan juga disiplin ilmu itu sendiri,Oleh itu
ana yg dhaif mengambil bersikap
berdiam diri dari menjawab persoalan tersebut hingga
mencelarukan minda orang awam,sedangkan tulisan
ana bukan mengecam pendapat mazhab tetapi menyentuh bab
perpindahaan mazhab yang dibolehkan dalam islam.
Maka dengan itu,ana menjawab persoalan yg dilontarkan
dengan akal yg waras
dan berlemah lembut dibawah ini untuk sama-sama kita
ulas dan berbincang.
jawapan ...
Kepelbagaian pendapat di antara ulama memberi
kemudahaan ,ianya merupakan kekayaan perundangan islam
yg menjadi kebanggan umah.Perbezaan pendapat adalah
dalam masalah furu" dan perkara ijtihad dan qiyas.Maka
disitu perlu kepada perbahasan secara detail memlalui
kaedah usul fiqh,ijtihad dan qias,percanggahan dan
tarjih antara dalil.
Mengabungkan dengan erti kata lain mengkaji setiap
pendapat yg paling rojih(kuat).Kajian ini dinamakan
fiqh muqarin(fiqh perbandingan).Fiqh ini wujud dan
merupakan salah subjeck di universiti al-AZhar
mesir.Ia merupakan satu jalan utk kita perolehi
pendapat yg terkuat tanpa mengira pendapat mazhab
manapun selagi mana ia menepati Al-Quran dan
As-sunah.Tembok yg terbina di sekeliling minda kita
haruslah dirobohkan utk menerima fiqh ini,Apatah lagi
ada antara kita yg masih taksub dengan mazhab.
Perselisihan satu pendapat adalah suatu hikmah yg
terkandung didalamnya rukhsah2 yg banyak,sesuai dengan
perinsip islam itu sendiri sebagai satu agama yg mudah
Buktinya dalam firman Allah s.w.t di surah al-baqarah
ayat 185 dan surah al-maidah ayat 6.....buka buku tafsir
dan taddabur makna....ambik ibrah disebalik nas..
Sebagai satu khilaf...bab perkara Quru" dalam quran
dan bab sentuh perempuan dalam khalimah[laamastum nisa']
..." (surah An-nisa': ayat 43).tentu dan semestinya
mengundang khilaf kerana masing2 mempunyai kefahaman
yg berbeza dlm memahami maksud ayat berdasarkan kepada
qarinah yg ada pada mereka.
Dalam situasi sebegini,kita seharusnya berlapang dada
dan menghormati pendapat diri mazhab lain dan tidak
mencerca,kerana nabi sendiri telah menunjukkan kepada
kita satu uswah yg baik seperrti dalam 2 orang sahabt
yg bertayamum kerana tiada air,maka setelah selesai
sholat mereka telah menjumpai air,maka salah seorang
dari mereka berwudhu dan mengulangi
sholatnya,sedangkan seorang lagi tidak mengulanginya
,lalu apabila diberitahu kepada nabi s.a.w perkara
tersebut,baginda berkata kepada sahabat yg tidak
mengulangi sholat "dan bagimu 2 pahala.
Para sahabat dan ulama yg berkhilaf
pendapat,masing-masing tidak mencerca dan mencela
antara satu sama lain.
Contohnya lagi para imam yg empat.Masing-masing tidak
menyuruh pengikut2 mereka akan berpegang teguh dng
pendapat bahkan mereka menasihati kanpengikutnyaa
membandingkan qaul mereka dengan kitab dan sunah dan
masing menghormati pendapat yg lain..
seperti yg kita katakan betapa cermat dan telitinya
imam syafei,sampai suatu ketika mengimamkan sholat
subuh bersama pengikut imam ahmad,ia tidak membaca
doa qunut kerana menghormati imam mereka.
Oleh itu kita sewajarnya mengkaji dan mendalami
masaalah dan meluaskan perbincangan melalui kitab
al-fiqh a"la al-mazahib al-arbaah,kitab al-fiqh
al-islami wa adilatuhu,kitab mazhab syafei al-fiqh
manhaji a"la al mazhab as-syafeii.
Mengenai maksud mazhab dari khalimah "Zahaba" ertinya
pergi.Dalam pergertian umum bermakna
pendapat,fatwa,cara pengambilan hukum dan
seumpamanya,Apabila sebut mazhab maliki bererti
pendapat maliki dan Apabila kita sebut mazhab syafei
bererti pendapat syafei.
Manakala mengikut al-quran dan as-sunah adalah
berdasarkan kefahaman seorang ulama yg muktabar.
Umat islam yg bermazhab syafei yg mengikut al-quran
dan as-sunah sebagaimana yg kita fahami,sudah tentu
bukan seorang maksum yakni trpelihara dari
dosa.Mungkin ada pendapat dan kefahaman,fatwa dan
huraian imam syafei kurang tepat,oleh itu sebagai umat
yg sedarakan hakikat ini ,kita sepatutnya meninggalkan
pendapat imam syafei yg kurang tepat or kurang sesuai
untuk di amalkan
Contohnya....Dalam bab bayar zakat..Imam syafei tidak
mengharuskan penggunaan wang sebaliknya menekankan
soal makanan asasi,maka kurang sesuai diamalkan kita
berpindah kepada pendapat hanafi dengan penggunaan
duit
Kenapa umat perlu bermazhab ...secara loqiknya ia
diibaratkan sebagai menghormati kepakaran
seseorang,sudah tentu tidak ada seorang manusia pun yg
mampu menguasai ilmu pengetahuan,Malah umat islam
meletakkan al-quran dan as-sunah sebagai sumber
tertinggi bukan mazhab,sebagai kita maklumi mazhab
adalah tafsira terhadap kedua-duanuya.
contoh...jika sakit...jumpa doktor...lalu bagi apa
sahaja ubat yg diberikan oleh doktor,biasanya kita akn
terima dan mengambilnya ,apakah kita perlu
mempersoalkannya...begitulah mazhab..
Namun satu penyakit bagi kita masalah dlm mazhab iaitu
fanatik dan taksub...ini akan menyebabkan masalah dan
musibah,malah kemungkinan melahirkan perpecahaan
umat,sekadar bermazhab tanpa fanatik merupakan satu
rahmat kepada umat islam...
Oleh itu perbezaan ini akan terhapus jika kita kembali
kepada roh islam itu sendiri,Apa salahnya jika kita
bertakliq(mengikut mazhab yg lain selain berpegang
teguh kepada Al-quran dan sunah.Kesedaran perlu dan
mazhab adalah sebagai syarat memudahkan kita
beramal.Jauhkan perdebatan yg tak membawa kebaikan dan
islam melarangnya....
Wallahualam
wassalam
Posted by ana muslim at 12:38 0 comments
Labels: tazkirah
Perdebatan oh Perdebatan
Soalan dari seorang hamba allah?
Assalamualaikum,
Terasa rajin sikit untuk mencelah. Sesiapa yang
selalu mengikut pendapat dari laman web di Al-Ahkam
ni, pelik sikit amalannya. Sentuh isteri tanpa nafsu shahwat
tak batal. Saya pernah tak ikut seorang jadi
imam gara-gara dia beramal dengan ini. Nampak dia
pass anak kepada isterinya, sambil pegang tangan
isterinya dan terus jadi imam. Kan kacau tu.
Jawapan ana dlm bab ni
salam...
Untuk mengetahui satu permasalahaan perlu mengetahui
dalil dan sebab musababnya dalam beramal...Dalam islam
ke empat-empat mazhab di terima pakai dalam islam,tak
kiranya mazhab mana pun,bukan mengikut secara takliq
buta.Malah islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
Dalam bab menyentuh isteri tanpa syahwat adalah tak
batal wudhu mengikut mazhab hanafi.Secara
contoh...Dalam bab haji ketika tawaf di depan
mekah....kita guna mazhab hanafi,tk batal wudhu
bersentuah lelaki dan perempuan,klu mazhab
syafei...setiap bersentuhan akan membatalkan
wudhu...
suatu ketika imam syafei pernah berkata.... sekiranya
kamu dapati ada pendapat lain yang lebih bagus dari
pendapatku,, maka abaikanlah pendapatku.
Berkata Imam as-Syafie: Setiap apa yang telah aku
katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam bertentangan dengan perkataanku
sekalipun (perkataanku itu dianggap) betul, maka
hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mesti
diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid dengan
qaulku (kata-kataku) ".
Perkara khilaf adalah satu rahmat bagi orang
islam,kalau tidak,sudah tentu umat islam tak akan
menyelidik dan mencari sesuatu untuk menyelesaikan
permasalahaan, ini pernah ditekankan oleh saidina umar.
Wallahu"alam
Posted by ana muslim at 12:25 0 comments
Wednesday, 10 October 2007
MenGGunaKan SaraNa YanG MenYenangKan Hati
Assalamualaikum......
Mungkin akhir ramadhan ini,semua orang sibuk dalam persediaan menyambut raya...tak kira peringkat umo..orang tua,orang muda dan kanak-kanak,Malah ada yang mengira jari menghitung masa...bila kapannya raya??/Heeehee ada yang membuat telahaan jumaat ini dan juga sabtu...macam-macam gaya dan ragam..senonimnya...sungguh mencuit hati..kata A....alamak kalau raya jatuh hari jumaat...macam yerk??Aku belum berbelanja untuk barang dapur....abislah....tak ada yang nak di masak?/
Bila kita berfikir semua ini..Kita dapat rumusan formula bahawa dalam dakwah juga ada cara,teknik and skillnya..Masing-masing ada kemampuan tak kira Brother dan sister...orang tua dan orang muda....bergerak dan bersatu hati mengembleng tenaga menyiup ruh dakwah...Tetapi kita harus ingat bahawa jalan dakwah ini berliku dan panjang...
Kata syaikh abbas Hassan As-Siisi Dalam kitabnya..Ath-Thariq ila Al-quluub mengatakan bahawa Syaikh Hassan al-Banna pernah berkata..Ketika ikhwah menanam biji-bijian diatas tanah,pasti mereka menutupinya dengan tanah,sehingga biji itu dapat tumbuh dan bertambah besar.Tak berpa lama,maka batangnya mulai muncul ke permukaan tanah.
Ini adalah sunatullah dalam pencitpaan_nya,begitu juga jalan dakwah,Namun ada sebahagian kita terburu-buru dalam memetik buah dan menuai hasilnya.Padahal sesungguhnya itu tidak dapat dilakukan dalam tempoh sehari semalam.Oleh itu seorang Daie harus bijak menggunakan minda dalam mengapai madhu.....ada yang pergi dan ada yang datang...jangan sekali-sekali terukir diwajah rasa kesedihan berbau masam alias kebencian,malah santaplah mereka dengan sebuah senyuman dan doa agar Allah bukakan hati untuk kembali bersama-sama.
Sesungguhnya jalan menembusi hati dakwah tidak bergantung pada ceramah,khutbah atau pengajian saja,Tetapi dapat menggunakan cara-cara yang menyenangkan hati,namun tidak menyimpang dari ketentuan Syar"i
Sebagai contoh,Nasyid islami yang dapat membangkitkan semangat harakah islamiah "HAMAS" di Palestina.Nyanyian tersebut hanyalah salah satu cara yang dapat menarik hati dan menyentuh perasaan..
Wassalam
Posted by ana muslim at 06:05 0 comments
Labels: Dakwah
Ku Pohon Jua KeampuNaN_Mu
Assalamualaikum. .....
Melalui akhir Ramadhan ini,Marilah kita bersama-sama
bermuhasabah dan merenung serta menginsafi diri atas
dosa-dosa yang lalu.
Nabi bersabda..." Faya "ajaban liman adraka ramada na
fala yughfarullah. ."
Maksudnya..Alangkah hairanya(ajaibnya) bagi orang yang
telah samapai umurnya kepada menjelang
ramadhan,apabila habis Ramadhan hairan kalau dia tidak
mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua
dosa-dosanya. ."
Justeru itu,Tidak ada insan yang tidak berdosa
melainkan nabi yang maksom,Namun Nabi tetap berdoa dan
mengerjakan ibadah hinggakan bengkak kedua kakinya.
Malah kita lihat dizaman ini banyak perkara yang
terpaksa kita renangi dan kita tempuhi ,Akibatnya kita
terpaksa menerima kemurkaan Allah s.w.t kepada
hambanya.
Disana sini bala bencana mencengkam,Musibah
demi musibah yang tak terfikir oleh otak kita
bagaimana kanak-kanak dirogol dan dibunuh.Semua ini
menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah s.w.t.Allah
s.w.t tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa
manusia.
Kerana itu dalam ramadhan ini,memang boleh
menghairankan orang yang sempat hidup sampai
ramadhan,apabila habis,dosanya tidak terampun.
Malah sahabat-sahabat berlumba-lumba beramal dan akan
menangis bila berlalunya Ramadhan.... Adakah kita
seperti mereka ...bagaimana janji-janji dan amal kita
yang kita ikrarkan setiap hari bila membaca doa
iftitah dalam sholat sehari semalam....hidupku, matiku
dan sebagainya.. semua adalah kerana
Allah.......
Berfikirlah dan renungi lah agar hari in,kita memulakan langkah
dengan menunaikan perintah Allah yakni sholat lima hari
sehari semalam...Bagi yang baru mula berjinak-jinak
dengan sholat...ayuh teruskan...Dan berdoalah pada
malam lailatul qadr ini seperti doa yang nabi seru
kepada isterinya aisyah ...
..."Allahumma innaka "afuun un karimun tuhibul "af wa
fa" fu annni"....
Maksudnya... ..Ya Allah kamulah tuhan yang sangat suka
mengampun,ampunkanl ah dosa-dosa saya.."
Wassalam
Posted by ana muslim at 05:58 0 comments
Thursday, 13 September 2007
SeLaMaT RaMaDHaN KaReeM
Assalamualaikum....
Ana mengucapkan selamat menyambut Ramadhan
kareem dan selamat berpuasa serta mengajak
bersama-sama bermuhasabah diri bak mendidik iman.
Dalam setahun yang terdapat 12 bulan hanya ada satu
bulan Ramadhan ,bulan yang berkah,bulan maghfirah dan
bulan pentarbiyaan serta bulan uzlah.Justeru itu,Ayuh
dan bangun lah mengorak langkah ,siapkan mental dan
spiritual khususnya dari segi semangat dan ketahanan.
Ada sesetengah orang bersiap sedia dari segi mental
tetapi tidak mempunyai Nawaitu(niat).Manakala
sesetengahnya sempurna dari segi niat tetapi tidak
pula mempunyai semangat( kurang dari segi penghayatan
atau pentarbiyahaan Ramadhan).Sabda Nabi S.A.W "Betapa
banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat
sesuatu dari puasa itu selain lapar dan dahaga.."
Maka marilah kita sama-sama menjadikan bulan ramadahan
ini sebagai bulan uzlah.
Maka sebaik-baiknya kita melakukan amalan seperti
solat wajib sehari semalam lima waktu disamping
mencambahkan lagi dengan kemurniaan pahala sholat
sunat...,Menghidupkan sepertiga malam dengan
gemerlapan qiyamulail,berzikir(mengelola hati n
mendidik iman,bertaddarus al-quran,memperbanykkan
sedeqah dan doa serta menghindari dosa-dosa kecil.
Bagi yang dah berkeluarga dan khasnya yang ada
anak,jika tidak dapat ke surau,kita memasjidkan rumah
kita atau mengimarahkannya dengan gema ilahi(bacaan
al-quran)bahkan gemersik suara itu bagaikan
suara-suara lebah yang berkumandang)kalau boleh cuba
dan mencuba menghabiskan 30 juz dan
mengkhatamkannya bersama-sama,sholat sunat bersama
semua anggota keluarga dan menjadikan rumah kita bak
syurga...baiti jannati....Insyallah
Wassalam.
Posted by ana muslim at 04:27 1 comments
Wednesday, 23 May 2007
petunjuk Rasulullah S.A.W
DuA JaLaN........
Allah s.w.t telah menunjukkan dua jalan untuk diilalui seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Balad ayat 10 dan juga petunjuk daripada Rasulullah s.a.w dalam peta minda dibawa....untuk kita sama-sama hayati dan renungi.Oleh itu menjadi satu keperluan untuk kita dok bersama disuasana tarbiyah sambil membaca dan nasihat-menasihat dalam menambahkan iman.
Firman Allah SWT:"Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalankebajikan dan jalan kajahatan).
Imam ahmad dalam musnadnya meriwayatkan dari jabir ra,berkata"kami pernah duduk dirumah Rasulullah s.a.w.Maka ia telah membuat garis di atas tangan dengannya begini dan bersabda....."Ini Jalan Allah..."Dan ia membuat dua garis disebelah kanan garis tadi, Dua buah garis lagi disebelah kirinya dan bersabda "..Garis-garis ini adalah garis-garis syaitan.kemudian ia meletakkan tangannya pada garis yg berada ditengah dan membaca ayat.."..Dan bahawa(yg kami perintahkan) ini adalah jalanku yg luru,Maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan(jln lain) kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanya yg demikian itu dipperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa....(surah al-an am 153)
Posted by ana muslim at 03:26 1 comments
Wednesday, 2 May 2007
ReHLaH Ke Sinai- ParT 3
Sejurus selepas itu kami kembali semula ke kubu salahuddin Al-Ayubi..Alhamdulillah...ia telah dibuka tepat waktu 9 pagi utk orang ramai.Untuk pergi ke kubu tersebut mesti menaiki bot ataupun sampan.sebab ia berada di kawasan perairan.sambil2 kami menunggu bot...jelas kelihatan bot2 besar dan mewah yg dinaiki pelancong2 asing...bahkan pakaian2 mereka boleh dikelasifikasikan sebagai...mcm dah takder benang katbumi ni nak dibuat kain...tanpa rase malu atau segan..
Tiba- tiba aku terfikir... Ya Allah hebatnya muslimah..kagumnya ku dgn muslimah2 yg beriman..pakaian mereka sgt2 menepati etika berpakaianmu Ya Allah..mereka tak redha lelaki2 melihat aurat mereka walau sehelai rambut meraka..melainkan utk suami2 mereka...alangkah indahnya ugama mu Ya-Allah...Ketika kami sampai ke kubu tersebut kami telah disapa oleh seorang arab mesir..dan beliau telah memberi penerangan berkenaan kisah kubu salahuddin...
Apa yangmembuatkan ku terpegun adalah cara penyampaian arab tersebut..sangat- sangat bersemangat menceritakan kisah kubu tersebut termasuklah ketika peperangan diantara negara haram israel dan MESIR, ....2 tahun lepas, ana sempat menziarahi kaum muslimin diArisy,yang mana terletak kira- kira 30 km ke semenanjung Gaza, PALESTIN. Ketika ana berada di sana terlalu banyak pengalaman yang berharga yg dapat dikutip.Ana telah melihat sendiri bagaimana angkuhnya yahudi laknatullah membina tembok2 untuk memisahkan rakyat PALESTIN dgn tanah air mereka, memisahkan ayah dgn anak- anak mereka, memisahkan guru2 dgn anak2 murid mereka dan yang paling tinggi nilainya adalah memisahkan mereka dgn MASJIDIL AQSA yang Barakah..
Ketika ana baru selesai menunaikan solat isyak, ana mendekati seorang arab yang nampak seolah2 berminat utk bersembang, ya,,,kami bersembang.tetapi perbualan kami sangat menarik, rupa- rupanya pakcik yg usianya dalam lingkungan 60 an ni adalah salah seorang mangsa kebiadaban yahudi,,,pakcik ni adalah rakyat sejatiPALESTIN yg telah diusir oleh si laknatullah...dgn jelas pakcik nie menunjukkan lebih dari 20 bekas tembakan di tubuh badannya...tetapi takdir Allah masih memerlukan usahanya lagi utk membebaskan Al- Aqsa tercinta....di sini ana calitkan sedikit rentetan nilai2 sejarah berkenaan peperangan ini....
Pada tanggal 6 Oktober 1973, pada hari Yom Kippur,hari raya Yahudi yang paling besar, ketika orang-orangIsrael sedang khusyuk merayakannya, yang jugabertepatan dengan bulan Ramadhan bagi ummat Islam sehingga dinamakan "Perang Ramadhan 1973", Syria danMesir menyerbu Israel secara tiba-tiba. Jumlah tentera sungguh besar. Di dataran tinggi Golan, garis pertahanan Israel yang hanya berjumlah 180 tank harus berhadapan dengan 1400 tank Syria. Sedangkan diterusan Suez, kurang dari 500 prajurit Israel berhadapan dengan 80.000 prajurit Mesir.Mesir mengambil pelajaran pada Perang Enam Hari pada tahun 1967 tentang lemahnya pertahanan udara sehingga saat itu 3/4 kekuatan udara mesir hancur total sementara Syria masih dapat memberikan perlawanan.Kesedaran bahawa armada pesawat tempur Mesir masih banyak menggunakan teknologi lama dibandingkan Israel,Mesir akhirnya menerapkan strategi payung udara dengan menggunakan rudal dan meriam anti serangan udara bergerak yang jarak tembaknya dipadukan. Justeru strategi ini ampuh karena angkatan udara Israelakhirnya kekalahan bahkan banyak yang menjadi korban karena berusaha menembus "jaring-jaring" pertahanan udara itu.
Pada permulaan perang, Israel terpaksa menarik undur pasukannya. Tetapi setelah kehadiran tentara cadangan,mereka mampu memukul tentera sampai jauh di Mesir dan Syria. Israel berhasil "menjinakkan" payung udaraMesir yang ternyata lambat dalam mengiringi gerak maju pasukkannya, dengan langsung mengisi ruang (gap)antara payung udara dengan pasukan yang sudah berada lebih jauh di depan. Akibatnya beberapa tentera Mesir terjebak bahkan kehabisan perbekalan. Sementara difront timur, Israel berhasil menahan serangan lapis baja Syria.Melihat situasi berbahaya bagi Mesir, Uni Soviet tidak tinggal diam, melihat tindakan Uni Soviet, Amerika segera mempersiapkan kekuatannya. Dunia kembali diancam perang besar pasca perang Dunia II. Kemudian,Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi mengumumkan pembatasan produksi minyak. Krisis energi muncul dan negara negara Industri kebingungan lantaran harga minyak dunia melambung tinggi.
Dua minggu setelah perang dimulai, Dewan Keamanan PBB mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan resolusi 339 serta gencatan senjata dan dengan ini mencegah kekalahan total Mesir.Secara total 2688 tentara Israel tewas dan kurang lebih 7000 orang cedera, 314 tentara Israel dijadikan tawanan perang dan puluhan tentara Israel hilang (17 di antaranya bahkan sampai tahun 2003 belum ditemukan). Tentara Israel kehilangan 102 pesawat tempur dan kurang lebih 800 tank.
Di sisi Mesir danSyria 35.000 tentara tewas dan lebih dari 15.000cedera. 8300 tentara ditawan.Angkatan Udara Mesir kehilangan 235 pesawat tempur danSyria 135. Kendati militer Israel berhasil memukul kembali tentara Mesir dan Syria, perang ini dianggap sebuah kekalahan militer Israel....
wallahu'alam...
Nukilan....
Tanta....
Posted by ana muslim at 02:56 0 comments
Labels: Artikel jemputan
Wednesday, 18 April 2007
Ya Allah!!! Besar Dan Agungnya Nikmatmu....ISLAM
Di dalam kehidupan kita,Maybe kita akan tercari-cari dan tertanya-tanya Apakah nikmat yg paling besar kurniaan ilahi,Tak dapat tidak,kita akan menyatakan bahawa nikmat yg paling besar adalah nikmat ISLAM,Oleh itu kita sebagai seseorang muslim sepatutnya bersyukur atas kurniaan ilahi,Malah dimasukkan dalam kelompok Umat Nabi muhammad s.a.w yakni umat yang terbaik.
Ini telah dijelaskan dalam Al-Quran yg bermaksud... : "Pada hari ini ,telah ku-sempurnakan untuk kamu AgamaMu dan telah ku cukupkn kepada mu Nikmatku,dan telah ku redhai ISLAM itu Agama bagimu.""..Surah Al Maidah.
Apakah Kewajiban Kita ke atas kurnia yg kita terima...???
Tentu yg pertama bagi seorang muslim ialah melaksanakan kewajiban terhadap Allah s.w.t, Sekiranya kita engkar dan tidak melaksanakannya beerti kita adalah manusia yang paling tidak tahu berterima kasih.Kekadang dunia hari ini,ada manusia yg alpa dan lalai,malah sengaja dan menyatakan malas serta sibuk dengan kerja-kerja dan juga kuliah,Nak menunaikan sholat pun penuh kharenah dan alasan..
Apatah lagi nak menyeru orang ke jalan allah... jalannya panjang dan berliku..Apatah lagi seorang Dai"e perlu merintis dan menunjukkan panji-panji or jalan-jalan kebajikan,yang jarang-jarang sekali dibuat ... seperti mana yang dinukilkan dalam kitab MUntalaq,Example: membuang duri di tengah jalan..walaupun kecil didepan manusia tetapi besar dan dipandang mulia oleh Allah s.w.t.Bahkan kekadang seseorang itu tidak cukup dengan keindahaan kata tetapi ianya perlu menjadi cermin dan mempamerkan dan pelopor or perintis kepada kebajikan.
Rasulullah s.a.w bersabda..."Siapa yg menunjukkan jalan kebajikan maka ia memperolehi pahala(seperti pahala orng yg melaksanakannya.)
Begitu juga dengan seorang muslimah or sister or ukhwat...Harus menjaga diri dan maruah,jangan biarkan diri terperangkap dengan kejahilan seperti pergaulan bebas dan ikthilat semakin membudaya dan berakar umbi dalam persatuan serta membuka aurat disamping kosmetik dan farfum yg amat menarik,tanpa pantauan kedua orang tua yg dok jauh disana...Betapa sedih dan hibanya kita melihat keadaan sebegini....walau islam itu bertoleransi tetapi ada batas dan hadnya...So,hiasi lah diri dengan keindahan akhlak islam serta tunjukkanlah obor dan panji kebajikan.Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Aduh!Adakah sikap kita seperti ini??
Apakah yang akan kita jawab dan persembahkan kepada Allah s.w.t suatu hari nanti....Beginikah kita sebagai pengikut Rasulullah s.a.w yang tulus dan setia dan mahu menjadi seorang muslim yg benar-benar beriman.
Fikir!!!Erti menerima islam....
Kekadang kita dengar seseorang mengatakan saya adalahseorang muslim atau saya telah menerima islam..automatik menjadi seorang muslim?
Apakah ini beerti seorang penganut brahma yg mengucapkan mentera-mentera berbahsa sanskrit atau seorang yg mengucapkan ungkapan2 berbhasa arab ,walaupun tidak memahami makna yg terkandung dlm ucapan mereka ,pantas disebut muslim.Pasti kita akn menjawab tidak!
Adakah kita pasti akan mengatakan bahawa erti menerima islam adalah bhwa seseorang harus dgn penuh kesedaran dan kerelaan menerima apa yg telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan bertindak sesuai dgn ajaran tersebut,klu ia,Maka ia adalah seorang muslim,klu sebaliknya,tepuk dada tanya iman........
Syarat pertama:Pengetahuan
Kesimpulan yg kita dapat ialah pertama bahawa islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikan pengetahuan tersebut....
Sebagai contoh,Seseorang tidak dapat menjadi menjadi seorang muslim tnpa memiliki pengetahuan ,kerana islam tidak diperolehi kerana faktor keturunan tetapi kerana pengetahuan,klu orng yg berkaitan tidak mengetahui apa yg diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w ,bagaimana ia boleh menyatakan keimanannya kpd ajaran tersebut dan mempratikannya ???.....
Adalah tdk mungkin utk menjadi seorang muslim dan hidup sebagai seorang muslim tanpa mengetahui apa-apa..kerana seseorang muslim yg sebenarnya hanyalah seorang yg tahu,apa makna islam yg sebenarnya dan menyatakan keimanannya kepada islam dgn penuh kesedarannya..
Oleh itu kenapa kita lalai dan alpa serta tidak bersikap serius dan bersungguh-sungguh dalam mencari pengetahuan yakni ilmu,kerana Menuntut ilmu adalah kefardhuan bagi semua muslim..Yangg padanya bergantung hakikat kita disebut sebgai seorang muslim dan hidup seterusnya sebgai seorang muslim...bila kita bersikap dingin terhadap ilmu...diri kita boleh terancam bahaya kehilangan sesuatu yg amat berharga yakni iman...Bukankah iman lebih berharga daripada hidup?
Dari sekian banyak waktu yg kita habiskan utk berekerja dan study demi utk hidup,tdk dapatkah kita memperuntukkan 1/10 daripadanya utk hal-hal yg dpt melindungi iman kita...
Wahai Adik-adik seagama denganku...??
Ambiklah dan luangkanlah satu masa atau 1 jam dari 24 jam yg kita miliki sehari semalam utk mempelajari pengetahuan tentang ad-din(yakni agama islam)utkmemahami sebenar-benarnya risalah yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w ke dunia......baik remaja,pemuda dan orang dewasa mahupun yg sudah lanjut usia untuk mempelajari dan memahami kepentingan al-quran dan tujuan diwahyukan al-quran itu...
Kalau tidak pun,ikutilah usrah... jangan gentar dan takut,walaupun sinonimnya orang akan segan dan menjauhkan diri bila dengar jer perkataan usrah,satu kegerunan kepada mereka yg tidak tahu makna dan fungsi tujuan usrah,hanya mendengar bisikan kerisauan yg timbul dari segelintir pihak,mencuba dulu baru tahu hasilnya,tidak lain tak bukan adalah untuk mendidik iman dan amal kita,berkerjasama untuk memahami dan menghayati islam,disamping mengukuhkan persaudaraan sesama islam.
Kita lihat pada awal perjuangan Rasulullah s.a.w., baginda sangat mengambil berat tentang usrah di samping baginda berjalan dalam keadaan yang sirri (senyap). Ini dapat dilihat apabila Rasulullah memilih bait Arqam bin Arqam sebagai tempat usrah. Arqam ini seorang budak kecil yang memang tidak dijangka oleh orang kafir bahawa Rasulullah melaksanakan usrah di rumahnya. Kita lihat ini satu taktik atau sirriah yang dibuat oleh baginda.
wallahu alam
Posted by ana muslim at 03:31 0 comments
Labels: tazkirah
Thursday, 5 April 2007
Dengarkan peringatan....
Bagi yang membaca ini,
sebarkanlah untuk memberi peringatan dan kabar
gembira, bahwa manusia tiadalah diberi kewajiban sosial melainkan
menjadikan diri saudara, saling tolong menolong, janganlah seseorang
bangga dengan gaji, gelar dan pangkat tinggi sedangkan lainnya dalam
pengagguran,
hendaknya dihindari seorang wanita bekerja dengan suami
juga bekerja untuk mendapatkan kekayaan lebih (serakah, tamak,
bermegah-megahan,pamer dsb), padahal banyak lelaki yang memiliki
tanggung jawab masih banyak yang menganggur, hendaknya manusia
mengingat manusia lain dengan memberi manfaat bukan mengambil manfaat
dengan harga yang rendah,
hendaknya kaum cacat mendapat kemulyaan karena mereka tiada
meminta akan kecacatannya.
Posted by ana muslim at 14:33 0 comments
Labels: tazkirah
Tuesday, 13 March 2007
PerJaLaNaN...
Posted by ana muslim at 04:32 0 comments
Tuesday, 6 March 2007
Kita Adalah dae
Dah 7 tahun aku berhijrah mencari erti sebuah kehidupan...dari satu negeri ke satu dan dari satu negara ke satu negara..mesir,indonesia dan sekarang kat Uk,namun diri ini rasa kekosongan....Dalam mencari hakikat hidup yang hakiki,justeru itu sahabat2 ikhwahdan ukhwat marilah kita bersama dalam "Ijlis Bina Numan Saah.."Berkongsi dan mengambil pengajaran serta iktibar untuk mentajdidkan iman......Ketika ku melangkah dan menjejaki bumi Uk..tanpa rehat...Aku terus mengambil peluang dan ruang mengikuti akitivit-aktiviti tarbiyah seperti PMS dan Tamrin baru-baru ini....maka rasa rugi lah kalau pgram-pgram seperti ini ditinggalkan sedemikian rupa...Masa tidak menunggu kita,ianya akan berlalu dan terus berlalu...tanpa berundur kebelakang kembali..IniDikukuhkan lagi oleh Allah s.w.t dalam Surah al-ashr...DEmi masa...kalimat yang jelas dan penuh bermakna...Tidak hairan lah Sahabat-sahabat Rasululllah dahulu kala pantang mendengar majlis ilmu..mereka akan berlumba-lumba dan haloba mendengar tapi bagaimanakah dengan diri kita hari ini.....?????
Bila aku memikir persoalan ini,tiba-tiba terdengar gemersik suara generasi pelapis berkata..."kita semua adalah dae seperti mana yang terselit dalam risalah hassan al-bana..dakwah tuna....Kata-kata ini merupakan gambaran dan perwatakan yang sungguh unggul dan tinggi untuk meraih masa depan bersama Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w......
Biarpun noktahnya panjang dan berliku,namun keingginan dan keimanan yang tulus untuk mendapat syurga ilahi serta paling utama ialah mendapat keredhaannya.Ianya merupakan satu bekalan yang terakhir untuk dibawa sebagai bekalan kebahagiaan di akhirat nanti.
Hari demi hari,bulan demi bulan dan Tahun bersaling ganti...Kerja-kerja dakwah penuh menanti dan ternanti-nanti kerterlibatan Ukhwah dan Ukhwat serta Brother dan Sister semua.Semangat obor perjuangan dan keikhlasan diperlukan....Aku teringat kata-kata ustaz ketika membentangkan surah Al-baqarah ayat 143 melalui tafsir Fii Zilal Quran dalam satu usrah di leed....Ustaz bertanya tentang pengajaran ayat 143....Ku lihat Anak didiknya kiri-kanan tekun dan penuh semangat mencari khulasahnya.....Sedangkan diriku cuba mengungkap maknaNya mengikut konsep fiqh Dakwah.....konsep yang yang jarang ku pelajari...aku hanya insan yang banyak menumpukan perhatian pada Hukum Syariah....
Lalu ku renung kembali ayat itu dan aku cuba buka seluas-luasnya makna yang tersirat....lalu aku dapat pengajarannya...bahawa ayat ini berkontek dakwah dan sesiapa sahaja yang beragama islam mempunyai taklifan dan tanggungjawab besar,tak kira jurusan apapun...akauntan,inggenering,multimedia,ariktek dan pendidikan islam samaada diplomanya,degree,master dan Phd atau professor .... SemuaNya memikul tanggungjawab dakwah selagi mengucap khalimah syahadah....
Dakwah..dakwah...dakwah....oh dakwah...hatiku berkata.."Apakah terlalu tinggi dan besar pengharapan itu????Aku kembali menatap pengajara ayat itu sepuas-puasnya...lalu aku dapat kesimpulan bahawa nabi menjadi saksi menyampaikan islam kepada kita dan kita pula mesti menyampaikan islam kepada manusia lain....
Hatiku bagaikan luluh dan seakan-akan menitiskan airmata keinsafan...mengenangkan umurku sekian hari merangka senja....Apakah sumbangan ku terhadap islam sejak aku meningkat remaja dan dewasa???.....aku masih dalam kekerdilan banyak kekurangan.........ya allah....
Wahai Adik-adik kesayanganku yang cintakan islam...
Kita yang menganuti Agama Allah yang suci ini mempunyai taklifan besar....kita sebgai muslim secara mutlaknya menjadi seorang daie.....sepertimana kata ustaz dalam beberpa pgram dan usrah...kalau bukan daei kepada allah ,bererti ia adalah daei kepada selain Allah s.w.t .tidak ada caranya ,sebab dalam hidup ini kalau bukan islam bererti hawa nafsu....baca risalah hasan al-bana dalam bab dakwahtuna...
Hidup di dunia ini adalah sesuatu tipuan dan gurauan malah satu permainan dalam batas-batas waktu yang tersedia untuk memilih secara kebebasan,kemudian sisa-sisa masa yang terbuang itu hanya lah peninggalan sia-sia dan akan dipertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t nanti...
Oleh itu sekalii hidayah sampai,Maka peganglah,jangan sekali-kali mencicirkanNya,Titiplah titis-titis dakwah dengan menyeru manusia lain kejalan Allah,mengislah diri,keluarga,masyarakat serta kawan-kawan ditempat study dan kerjaya beriringan dengan manhaj dakwah Rasulullah S.A.W..
Wallahua"lam
Posted by ana muslim at 03:49 2 comments
Labels: Dakwah
Wednesday, 28 February 2007
DakWah SeSuatu KeMesTiaaN
Manakala juga dengan Sisternya,Tak kurang semangatnya,malah melebihi para pemuda or brother,setiap kata dan ungkapan dalam lidah mereka seharian adalah dakwah...dakwah.....mereka rancak mencari madhu....Mereka inginkan satu shaff (barisan) seperti yang Allah s.w.t gambarkan daalam surah as-shof...Surah ini bersesuaian dengan aktiviti dakwah dan manhajNya...Ma"alim Fii At-Thoriq(petunjuk jalaan bagi-bagi kader-kader dakwah)..Mereka lah pelapis generasi masa depan menyelusuri jalan-jalan dakwah.
Aku teringat kata-kata syit khattab dalam bukunya islam dan kemenangan...Kemenangan adalah sesuatu bebenaan,...bebanan pertama adalah merancang dan diikut oleh kerja-kerja berterusan(istiqmah)untuk meletakkan kenyataan itu didalam sesuatu pelaksanaan...
Untuk membangun sesuatu shoff atau kesatuan shof mestilah adalah sessuatu kepimpinan pemuda dan pemudi,brother dan sister yang mengatur langkah sebagai dae,malah merupakan syarat mutlak bagi kemenangan pergerakan dan dakwah islam,tanpanya shoff akan terumbang ambing dan akan kalah dan gagalnya dakwah...ini terbukti dalam peperangan uhud..disebabkan sh0f yang tak tersusun ,padahal sebelumnya sudah berada diambang kemenangan...
Hari ini aku melihat peranan dan tanggungjawab pemuda-pemudi,brother dan sister di masyarakat bukan menjadi kelompok pengikut dan main anggup sahaja,banyak membuang masa,lepak dan berfoya-foya, dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat hiburan dan melalaikan dan tidak ada manfaatnya.
Ingatlah!!!! Islam menaruh harapan yang besar kepada para pemuda?pemudi dan brother da sisiter,ukhwah dan ukhwat untuk menjadi pelopor dan penggerak dakwah Islam. Pemuda/pemudi,brother/sister dan ukhwah/ukhwat adalah kelompok masyarakat yang memiliki berbagai kelebihan dibandingkan dengan kelompok masyarakat lainnya, diantaranya adalah bahwa mereka segar masih bersih dari pencemaran (baik aqidah maupun pemikiran), mereka memiliki semangat yang kuat dan kemampuan pemahaman dan pemikiran yang tinggi.#
Para musuh Islam sangat menyadari akan hal tersebut,sehingga mereka berusaha sekuat tenaga untuk mematikan potensi yang besar tersebut dari awalnya dan menghancurkan para pemuda/pemudi,brother/sisiter dan ukhwah dan ukhwat dengan berbagai kegiatan yang laghwun (bersifat santai dan melalaikan).
Disini Aku melihat ciri-ciri Brother/sister dan ukhwah dan ukhwat yang baik dan mempunyai kareteria...:-
1) Mereka beramal/bekerja dengan didasari dengankeimanan/aqidah yang benar.Firman Allah s.w.t
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orangyang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?’”
2) Mereka selalu bekerja membangun masyarakat.firman Allah s.w.t...
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumisebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji merekasiapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.”(QS Al Kahfi [18]:
Dan mereka memahami bahwa orang yang baik adalah orang yang paling bermanfaat untuk ummat dan masyarakatnya“Dan Katakanlah: ‘Bekerjalah kamu, maka Allah danRasul-Nya serta orang-orang mu’min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada(Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.’” (QS At Taubah(9)
Wahai ukhwah dan ukhwat/brother dan sister.....
Jalan dakwah adalah adalah panjang dan banyak cabaran dan dugaanya. Setiap diri yang mengaku muslim hendaknya berdakwah. Berdakwah bukan hanya berceramah seperti yang banyak orang Fahami. Rasulullah saw. pernah bersabda kepada Ali bin Abi Thalib r.a,
“Mengajak satu orang kepada hidayah Allah itu lebih baik bagimu dari harta yang sangat kau banggakan".
Rasulullah saw. menegaskan bahwa mengajak satu orang kepada kebaikan adalah dakwah. Maka dengan ini kegiatan dakwah tidak hanya terbatas pada kegiatan berceramah. Melainkan ia lebih berupa kegiatan menggunakan segala kemampuan, pemikiran dan kemungkinan lainnya untuk mempengaruhi orang lain agar taat kepada Allah. Orang bisa berdakwah dengan segala kemampuannya, menulis buku, berkomunikasi dengan orang lain dan lain sebagainya.
Ingat, dakwah adalah sesuatu kemestian. Tanpa dakwah agama akan hilang. Tanpa dakwah kemanusiaan akan hancur. Selamat di dunia maupun di akhirat tidak ada pilihan kecuali dengan berdakwah di jalan Allah.
Posted by ana muslim at 04:44 4 comments
Labels: Dakwah
Friday, 23 February 2007
Sambungan Rehlah ikhwah mesir ke Tursina...(sambungan artikel lepas)
Setelah aku bersama-sama ikhwah selesai menunaikan hak allah dgn sujud ke bumi demi kerana Maha Pencipta yang Maha Bijaksana...jam di tangan menunjukkan angka 5.30 pagi...baru ku perasan yang waktu subuh disini lebih awal berbanding di Kaherah dan tanah air ku di tanta...Ku lihat ..ku renung sahabat2 ku...kulihat bibir- bibir mereka bergerak..masing2 dgn zikir masing2..makhturat,,,memuji kebesaran allah...mengesakan allah yg satu...Ya allah..sungguh...sungguh...hati ku rase sgt2 terharu dan bersyukur kerana dikurniakan sahabat2 yg sudi dan setia memuji allah dlm keadaan manusia lain sedang du ulit mimpi..di bawah selimut...Ya allah engkau mati dan hidupkan lah kami dlm iman...Engkau berilah kekuatan pada kami....
Coster bergerak laju memecah kedinginan pagi..tiba2 masul rehlah menjemput secara rawak seorg ikhwah utk memberikan sedikit tazkirah sebagai sarapan rohani kami utk pagi tu...masing2 tiada idea coz spontan...tapi..hati ku bergegar kuat ...dapat ku rasakan yg aku akan diberi amanah ini,,,sungguh..nama aku lah yg telah disebut..barangkali sebab aku duduk berhadapan dgn masul rehlah....aper yg mau aku sampaikan....apa ya...ke renung jendala coster kiri dan kanan.....terlihat ku pdang pasir yg terbentang luas....terlintas di kepala ku...Kebesaran Allah..ya ini lah tajuk yg akan ku sampaikan pagi ini...ku sampaikan lebih kurang 15 minit...ku kisahkan setiap perkara yg berlaku perlu diambil iktibar...begitu juga rehlah ari nie...seperti mana yg di gambar kan dlm al-qoran...menyuruh manusia berjalan,,,,dan melihat...bukan sekadar jalan makan angin...tetapi melihat,,bertadabur..mengambik iktibar..dan ..........
Kurang lebih...pukul 8 pagi kami sampai ke kubu salahudin al-Ayubi....kami dimaklumkan bahawa kubu nie dibuka 9.00 pagi..maka kami teruskan perjalanan kami ker sempadan palestin mesir...wlupun keadaaan di persempadanan dijaga rapi oleh askar yahudi,,,namun tetap ku masih mahu menggunakan nama palestin,, tidak sekali2 ku akan mengi'tiraf negara yahudi israel... dapat ku lihat dgn jelas org2 yahudi keluar masuk border...mula2 kusangkakan mereka arab mesir,,,namun ku terlihat pasport mereka berwarna hijau tertulis israel...sah...yahudi laknatullah....pakaian mereka mewah...mereka melalui kawalan askar mesir dgn penuh riak,,,kononnya mereka gah di dunia..sejarah telah membuktikan siapakah mereka..,,,ketika itu hanya allah sajer yg tahu hati kami...mahu sajer ku terkam mereka....tapi..namun tarbiah yg ku terima bukan mengajar ku membuat sesuatu perkara dgn semangat semata2 tetapi dgn akal yg memahami islam dgn sebenar,,,ku selidik hati2 askar2 mesir yg jaga sempadan tersebut...alhamdulillah..hati mereka tetap tidak mengi;tiraf yahudi,,bahkan mereka melayan kami dgn sgt baik selepas kami memberi salam....( baru mereka pasti kami org islam
Posted by ana muslim at 04:39 2 comments
Labels: Artikel jemputan
Tuesday, 20 February 2007
WoMeN, LaDy, GirL & BeauTy
Assalamualaikum wr wbt pembaca yang disayangi sekalian,
Saya terpanggil untuk menulis diatas ‘desakan’ saudara yang saya kasihi..in a way, I agree that although I might not be a good writer n bukan org seni, tapi, at least just try your best and convey the idea to masyarakat kita yang amat dikasihi ini..
Kisah minggu ini : WoMeN, LaDy, GirL & BeauTy :
I’ve just read the news from bbc and magazine yang dikeluarkan oleh
Erm, what is actually size zero? Basically size baju model-model catwalk yang kurus kering, some of them are anorexic, and their clothes are in size 4!! Okey, realistically, most of us will have a size of 12 (
Stop kejap..erm..so what? Well, yang jadi masalah di dunia sekarang, ie
“A spokeswoman for Beating Eating Disorders, formerly the Eating Disorders Association, said there were an estimated 1.1 million people in the UK with eating disorders. “
From here timbulla eating disorder ..muntahkan makanan bila dah makan..makan salad je everyday..or skipping meals…dan masyarakat juga mempunyai pandangan yang THIN is beautiful.. is this view correct? Betul ke tak betul, we have to admit yang most of us will think like this..sadly..
Some facts : Here are some statistics from bbc news
(http://news.bbc.co.uk/1/hi/health/6376367.stm)
Now..what do we say?
anyhow, takkan nak jadi mangsa keadaan forever eyy? Therefore let us fight, let the islam view be the frontier view.. the most important thing is healthy.. why?? if not healthy camna nak buat keje-keje that will please Allah, rite? Hence, no issue of following these models, skinny wanna be size zero..kesian depa semua….
Narrated by Abu huraira, The prophet saw said: ""Truly, Allah does not look at your outward forms and wealth, but rather at your hearts and your works"
(Sahih Muslim, 4.1389: hadith 2564)
Wallahu a’lam.
Posted by ana muslim at 07:15 0 comments
Labels: Ouchy Ouch Ouch, tazkirah, women
BerDaKWaH DeMi KeBaiKaN DiRi SenDiri........
Mari kita bersama-sama berfikir dan merenung.....kenapa dan mengapa kita perlu berdakwah dan siapakah sebenarnya sasaran.....kita dan kita dan kamu dan kamu....penat rasanya.....orang lain berpeluk tubuh tanpa membuat sesuatu kerja...kita dan kita,kamu dan kamu sibuk ke hulu ke hilir mencari madhu.....Maka timbullah satu persoalan yang bermain dilingkaran mental...
1) Kepada Apa Kita Menyeru Manusia????
2) Ke mana kita mendakwahi manusia????
Adalah satu pertanyaan yang selalu terdetik di benak seorang da'i (pendakwah) Muslim. Pertanyaan ini tidak memerlukan jawaban, kerana hakikatnya sudah terlalu jelas, bahkan lebih jelas daripada matahari ketika panas terik. Apakah ada seorang Muslim yang tidak mengetahui ke arah manakah sebenarnya dia berdakwah kepada manusia?
Jawabannya, pada asalnya, nampak mudah dan jelas, selagi mana istilah-istilahnya jelas serta tujuan dan sarana-sarananya juga jelas. Tetapi kenyataannya tidak sedemikian, kerana dengan banyaknya persepsi mengenai Islam - yang disebabkan oleh jauhnya manusia daripada pengetahuan Islam yang benar - menyebabkan banyaknya jawaban dan telah menjadi punca perselisihan yang nyata.
Memang benar, bahawa mungkin secara umum, jawabannya adalah satu, kerana kita semuanya mengajak kepada Islam yang hanif (lurus). Akan tetapi, lambat laun, jika permasalahan tersebut mulai dibahas secara mendalam dan diuraikan secara lebih terperinci, titik perbezaan itu akan mula nampak dan perselisihan akan makin membesar, seperti perbezaan antara malam dan siang.
Dari sinilah bermulanya langkah mencari jawaban bagi seorang da'i. Sebelum melangkah untuk berjalan menuju ke satu tempat, pertanyaan tersebut perlu dikemukakan kepada dirinya dahulu. Tasawwur (konsep), tujuannya dan selok-belok perjalanannya perlu ditentukan dan diketahui dengan jelas. Sarana-sarana yang diperlukan perlu dipersiapkan. Kerana orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mungkin dapat memberikan sesuatu.
Pertamanya, kita mendakwahi manusia untuk melaksanakan agama Allah Subha Nahu Wa Ta?ala, iaitu Islam. Allah Subha Nahu Wa Ta"ala berfirman;"
"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." [Al-Imran: 85]
Ayat di atas menyeru agar kita menjadikan Islam sebagai pedoman hidup secara menyeluruh, menyerahkan segala persoalan yang kecil maupun besar kepada Allah Subha Nahu Wa Ta?ala. Hendaknya kita fahami Islam itu secara utuh dan menyeluruh, sebagai agama dan kedaulatan, akidah dan syariah, sistem moral dan kepimpinan, jihad dan ibadah, dunia dan akhirat, dengan segala yang terkandung di dalam Kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan, sedar dalam menghadapi ketentuan Allah Subha Nahu Wa Ta"ala, sedia mengikuti jejak dan langkahnya, sedia berjalan di atas manhajnya, berittiba' (mengikut) bukan membuat bid'ah, selalu mengembalikan segala urusan kepada Allah Subha Nahu Wa Ta"ala, dan berciri khas dengan risalahnya, untuk merealisasikan firman Allah Subha Nahu Wa Ta"ala;"
Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah (beristiqamahlah) sebagaimana diperintahkan kepadaKu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada perselisihan antara kami dan kamu. Allah mengumpulkan antara kita dan kepadaNyalah kembali (kita)." [Asy-Syura: 15]
Rujukan Fiqh Dakwah..........
Posted by ana muslim at 02:57 0 comments
Labels: Dakwah
Friday, 16 February 2007
Ketika Dakwah Mendatang....
Assalamualaikum....
Coretan kali ini ingin Ku cetuskan dan Dedikasikan buat diriku dan Sahabat-sahabatku dimana jua.....
Sahabat-sahabatku......
Kita begitu sering mengikuti program atau bahkan kita yang sering menjadi Fasilator dan pengerak dalam sesuatu Slot untuk mengerakkan dan membentuk seorang Madhu yang benar-benar beramal dengan amal jama’ie,dan menjadikanNya Generasi Dakwah masa depan. Itu semuanya bukan hanya khayalan dan Angan-angan kosong atau kata orang indonesia omong-omongan belaka.
Kita juga sering acap kali dapat Khulasah dan pandangan semua peserta(madhu) . Tapi, adakah itu semua membawa kesan dan perubahaan dalam diri kita???Adakah itu semua dapat diaplikasikan dalam kehidupan dan peribadi kita???
Sahabat-sahabatku.......
Marilah kita berfikir sejenak...(ambil masa 2 minitkah..tanyalah diri dan hati...)Adakah kita berlaku jujur pada diri kita sendiri atau cuma mainan lidah tak bertulang.ANa teringat firman Allah s.w.t yang memberi teguran kepada kaum bani israel tentang tabiat mereka yang pandai menyuruh orang lain melakukan kebaikan dan amal sedangkan dirinya sendiri masih dalam kekeruhan dan tak melakukan amal sedangkan mereka membaca kitab(yakni petunjuk yang nyata)
Pantaskah kita disebut Generasi dakwah masa depan?DiManakah intima"kita dalam melaksanakan keagungan islam dalam sebuahkehidupan??? Dimanakah amal jamaie kita ketika kita membiarkan ikhwah dan ukhwat lain berkerja dalam satu shoff dakwah dan tidak keringanan tulang membantu mereka dalam kerja-kerja dakwah demi kegemilangan umat islam..
Aduh! pening memikirkan nasib kita yang serba kekurangan dan kedhaifan,Namun kita tidak perlu menyalahkan orang lain ataupun diri kita sendiri karena itu hanya akan membuat penyakit dihati kita.Ayuh dan Bangun perbaiki diri..
Sahabat-sahabatku....
Program dan System kita dalam sesuatu Jemaah sudah begitu bagus walau mungkin belum sempurna, yang perlu kita lakukan hanya aplikasinya. Ku yakin ketika kita mahu saling memahami dan menyelaminya,serta bekerjasama tanpa mementingkan diri sendiri, kita pasti bisa mengerjakan semua ini tanpa ada amanah kita yang lain yang terkorbankan.Malah kita harus ingat Belajar juga merupakan satu manah daripada Allah,Negara,Keluarga(ibubapa) danMasyarakat,tak kira Degree,PHd dan apa sahaja.Mereka semua ternanti-nanti sumbangan kita bila balik nanti......
Cukup...cukup...cukup sudah!!!!!Apa yang terjadi....lihatlah bagaimana empayar islam yang dahulu kala mashyur dan berdiri megah mudah runtuh dan akhirnya hilang???. Jika kita ingin kemenangan yang besar,Maka sudah tiba saatnya kita bangkit dan bangkit dan terus bangkit,jangan sampai kita terlena karena amanah dakwah masih sangat panjang dan berliku.
Jangan pernah memutuskan bahwa alasan kita untuk tidak hadir pgram,usrah dan qiadah serta lain-lainnya.
Ingat! bagaimanapun kita hanya manusia yang mempunyai sifat keegoan dalam diri....................
Bersambung...........
Posted by ana muslim at 08:42 0 comments
Bingkisan dan coretan perjalanan Rehlah IKHWAH Mesir ke Gunung TURSINA..
Oleh SahabatKu Sopie Tanta Mesir..
Assalamualaikum Ustaz Yusof...Aper khabar....ikhwah baru balik dari sinai..besar hati ana sekiranya enta bagi ana sedikit ruang utk cerita kan pengalaman ikhwah dlm perjalanan ke sana sampai balik,,,terlalu banyak iktibar dan kisah yg boleh di ambil sop...utk tak terlepaskan sebarang iktibar..Ana buat sikit..agar tak panjang....syukran..
PERJALANANku KE GUNUNG TURSINA
Perjalananku dari bumi kaherah ke bumi sainaa' ,,Bermula 2 pagi dlm keadaan kedinginan yang menyusup ke dalam tulangku....kami pergi dengan menaiki sebuah bas yg kecil atau lebih di kenali disini dgn panggilan " coster "...namun pemergian kami hanyalah semata mata merasai bagaimana pengorbanan Nabi Musa a.s...ketika bermunajat di bukit tursina...Di samping memberikan pengalaman- pengalaman baru untuk ikhwah-ikhwah baru mahupun untuk diriku sendiri..kami selamat tiba ker perkampungan di toba yg mana mengambil masa selama 3 jam ke kaki gunung tursina sejurus hampirnya waktu solat subuh ..
Ketika kaki ku melangkah keluar dari coster...tidak ku sangka dalam keadaan suasana perkampungan toba yg di kelilingi padang pasir tapi kesejukan adalah berkali ganda dari bumi kaherah...Allah maha pencipta...Kami taksub dgn keagungan mu Yaallah...Terlihatku sebuah rumah Allah..Namun hanya sedikit yang hadir utk menundukkan muka nya kepada Ilahi dalam keadaan sebegitu sejuk...boleh saja utk dijadikan hujah utk tidak ke masjid dgn cuaca begitu...Namun aku bersyukur kerana Allah masih memberiku kekuatan utk gagahkan diri sujud kepada Allah pada waktu begini...
Maluku pada mujahidin yg berperang di checnya ....kashmir...bosnia...sesungguhnya keadaan mereka jauh lagi kesejukan yg di hadapi bahkan dlm keadaan kelengkapan pakaian yg sekodar.... tak layak dibandingkan kami dgn mujahidin ..cukup sahaja dilihat keadaan kanak2 di kem2 pelarian Palestin...yg lansung tidak ada baju sejuk dlm keadaan cuaca yg sejuk mcm nie...Ya Allah jadikanlah aku hambar yg bersyukur....tapi kami penuh dgn baju2 yg tebal di selitkan dgn berbagai2 jenama..nike..umbro,,thinsulate...Ya Allah berikanlah ganjaran yg tinggi pada mereka yg berjuang demi ugama mu...
Ketika tangan ku menyentuh air utk berwuduk...subhanallah...tidak dapat digambarkan kesejukannya...namun demi utk berwuduk...membersihkan diri utk menghadap Allah....ku rela dgn hati ku..begitu juga dgn teman2 ku yang ku kasihi ....dapat ku lihat terpancar sinar keimanan dari muka2 sahabat2 ku...hibanya hati ku..Ya allah kekalkan lah hati2 kami utk berjuang dgn ikhlas di jalan mu..di antara mereka ada yg berumur 19 tahun...20 tahun....24 tahun...29 tahun...30 tahun.....bahkan yg sudah berumahtangga dan mempunyai puteri2 dan putera2....semuanya pemuda2 yg berusaha berkhidmad dgn ugama Allah seikhlasnya...doakanlah kami sahabat...doakan lah kami....
Terlintas di fikiran ku bagaimana ya...bagaiman kehidupan org2 kampung disini...mereka sumer org2 badawy( org2 pedalaman..mereka pelik dan teruja bila melihat org luar dtg..bahkan kami dipanggilnya...yaban,,yg bermaksud jepun...sebab jepun ramai dtg panjat bukit tursina sebab nak tgk pemandangan matahari terbit.... ),,,sememangnya tidak ada pemanas air atau pun sebagainya....hebatnya mereka... (...sambung...)
Posted by ana muslim at 07:33 0 comments
Labels: Artikel jemputan
Thursday, 15 February 2007
Al-Quran Itu Kekasih
Assalamualaikum....
Artikel dari Mahasiswa Syubro Mesir.
Syubro adalah salah satu daripada cawangan Universiti Al Azhar yg dikhususkan utk pengajian tahfiz al Quran dan qiraat. Dari sini lahir tokoh2 yg terkenal di Malaysia seperti Ustaz Taib Azamuddin, Ustaz Hassan Mahmood al hafiz dan ramai lagi...
Al-Quran itu KeKasih….....
Al- Quran itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tamsilan mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan! Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai Al-Quran… kalam Allah Yang Maha Agung.
1. Kekasih yang terlalu istimewa......
Sekeping warkah daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan? Berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.
Allah berfirman ; "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu , tenang tenteramlah hati manusia" (Surah Ar-Rad:28 )
Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah.Dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikrullah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al-Quran. Seterusnya Allah SWT juga menyatakan keistemewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan sebagai firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 23 ; "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandugannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara);yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.
Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya);dan(ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya".
2. Kekasih yang perlu dimuliakan.....
Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya,Firman Allah bermaksud: "Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya), Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat." ( Surah Al-An'am :155 )
Malah Allah juga menggariskan adab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kita mendengar bacaan al-Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri, sebagaimana ingatan Allah dalam surah al-A'raf, ayat 204,maksudnya: "Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat".
3. Kekasih yang setia...........
Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah ukurannya? Bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan? Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan. Maksud firman Allah : "Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama.
Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada Agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat. Segala pekara yang baik, dan melarang daripada segala pekara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh". ( Surah Ali Imran, ayat 113-114 )
Malah at-Tabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Sa'ad r.a daripada Rasulullah s.a.w, sabda baginda ; "Kemuliaan seorang Mukmin ialah qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)" Baginda juga menceritakan tentang kelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran.
Sabda Baginda: "Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang beribadat.Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang berlaku adil." ( Riwayat Abu Daud )
4. Kekasih yang perlu dibelai sentiasa........
Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya.
Dari itu, Rasulullah s.a.w sering memberi amaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga al-Quran dan tidak melupakannya. Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Dibentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuang kotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidak dapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan". (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Selain itu, kita membelai kekasih ini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa iri hati dengan "kegilaan" orang lain membaca Kalamullah itu. Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Hasad (iri hati) itu tidak dibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam". Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah.
Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai 'ghitbah' yang dimaksudkan sifat ingin berlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu sama seperti orang itu dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal. Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama al-Quran. Bukankah dia kekasih yang membahagiakan?
Posted by ana muslim at 12:20 0 comments
Wednesday, 14 February 2007
KeTeNaNGanKu CaRi JuA
Assalamualaikum......
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana limpah rahmatnya jari-jemari ini dapat melukis warna-warna hati.Adakah kalanya tenang dan adakalanya berkecamuk,dibuai angan-angan yang tak sudah,ku pasrah pada ilahi.Inilah dinamakan sebuah kehidupan,penuh ujian dan dugaan....
Berbagai cara dan bentuk usaha aku lakukan begitu juga manusia lain sepertiku dalam mencari sebuah ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin,bersukan,melukis,menulis,menyanyi dan sebagainya.
Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia,berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam.Alam yang penuh ceria dihiasi panaroma yang sungguh indah.
Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al Qur‘an,berzikir, bersembahyang dan sebagainya.
Tanpa ketenangan jiwa diri ini dan manusia sepertiku juga akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.
Dalam mencari ketenangan jiwa ini,Aku dengan ilmu yangku tuntut dibumi anbiya,membuatkan aku berhati-hati dalam setiap hal dan berpandukan hukum syarak supaya hidupku tak terbabas.Apatah lagi bumi Uk ini yang penuh kebebasan dan boleh buat apa saja.Disana-sini penuh dengan hiburan,Setiap hari ketikaku balik malam,dikaki jalan terdapat muda-mudi mabuk bukan kepalang.
Wahai sahabaku sekalian....Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria,dengan lagu-lagu, musik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.
Memang tidak dapat dinafikan...Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya.Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia.
Firman Allah Subhanahu waTa‘ala yang tafsirnya :“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan”.(Surah Al-An‘am: 32)
FirmanNya lagi yang tafsirnya :“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikankekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakanuntuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati danhidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”.
Posted by ana muslim at 07:55 0 comments
Labels: tazkirah
Tuesday, 13 February 2007
Masjid Al-Aqsa. Keselamatannya Meruncing.
Posted by ana muslim at 10:27 0 comments
Labels: Akhbar Islami
Menyerahkan Diri Kepada-Nya Akan Beroleh Pahala
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
SYEIKH Sya'rawi berkata: Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana cita-cita Ahli Kitab yang ingin memurtadkan orang beriman. Hal ini tidak lain tidak bukan semata-mata hasad daripada diri mereka. Seterusnya Allah s.w.t. mahu menjelaskan bagaimana sifat bencinya Ahli Kitab dan berkata: “Sesungguhnya mereka berdasarkan neraca keadilan dan kebenaran yang kami ikutinya iaitu manhaj Allah s.w.t..
Justeru, Allah s.w.t memerintahkan orang beriman supaya thabit dan tetap dengan iman di samping melaksanakan segala taklif syarak. Inilah sebaik-baik penolakan terhadap mereka. Antara taklif syarak itu yang didatangkan Islam mempunyai waktu, masa dan sedikit amalan seperti rukun Islam yang lima.
Justeru, disebut dalam ayat berikut:
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani.” Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.”
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah: 110 hingga 112)
Firman Allah s.w.t: Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat. Peliharalah dua rukun dan tiang Islam iaitu solat dan zakat serta dekatilahmu kepada-Nya dengan beribadat sama ada bentuk ibadat badaniyah (nisbah kepada jasad) atau maliyah (nisbah kepada harta) dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu. Al-Baghawi dalam tafsirnya Ma`alim al-Tanzil berkata: “Ketaatan dan amalan salih. Kamu tentu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.”
Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan. Allah Maha Pemerhati atas segala amalanmu dan akan dibalas pada Hari Akhirat. Demikianlah al-Quran membangkitkan kesedaran kaum Muslimin dan memusatkan (perhatian mereka) kepada sumber bahaya dan komplot jahat (kaum Yahudi) serta menggemblengkan rasa kewaspadaan mereka terhadap niat-niat yang jahat, tipu daya yang licin dan hasad dengki yang keji itu.
Kemudian al-Quran membimbing mereka agar sentiasa bersiap sedia kepada Allah dan menunggu perintah-Nya serta meletakkan tindakan mereka di bawah keizinan-Nya. Sementara menunggu perintah itu, al-Quran menyeru mereka (mengambil sikap) memberi kemaafan dan keampunan untuk menyelamatkan hati mereka daripada hasad dengki dan dendam kesumat.
Kemudian ayat-ayat yang berikut terus mematahkan dakwaan-dakwaan kaum Ahli Kitab Yahudi dan Nasara terutama dakwaan mengatakan bahawa mereka sahaja (umat) yang mendapat hidayat dan syurga Tuhan, tiada orang lain yang akan memasukinya! Tetapi pada waktu yang sama setiap puak Ahli Kitab menentang satu sama lain dan menuduh lawannya sebagai puak yang tidak mempunyai apa-apa pegangan.
Ketika menghuraikan dakwaan-dakwaan kaum Yahudi yang panjang lebar itu, al-Quran menjelaskan hakikat yang sebenar dan memberi kata pemutusnya mengenai (dasar) amalan dan balasan. Kaum Ahli Kitab yang menentang kaum Muslimin di Madinah adalah kaum Yahudi. Ini kerana di sana tidak ada kumpulan kaum Nasara yang mengambil sikap kaum Yahudi. Tetapi nas di sini merupakan satu nas umum yang menghadapi dakwaan-dakwaan golongan itu.
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani.” Yahudi telah mendakwa bahawa semua golongan tidak berhak masuk syurga kecuali menganut ajaran Yahudi. Begitu juga Kristian mendakwa semua golongan tidak akan masuk syurga kecuali menganut ajaran Kristian. Kaum Yahudi pula mendakwa: “Tidak akan masuk syurga melainkan hanya orang-orang Yahudi sahaja.” Sementara kaum Nasara pula mendakwa: “Tidak akan masuk syurga melainkan hanya orang-orang Nasara.”
Dakwaan ini tidak berlandaskan sebarang dalil selain daripada dakwaan kosong sahaja. Oleh itu, Allah s.w.t. mengajar Rasulullah s.a.w. mencabar mereka supaya mengemukakan dalil. Ibn Abbas berkata: “Orang Yahudi Madinah dan Kristian Najran bertelingkah di sisi Nabi s.a.w.. Golongan Yahudi mendakwa bahawa orang Kristian tiada apa-apa keistimewaan dan tidak layak masuk syurga kecuali yang menganut ajaran Yahudi dan mengkufurkan dengan Injil dan Isa. Sedangkan dakwaan Kristian pula tidak layak masuk syurga kecuali hanya golongan kristian.
Ini sebenarnya hanyalah angan-angan mereka. Mimpi-mimpi mereka dan khayalan sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, Al-Nasafi dalam Madarik al-Tanzil berkata: “Sila kemukakan hujah kamu atas keistimewaanmu dapat masuk syurga.”
Kepercayaan
“Wahai Muhammad, katakanlah kepada mereka: “Datangkan kepadaku segala bukti yang jelas atas dakwaanmu sekiranya benar.”
Itulah angan-angan mereka. Katakanlah: “Bawalah hujah-hujahmu jika kamu benar.” Di sini al-Quran menjelaskan satu dasar umum daripada dasar-dasar kepercayaan Islam iaitu balasan adalah mengikut amalan tanpa memilih kasih terhadap sesuatu umat, golongan atau individu. (Yang menjadi asas) balasan adalah Islam dan ihsan (menjunjung perintah dengan sebaik-baiknya) bukannya nama dan gelaran.
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan Al-Alusi berkata dalam Ruh al-Ma’ani: “Ini merupakan penolakan atas dakwaan mereka di samping mengisbatkan daripada apa yang mengandungi penafian masuk syurga di kalangan yang lain.”
Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya), yang dimaksudkan dengan serah diri ialah dengan mengikhlaskan dan maksud wajah. Di sini terdapat dua pendapat:
* Bahawa itu adalah agama.
* Bahawa itu adalah amalan.
Bahkan yang berhak masuk syurga hanya daripada kalangan yang benar-benar menyerah diri, tunduk dan patuh serta mengikhlaskan bagi Allah s.w.t.. Di sini ditonjolkan ciri Islam yang pertama iaitu penyerahan muka (wajah) yang melambangkan penyerahan seluruh diri. Kata-kata aslam bererti penyerahan diri yang mencakupi kedua-dua segi kepercayaan batin dan amalan yang zahir sekali. Namun demikian ia memerlukan bukti yang jelas terhadap penyerahan itu iaitu:
Orang yang beriman membenarkan dan mengikut Rasulullah s.a.w.. Ia menumpukan seluruh dirinya kepada Allah s.w.t. dan memusatkan seluruh perasaannya kepada Allah s.w.t. berbanding dengan orang yang menumpukan dirinya kepada kejahatan dan dosa. Sifat Islam atau penyerahan diri merupakan kesatuan dan persamaan antara perasaan dan tingkah laku, akidah dan amalan, iman hati dan ihsan amali. Dengan kesatuan ini, akidah Islam dapat berubah menjadi satu sistem hidup yang lengkap, dan dengan kesatuan ini juga sahsiah manusia menjadi sepadu dengan segala kegiatan dan haluan hidupnya serta dengan kesatuan itu wajarlah seseorang Mukmin itu menerima seluruh pemberian ini.
Maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka. Al-Samarqandi dalam tafsirnya Bahr al-`Ulum berkata: “Daripada azab ketika takutnya ahli neraka.” Dikatakan juga takut digunakan untuk perkara akan datang. Sedangkan dukacita untuk perkara yang telah lalu.
Begitu juga disebut takut terbahagi kepada tiga:
1. Takut yang berkekalan. Maka sudah tentu menjadi kebaikan bagi orang Islam.
2. Takut azab atas terputusnya boleh membawa keamanan bagi orang yang bertaubat.
3. Takut hari himpunan dan perhitungan. Menjadi keamanan bagi orang yang berihsan. Dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Hanya bagi mereka pahala amalan dan tidak berasa takut pada hari akhirat. Begitu juga dukacita atau keluh kesah, sebaliknya mereka mendapat nikmat yang berkekalan. Sebelum ini al-Quran telah pun menjelaskan dasar ini dari segi hukuman sebagai menjawab dakwaan mereka (kaum Yahudi) yang mendakwa: “Kami tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu sahaja.”
- DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah di KUIM
Posted by ana muslim at 08:07 0 comments
Labels: Artikel jemputan
IBu Yang MeLaHiRkAn MuJaHiDNya
Assalamualaikum..............
Alhamdulillah, pertama-tamanya kita mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana sehingga saat ini dan ketika ini Allah masih lagi sudi meminjamkan nikmatnya kepada kita sehingga kita masih boleh berbicara dan berfikir untuk menulis setiap kata-kata.Hari ini diriku tiba-tiba teringat satu kisah seorang ibu yang melahirkan mujahidnya untuk berjuang dimedan perang demi mempertahankan agama.. Sanggup berkorban dan merelakan anak-anaknya gugur dimedan jihad ....yang tak wujud dalam dunia islam hari ini.....
Al Khansaa' terkenal dengan kelembutan dan kebijaksanaannya mengarang syair. Syair-syair itu ditiup untuk menyemarakkan semangat pejuang-pejuang dan juga memuji-muji kesyahidan mereka di medan jihad.Tetapi beliau ini lebih terkenal sebagai ibu yang
redha dengan kematian anak lelakinya yang syahid satu persatu. Bukan mudah hendak menerima ujian kematian seorang anak. Bagi Khansaa', ibu yang berjiwa besar,ingin mendapat saham anak yang mati syahid. Apa katanya sebelum melepaskan anaknya pergi berperang menetang kaum Musyrikin?
"Wahai anakku, kamu telah memeluk Islam dengan hati yang rela. Kemudian, kamu berhijrah dengan hati yang rela. Kamu telah maklum tentang apa yang disediakan oleh Allah kepada kaum Muslimin, iaitu pahala yang besar dalam memerangi kaum Kafir.Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik dari kampung yang binasa."
Ibu ini meluahkan kata-kata semangat kepada anak-anaknya tanpa sedikit pun merasa gentar akan kehilangan mereka. Anak-anak Khansaa' berjuuang bersungguh-sungguh sehingga gugurlah mereka satu persatu di tangan musuh. Hakikatnya, mereka menang
iaitu menemui syahid.
Apabila orang mengkhabarkan akan kematian anaknya satu persatu, apa jawab ibu ini?
"Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka dan aku mengharapkan dari Tuhanku agar dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal tetap dari rahmatNya."
Begitulah jawapan Khansaa' setelah menerima kematian anak-anaknya yang pertama, kedua dan ketiga.Setelah menerima kematian anaknya yang keempat, beliau menangis lalu berkata, " Aku menangis kerana aku tidak lagi mempunyai anak lagi untuk dihantar berjuang."
Inilah ibu yang cintakan Allah dan Rasulnya.Kerana Allah, anak-anak dikorbankan untuk memenangkan agama Allah. Maka kita juga mestilah menjadi ibu-ibu yang berjiwa besar, mendidik anak-anak supaya cintakan akhirat, sanggup berjuang dan berkorban sehingga mati syahid dalam menegakkan kalimah Allah.
Posted by ana muslim at 07:09 0 comments
Labels: tazkirah
Sunday, 11 February 2007
Penghijrahanku Menuju RedhaMu....Ya Allah.
Assalamulaikum.......Buat pembaca blogku...
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih lagi diberi nikmat iman dan islam serta semangat keukhuwahaan dan persaudaraan,Betapa indahnya dan sucinya sesebuah ikhuwah itu,jika ianya sentiasa dihiasi dengan sebuah keikhlasan dan keimanan.Kasih sayang itu adalah seuatu yang suci walaupun ia diakhiri dengan perpisahan,perpisahaan meninggalkan tempat kelahiranku,Hidupku sentiasa bermusafir alias mengembara..nun jauh diperantauan..kiniku menjejaki bumi UK,bumi yang asing bagiku..jauh dari segala-galanya..
Selamaku berada di Uk ni banyak perkara yang ku pelajari sama ada dari segi budaya dan corak kehidupannya yang penuh kebebasan,serta melihat warna warni kehidupan harian pelajar malaysia yang berbagai jurusan,ada yang terikut-ikut rentak kehidupan barat dan masih ada lagi yang masih mengekalkan kehidupan kemelayuanNya,Apa yang penting Batas-batas keagamaan masih lagi dicerna dan dihiasi dalam setiap kehidupan.
Mahupun tidak.Ku gembira dengan perjalanan dan hijrah ku ini,Berjalan,berfikir dan menafsir nikmat bumi ilahi yang tak terkira,Namun gembira tak semestinya berterusan kerana duka sentiasa mengiringinya,begitu juga gembira saling bertukar ganti.Dan duka lah yang menjadikan aku supaya sentiasa mengharapkanNya dan membuatkan aku berfikir...kenapa dan kenapa??Dan kuberfikir lagi,Ini lah Qada dan QadarMU Ya Rabb.. Yang mahukan aku berada dibumi UK...Bumi yang asing bagiku..untuk mengambil pelajaran dan pengajaran dengan penghijrahaan ku ini....
Ya Allah,Damaikan dan suci kanlah hatiku ini dibumi yang baru ku jejaki dan berharaf sentiasa menyelusuri jalan-jalan dakwahMu serta mengharafkan pertolonganmu,Agar hambamu ini sentiasa sabar dan mampu menghadapi apa jua dugaan dan cabaran,kepadaMu aku meminta...Ya Rahman Ya Rahim....ameen
.
Ya Allah...........Setiap apa yang engkau jadikan dan takdirkan,semuaNya ada hikmah, insyaallah.Aku sentiasa bersyukur dan redha atas ketentuanMu dan penghijrahaanku ini,..Ya Rabb...
YA ALLAH....KURNIAKANLAH KASIH SAYANGMU DAN KASIH SAYANG ORANG-ORANG YANG MENGASIHIMU KEPADA KU...Amen
Posted by ana muslim at 04:01 0 comments
Friday, 9 February 2007
AkTiViTi BerSaMa SaHaBaT-SaHaBaTkU SeLePaS ShOLaT JuMaaT
Posted by ana muslim at 11:11 0 comments
Labels: personal
Di HaTi (DeHearty)
DI HATI(Khas untuk sahabat-sahabatku)
Di hati bersama mengembara
Tiba masanya tika saatnya ku terasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang subur
Redup menyinar hati sanubariku
Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan
Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada takkan ku gundah
CHORUS:
Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri bersama ikatan teguh setia
Berjaya menuju gerbang impian kita harapkan
Di hati kita bersama..
Di hati kita melangkah
Jangan dipisahkan kasih bersaudara
Jangan didendamkan ukhuwah yang terbina
Posted by ana muslim at 03:47 0 comments
Labels: Lirik nasyid