Showing posts with label Tahniah. Show all posts
Showing posts with label Tahniah. Show all posts

Saturday, 20 June 2009

Hakim masuk surat khabar :)

Di dalam utusan malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm

Teknologi mesin bantu usahawan IKS


Hasmin Hakim Hasbullah menunjukkan mesin kuih karas rekaannya yang telah dikomersialkan.


Pertumbuhan industri kecil dan kecil dan sederhana (IKS) terutama pemprosesan makanan amat bergantung kepada automasi atau mesin bagi meningkatkan produktiviti mereka.

Bilangan IKS dijangka meningkat menjelang 2010 selaras dengan hasrat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mewujudkan 10,000 usahawan baru.

Industri pemprosesan makanan merupakan salah satu industri utama yang diberi perhatian dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3).

Industri pemprosesan makanan merupakan penyumbang ke lapan terbesar eksport negara yang mewakili 2.6 peratus daripada jumlah eksport negara bagi sektor pembuatan.

Banyak agensi kerajaan misalnya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terlibat secara aktif dalam menghasilkan mesin dan peralatan pemprosesan makanan dan minuman, khususnya bagi produk tradisional yang memerlukan teknologi pembuatan yang unik dan proses mekanisasi yang rumit di mana kerja penyelidikan dan pembangunan perlu dijalankan secara bersepadu.

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Mekanisasi dan Automasi MARDI, Samsudin Ahmad berkata, pihaknya telah menghasilkan pelbagai jenis mesin dan peralatan bagi menghasilkan makanan tradisional.

"Antaranya adalah mesin menghasilkan lemang, emping, kuih karas, rempeyek, kuih ros, tabaloi, baulu cermai, cakar ayam, keropok lekor, sate, batang buruk, biji rotan, karipap, mesin mengekstrak isi durian dan jus buah-buahan.

"Kebanyakan mesin yang dihasilkan oleh MARDI telah dikomersialkan dan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan usahawan IKS," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Misalnya mesin menghasilkan lemang, kuih karas, ros, keropok lekor dan sate telah digunakan oleh usahawan IKS seluruh negara.

Terkini pihak MARDI telah menghasilkan tiga lagi produk untuk membangunkan IKS tempatan iaitu mesin memproses kuih tradisional empat dalam satu, mesin menggoreng keropok mudah susun dan mesin serba guna bagi mengekstrak citrus dan mengasing biji benih cili.

Mesin memproses kuih tradisional empat dalam satu hasil rekaan pegawai penyelidik Pusat Mekanisasi dan Automasi MARDI, Hasmin Hakim Hasbullah berupaya menghasilkan empat jenis kuih tradisional dengan hanya menggantikan acuan.

"Mesin yang pada mulanya direka untuk kuih karas didapati sesuai bagi menghasilkan maruku, roti jala dan putu mayam.

"Ini secara tidak langsung boleh memberikan pilihan kepada usahawan kecil menghasilkan kuih tradisional mengikut permintaan tanpa menggunakan mesin yang banyak," katanya.

Mesin ini telah mula digunakan oleh sebuah IKS bagi menghasilkan kuih karas.

Pegawai penyelidik dari pusat yang sama dan mencipta mesin serba guna bagi mengekstrak sitrus dan mengasingkan biji benih cili, Masniza Sairi berkata, mesin berkenaan pada mulanya direka untuk menghasilkan jus dokong.

"Bagaimanapun dokong adalah buah-buahan bermusim jadi saya memikirkan untuk mempelbagaikan kegunaannya bagi mengekstrak jus limau dan mengasingkan biji benih cili," katanya.

Menurut Masniza, mesin berkenaan berupaya menghasilkan jus sitrus tanpa memecahkan biji yang menyebabkan jus berasa pahit.

Bagi mengasingkan biji benih cili, getah penggelek akan digantikan mengikut kesesuaian.

"Mesin ini dapat mengurangkan kos, menjimatkan masa dan tidak rumit jika dibandingkan proses secara manual.

"Jika sebelum ini ramai pekerja yang diperlukan, bau yang tidak menyenangkan, tugas yang rumit untuk proses mengasingkan biji benih cili," katanya.

Bagi memajukan dan mengenengahkan mesin dan peralatan pemprosesan makanan dan minuman kepada golongan sasar seperti IKS makanan, pengeluar dan pengedar mesin, pengeksport dan individu yang ingin menceburkan diri dalam industri makanan, MARDI dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan profesional akan menganjurkan persidangan mekanisasi pertanian dan makanan peringkat kebangsaan.

Persidangan berkenaan akan diadakan pada 22 hingga 25 Jun di Hotel Renaissance, Melaka.

Sepanjang persidangan pelbagai teknologi dan mesin bagi pemprosesan makanan dan pertanian akan dibincangkan menerusi pembentangan kertas kerja dan pameran bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk meninjau lebih dekat.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI di talian 03-8941 8070, faksimile 03-8941-3512 atau: ncafm@mardi.gov.my

------------------------------------------------------------------------------
ps : tahniah kpd Hakim kerana mesin karas nye berjaya di pasarkan...saya penoh gok rasa kueh karas drp mesin tu, mmg rangup dan sedap ...hebat le ning adik bradik... kakok dia je hok dok habih2 phd lagi...huhu

Tuesday, 16 June 2009

Tahniah kepada adindaku Wahida...


Baru mendapat berita, adinda kami, Sarah Wahida mendapat anugerah Naib Cansellor di UITM Shah Alam dan juga adalah pelajar terbaik jurusan Art and Tekstil, 2009.

Moga kejayaan ini mendekatkan penerima nya kepada Tuhan yg menganugerahkan semua rezeki dan menggunakan kejayaan ini untuk membantu Islam secara keseluruhannya...

Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmusolihaat!

Daripada kekandamu,
Kak Lin dan Abg Yusof

Thursday, 9 October 2008

Kelahiran Seorang Mujahid

Alhamdulillah. Pagi selasa yang lalu, usrah kami menerima khabar gembira dari pasangan akhie Mahadir dan ukhtie Salmiah yang selamat menimang cahaya mata kedua. Mohd Salahuddin selamat diahirkan di The Jossep wing Maternity Hospital pada pukul 4.19 pagi dgn berat 4kg lebih. Moga Allah kurniakan kekentalan semangat juang seorang mujahid laksana Salahuddin al_ayyubi yang membuka kota maqdis.

Kami mengucapkan tahniah kepada pasangan dan mendo’akan buat mereka sekeluarga,

“Burika laka fil Mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa ruziqta birrahu. Wa balagha asyuddahu”

Yang maksudnya, “Moga Allah memberkati si bayi, kamu mensyukuri Pemberinya dan bayi tersebut berbakti kepadamu” (Hadith Kelahiran). Amin

Wednesday, 6 February 2008

UnTaiaN doA



Pada 10/feb/2008 bersamaan ahad ini Adik ana akan melangsungkan perkhawinan.Mudah-mudahaan Allah memberi keberkatan dan melimpahkan juga keberkahan..Ameen.....

""Baarakallahu lak, wa baarakaa 'alaik, wa jama'a
bainakumaa fii khoir"


Bila sebut perkhawinan,sinonimnya persoalan dan komentar ini amat menarik minat setiap golongan untuk membicarakanNya,tetapi kekadang kita terlupa atau terlepas pandang,Ada lagi tunggak sebuah pengharapan dan hiasan kebahagiaan sebuah rumahtangga,dalam mencetus dan melahirkan generasi demi generasi berkurun lamanya..yakni persoalan doa.

Doa ini walaupun pendek dan ringkas tapi mempunyai makna yang besar kepada dua mempelai..kepada adik-beradik ,saudara mara dan sahabat handai kita yang melangsungkan sebuah perkhawinan.Ianya lebih berharga dan berkilauan daripada sebuah ang pau or hadiah yang kita hulurkan.Namun dunia hari mahupun diri kita , seakan-akan melupai doa yang Rasulullah s.a.w ajarkan kepada setiap umatnya.Ataupun kerana sikap acuh tak acuh kita,sengaja ataupun tidak dan ataupun kerana kejahilan kita sendiri.Maka terpantul lah sebuah pantulan lawak-lawak doa kaum Jahiliyyah dengan sebuah ungkapan dan kata-kata ketika bertemu dua mempelai..."Semoga murah rezeki dan banyak anak.."Dalam bahasa arabnya .....Birafa wal banin.....Kata-kata ini dilarang oleh islam.


Dari Al-Hassan,bahawa Aqil bin abi Thalib menikah dengan seorang wanita dari jasyam,Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahilliyah..:birafa wal banin..".Aqil abi thalib melarang mereka seraya berkata ,jangan kalian ucapkan demikian kerana rasulullah sa.w melarang ucapan demikian"Para tetamu bertanya lalu apa yg harus kami ucapkan wahai abu zaid,Aqil menjelaskan ,,Ucapkanlah .."Barakallahu lakum wa baraka alaikum,,,,,{Mudah-mudahaan Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahakn kalian keberkahaan..."


Semoga kita dapat memberi suatu manafaat kepada dua mempelai dengan sebuah doa yang sahih dari rasulullah s.a.w berdasarkan riwayat hadis dari abu hurairah bahwasaNya Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai beliau mengucapkan Doa seperti berikut..
 "Baarakallahu laka wabaraka 'alaika wa jama'a bainakuma fii khoir"
(Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan,Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan
mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan). [Hadits Shahih Riwayat Ahmad

wallahualam..