Saja letak...sebab terjumpa gambar ni...teringat kenangan disana... Allah Maha Hebat..
InshaAllah ada masa nanti, ingin jua ku coretkan pengalaman menunaikan haji... moga boleh menjadi manfaat buat pembaca sekalian...
Saturday, 27 June 2009
Gambar
Posted by
ana muslim
at
09:35
0
comments
Labels: Gambar menarik, haji, personal
Monday, 23 March 2009
Muhammad Nabina
Apa bestnya dengan lagu ni? Lagu ni bertajuk Muhammad Nabina
Ada cerita disebalik lagu ni....membawa kenangan indah semasa Haji...
On the way ke Masjidil Haram drp apartment kami, akan lalu satu lorong ni, tak sure nama apa lorong tu....dari apartment ke rumah dalam 5 minit berjalan kaki (kalau x ramai orang)..ada satu kedai jual vcd di lorong tersebut, dan memasang speaker yg kuat...kedai tu memutarkan lagu diatas ni non stop (masa bukan azan dan bukan masa solat)...
Jadi akan melekat lagu ni di kepala, and now, everytime dengar lagu ni, mesti nostal berjalan kaki ke masjidil haram tersebut...:)
Saja letak entri ni, untuk kenangan peribadi... Maaf jika tidak berkenaan dengan pembaca...
Posted by
ana muslim
at
06:11
5
comments
Labels: haji, Pengalaman
Alhamdulillah syukur
Alhamdulillah Syukur, Alhamdulillah Syukur, Alhamdulillah Syukur Ya Rabbi...
Syukur di atas segala nikmat yang Allah di berikan kepada hambaMu yang fakir ini...
Terkadang di dalam kekusutan minda, ada terdetik jua lupa mengucapkan syukur pada Yang Esa...
Muhasabah diri : Banyak nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepadaku semenjak lahir lagi, tiada putus2...Allah sentiasa menjagaku, terima kasih Ya Rabbi di atas kurniaanMu...ampunkan daku kerana kurangnya bersyukur di atas segala nikmatMu itu...
Syukur jua di berikan peluang untuk menunaikan ibadat Haji tahun lepas...Allah Maha Besar, sesungguhnya, Allah Maha Hebat... sebelum aku memulakan pengajian phD ku, aku telah sematkan untuk membuat haji semasa belajar, subhanallah, aku amat bersyukur Allah menerima hajatku....
Gambar diatas adalah gambar yg diambil drp kamera salah seorang rakan yg pergi bersama haji...Gambar tersebut didalam Masjid di Arafah...Hari Arafah yg istimewa utk mereka yg menunaikan Haji, keistimewaan ini tidak diberikan kpd mrk yang menunaikan umrah sahaja....Alhamdulillah sekali lagi, Allah memberi peluang kepada kami untuk bermunajat sepanjang Hari Arafah di dalam masjid berhawa dingin...Gambar diatas menunjukkan saat2 akhir sebelum habisnya hari Arafah, hari yang amat maqbul doanya di situ...semua mengangkat tangan ke hadrat Ilahi, memohon, merayu akan keampunan dosa-dosanya...
Alhamdulillah Ya Rabbi...syukur..
Posted by
ana muslim
at
04:02
0
comments
Monday, 26 January 2009
Haji MSM 2008
-- Rindunya saat-saat itu...tiada kesibukan dunia, seluruh jiwa dan raga khusyuk menghambakan diri kepada Pemilik Rumah Tua itu....Hidup itu hanya untuk akhirat...aku rindu saat-saat itu...bebas daripada belenggu dunia ini... Aku rindu akan Baitul Atiq itu...Rumah Allah...Tanah suci yang menjadi saksi dakwah kekasih Pencipta dunia ini... Aku rindu...
Kenangan bertalbiyah di atas bumbung bas :)
Kenangan yg tak dapat dilupakan... jika sudah biasa naik motokar, cuba pula thrill naik motokar di atas bumbung... fenomena biasa di waktu Haji... Ustaz Yusof dan ahli2 rombongan Haji MSM 2008 juga tidak ketinggalan...
Ustaz Mazrul pulak turn to explain what is going on ...
ps: Credit to Abad for all the above photos and videos, jazakallahu khayr
Posted by
ana muslim
at
01:59
2
comments
Labels: Gambar menarik, haji
Tuesday, 23 December 2008
Ziyarah Al Madinah - Jabal Uhud
sesampainya kami di Jabal Uhud, Ustaz Mazrul (yang berjubah dan berserban putih) memberikan sedikit sebanyak taklimat tentang bumi yang bersejarah itu.
Oh Uhud
Allah's Messenger (may peace be upon him) said:"
Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 2467
Sekali lagi model kita berposing di depan perkuburan para syuhada' Uhud... di antara sahabat-sahabat terkenal yang di kubur disana ialah bapa kepada para syuhada', bapa saudara nabi, Hamzah bin Abu Muttalib.. Di sunatkan untuk memberi salam kepada ahli2 qubur jika menziarahi perkuburan orang2 Islam....
Cerita tentang Hamzah r.a. ..our hero...
Hamzah ibn Abdul-Muttalib fought fiercely, killing many Qurayshi heroes. No one could stand against him until Wahshi, the slave of Jubayr ibn Mut'im, waited for him in ambush. He was expert at throwing the javelin and seldom missed his mark. Jubayr had promised him that he would set him free if he killed Hamzah. He had killed his uncle Tu'aymah in the Battle of Badr. Hind, the wife of Abu Sufyan who was thirsting for revenge, also encouraged him to kill Hamzah. Wahshi attacked Hamzah with his spear, striking him so hard that it pierced the lower part of his body. Hamzah fell, a martyr.
Cerita tentang Mus'ab bin Umair :
Muhammed s.a.w addressed the dead body of Mus'ab thus:
“When I saw you for the first time in Mecca there was nobody more handsome and well-dressed than you. But, I see that today your hair is uncombed and only a sheet of cloth covers your body!”
The dead of Uhud could not get proper shrouds because in those days Muslims were poor and lacked money. Mus‘ab bin ‘Umair had only a sheet of cloth over his body; if the head was covered, the feet were bare and when the feet were covered the head was left bare. In the end, his head was covered and his feet were covered with grass. Such was the shroud of Mus ‘ab bin ‘Umair (Allah be pleased with him) - the great martyr of the Muslim nation.
Di perang uhud ini, 70 orang telah menjadi para syuhada', kebanyakannya daripada golongan Ansar....manakala 22 orang kafir quraisy telah terbunuh.
Hadith tentang perang Uhud :
Bahwa dia ditanya tentang luka Rasulullah saw. dalam perangUhud, Sahal menjawab: Wajah Rasulullah saw. terluka, gigi seri beliau patah serta topi perang beliau juga hancur.Fatimah putri Rasulullah saw. lalu membersihkan darah beliau sementaraAli bin Abu Thalib menuangkan air ke atas luka dengan menggunakan perisai. KetikaFatimah melihat ternyata air hanya menambah pendarahan, ia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya hingga menjadi abu. Kemudian Fatimah menempelkan abu tersebut pada luka beliau hingga berhentilah aliran darah itu
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 3345
Bukit Uhud telah menyaksikan detik yg sangat bersejarah dalam kehidupan umat Islam, banyak pengajaran-pengajaran yang dapat di pelajari bila kita meneliti bahagian seerah ini..moga kita semua mengambil manfaat daripadanya...
Inilah kumpulan kami, satu-satunya gambar yang ada kesemua rombongan haji MSM...jurugambar akhi Rahman sahaja yang tiada dalam gambar ini...kesemuanya 28 orang..alhamdulillah this journey mentautkan dan merapatkan lagi ukhuwwah sesama kami.. indeed a very special memory....
Posted by
ana muslim
at
00:39
0
comments
Monday, 22 December 2008
Ziyarah Al Madinah - Masjid Quba'
Semasa kami di Madinah, kami di bawah pergi menziarahi tempat2 bersejarah di sekitar Madinah oleh travel agent kami... maka berangkat lah kami 3 bas semuanya...orang2 melayu semua duk satu bas...
Di dalam bas, ada juga orang yg bercerita tentang sejarah2 tempat ini, tapi dalam BAHASA URDU...hehe..arakian maka terpinga-pinga lah orang orang melayu semuanya, maka adalah sekiannya yang tertidur, terngaga, ter berangan...hehe...akhirnya di usahakan supaya ada org pakistan dlm bas tu utk translate dlm bahasa inggeris...Alhamdulillah, dapatlah juga kami serba sedikit ilmu...sangat menarik....
Tempat pertama yang kami singgah ialah Masjid Quba'..
Sedikit cerita tentang masjid quba, dari sumber yang sentiasa at your finger tip, Pakcik Google :D
"The Quba Mosque (Quba' Masjid or Masjid al-Quba, Arabic: مسجد قباء) just outside Medina, Saudi Arabia, is the first mosque ever built and the oldest mosque of Saudi Arabia.Dan yang menarik ramai org ziarah masjid ni kerana, jika kita amik wuduk sebelum dtg, dan sampai sana solat sunat dua rakaat, akan dpt pahala seperti mengerjakan umrah!
Its first stones were positioned by the prophet Muhammad on his emigration from the city of Mecca to Medina and the mosque was completed by his companions.
Muhammad spent more than 20 nights in this mosque (after migrating) praying qasr (a short prayer) while waiting for Ali whose house was behind this mosque."
"Whoever purifies himself (take wudhu') in his house then comes to Masjid Quba' and prays in it has the reward like that of Umrah. (an-Nasa'i and Ibn Majah)"
Apa lagi kengkawan, cepat2 pasang niat utk ke tanah suci Allah ini :)
Posted by
ana muslim
at
03:19
0
comments
Monday, 15 December 2008
Ahlan wasahlan Ya Hajji!
6 hari pertama di Madinah Al Munawwarah
Pakej Haji kami bermula dengan ziarah ke bandar junjungan Rasululullah s.a.w kita iaitu Madinah...kami berlepas ke airport Madinah drp London dengan menaiki Egypt air...disebab kan flight kami dari london dah delay lebih kurang 2 jam, maka kami transit di Cairo hanya beberapa jam sahaja... ustaz nostal la sket, al maklumla balik ke tempat dia pernah study dulu :)
Tak ingat dah sampai madinah pukul bape, dalam kul 2 pagi camtu kot... sampai2... di greet dengan polis2 madinah dengan wajah yg ceria, ditanya mereka, min aina? Malizi? Kami pun jawab la, na'am malizi..dan terus disambut dgn...
"Ahlan wa sahlan Ya Hajji " kata mereka...wah, terasa yang kedatangan kami di alu-alukan ke bumi dimana tubuh mulia rasulullah di kuburkan...Lepas tu chaos sket...kami di suruh naik bas oleh travel agent kami, Mr. Mansha...tapi ada juga dikalangan org melayu dlm geng kami (oh ye jumlah org melayu yg pergi bersama kali ni sebanyak 28 orang)... belum keluar building airport tu lagi...akhirnya kami naik juga bas tu kerana katanya dia akan pastikan semua sampai di apartment kami... beg2 kami di lontar dan dicampakkan keatas bumbung bas...(normal di situ bawak beg atas bumbung bas, almaklum probability nak hujan di sana amat tipis sekali, jadi selamat la beg2)
Dalam ngantuk2 tu sampai la kami ke apartment... kata Mr. Mansha terus amik wudhuk dan solat subuh berjemaah di masjid nabawi... saya dan suami pun bersiap2 dan pergi kearah masjid tersebut.. it took us lebih kurang 15 min jalan kaki ke sana, dan lintas 2 jalan besar...sampai2, rupanya pintu masuk kedalam masjid lelaki dan perempuan berbeza... terpaksa lah berpisah, saya pun bawa diri nak masuk ke masjid nabawi...
Di setiap pintu ada polis2 perempuan menunggu...mrk akan cek beg2 kita, jika ada bawa kamera or henfon ada kamera... masa tu mana la tahu x leh bawa henfon tu...tup tap, di check, akhirnya polis tu tunjuk suh solat kat luar sahaja....iskk...terkilan jugak rasanya...
Maka subuh pertama di Madinah bersolat di perkarangan marmar masjid nabawi...waduh2 masa tu sejukkkkk amat lah terasa, kene duk dalam 2 jam lebih gak kat luar tu, tak bawa sejadah lak tu dan bertemankan baju nipis sahaja yg di pakai... masih ingat lagi..dalam hati berdoa... bila nak masuk subuh ni?? terasa 2 jam seperti 5 jam sahaja...
Selesainya solat subuh, maka saya menunggu la pula suami tercinta utk pulang ke aprtment bersama2...tunggu dan tunggu dan tunggu...tak juga nampak batang tubuhnya (plus hanya sorang je yg bawa henfon, so xde cara lain nak kontek)...setelah cam sgt kesejukan akhirnya nampak la dia muncul...iskk....lepas ni kami bersetuju utk saya ikut geng2 perempuan sahaja, sebab susah sgt nak komunikasi jika apa2 terjadi dan seorang terpaksa menunggu....:)
That was our first day di Madinah... selanjutnya banyak peristiwa2 manis yg di lalui ketika kami di sana....
Posted by
ana muslim
at
04:42
0
comments
Labels: haji
Saturday, 13 December 2008
Hajj : A journey of a lifetime... our story
Alhamdulillah, telah selesai ibadat haji kami...jutaan syukur dengan rahmatNya, kami mampu menghabiskan rukun islam ke lima ini.. banyak betul pengajaran dan kenangan manis yg ingin kami kongsikan bersama, moga2 pembaca semua mendapat manfaat, inshaAllah, secara bersiri, kami akan menceritakan pengalaman haji 2008 kami dikit berdikit...
kami sampai di airport London heathrow pda 12 Dec pada pukul 3.50 pm, awal setengah jam drp yg dijangkakan...penerbangan kami drp Jeddah airport, Hajj terminal ke Cairo (transit di sana 6 jam) dan kemudiannya ke London...perjalanan yg terasa sungguh jauh dan lama....:), alhamdulillah 'ala kulli haal...
Kemudian kami sewa kereta, dan dengan jasa baik Abbad tolong drive sampai la ke sheffield, jazakallahu khair to Abbad...Sejak sampai di sheffield, kerjanya tidur dan tidur dan tidur...tujuannya nak regain energy...hajj really tested our endurance, energy, stamina, and will power....
nak sambung tidur lagi...inshaAllah ada masa kita sambung lagi...
oh ye gamba di atas ialah Ustaz Yusof di Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah..
Posted by
ana muslim
at
12:57
0
comments
Saturday, 15 November 2008
KeredhaanNya sahaja lah yang ku pohon
Tinggal genap seminggu lagi sebelum kami memulakan langkah kami ke tanah suci Madinah...
Tanah di mana rasullullah s.a.w yang amat di kasihi pernah suatu masa dulu berjuang disitu,
Bumi di mana jasadnya di semadikan,
Madinatun Nabi,
tumpahnye suka duka junjungan kita yg tercinta...
Apakah perasaanku?
Rasa yang amat gembira dapat aku 'bersua' dengannya,
Aku berharap aku nanti dapat menghirup roh semangat perjuangannya,
Nabi yang sangat aku cintai dan yang sedaya upaya cuba aku contohi..
Di sebelah kuburnya pula, kubur sahabat yang di kasihi, Abu Bakar dan Umar r.a.,
yang ceritanya aku telah aku dengar daripada ceramah-ceramah,
Kagum dengan betapa setianya mereka di samping rasulullah tercinta,
semua seerah yang ku baca, kini aku berpeluang untuk 'merasai' kenangan mereka...
Ya Allah, kedatanganku hanya mengharapkan keredhaan Mu,
Cukuplah jika aku pulang nanti, aku mendapat secebis keredhaanMu,
Terimalah kedatangan ku............
Labbai Kallah Humma Labbaik, Labbaikala Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda Wanni'mata Laka wal Mulk La Syarikalak.....
"Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu.... Hambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu....
Posted by
ana muslim
at
06:09
3
comments