Showing posts with label Tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyyah. Show all posts

Tuesday, 7 July 2009

Pabila hidayah menyapa ku


Di sini saya nak mengambil kesempatan untuk berkongsikan pengalaman saya ketika hidayah mula menyerap di dalam hati ini....

Sedikit latar belakang kehidupan saya....

Saya alhamdulillah lahir dan dibesarkan dalam keluarga yg amat menitik beratkan agama...daripada kecil lagi kami adik beradik di ajar membaca quran, solat puasa....jika ayah free, ayah akan mengimamkan solat kami sekeluarga...datuk saya sebelah ayah, yg kami panggil Tok Ayah merupakan imam di kampung kami, beliau belajar agama di Mekah selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke kampung bila beliau berumur 40 tahun dan menikah dengan nenek saya...moga Allah mengampuni segala dosa2 mrk...amin...

Alhamdulilalh drp sekolah rendah saya bukanlah jenis yg suka memberontak...saya biasa menurut aje apa2 undang2 yg ada dan dan minat dan kecenderungan kepada agama sudah timbul...minat ini dipupuk dan ditimba ketika belajar sekolah petang di Masjid Raja, K Trg...saya amat berterima kasih kepada ustaz yg mengajar kami ketika itu, Ustaz Kamal...moga Allah memberkatinya selalu...

Sekolah menengah pula saya alhamdulillah masuk ke sekolah agama (SHAMS)....saya masih seperti biasa, baik...tak melawan dan ikut semua perintah....kemudian sy meneruskan pelajaran ke MRSM Taiping dan akhirnya mendapat tawaran ke UK...

Pada mulanya saya tidak mahu mengambil peluang belajar ke UK...saya nak ke UTM sahaja, sebab kawan2 ramai ke sana...huhu...namun ayah berkeras saya mengambil peluang ini dan ditambah pula family saya akan ke UK dalam 2 bulan selepas sy sampai kerana ayah membuat phD....akhirnya saya ke UK jua pada bulan Januari 1998.

Permulaaan hidup di UK...

Saya masih ingat lagi, kami ditempatkan di Leamington Spa utk membuat A-levels...Batch kami hanya 3 org perempuan melayu di sana...Ainil, Dolly dan saya...pada akhir 90an tersebut masih sukar utk mendapatkan makanan halal...di Leamington spa ketika itu tiada kedai yg menjual daging halal, jadi kami terpaksa naik bas lebih 40 minit ke Coventry atau Birmingham utk membeli makanan halal...perit juga la rasa, sbb nye sekali pergi beli banyak barang, nak angkut berat2 atas bas lagi...huhu...oh ye, masa tu, label suitable for vegetarian belum mula...so, kami terpaksa baca ingredient satu persatu..dan seingat saya sebesar2 Asda tu, hanya satu biskut je yg dapat kami makan, bourbon! hehehe

Anyway...dalam masa nak menyesuaikan diri di sana, kami terjumpa senior setahun drp kami...mereka ramai dalam 10 orang kesemuanya...kami pun menceritakan kesusahan kami utk beli makanan halal...lantas mereka dengan beriya-riya memberitahu kami ada seorang kakak drp coventry yg selalu datang ke Leamington Spa yg boleh dipesan makanan halal...kami pun gembira yg amatnye la...hehhe..Senior kami di sana tu, erm, sosial gak la...keluar laki perempuan tu perkara biasa, ada boyfren girlfren tu benda kecik sahaja...kami yg junior ni jenis skema2 sket....anyway...senior kami tu kata, kakak tu datang ke kampung kami tu untuk membawa usrah...

Berjinak dengan Usrah .....

Kami kata la kat senior takpe la, kami ok je nak join usrah...jadi akak tu pun datang la ke rumah kami...(of course dengan membawa daging halal dan juga makanan2 yg best2, huhu).. Kami time tu x pandai masak langsung...jadi bila dapat makan masakan melayu proper, punya lah bersyukur :) Kami mula2 tu layan je akak tu, and why not ada pengisian utk mengingatkan diri kepada Allah di bumi non muslim ini....

Saya masih ingat lagi, lepas beberapa kali join usrah tu, saya pun telefon la Malaysia nak cerita kat mak...(masa tu nak telefon malaysia sangat mahal...sepound sejam kot..iskk)...jadi saya pun berkobar2 lah cerita kat mak yg saya ikut usrah kat sini...mak nye reaction? Mak terus kata tak yah la join2 usrah tu, dia bimbang saya ikut ajaran sesat ke or jadi cam kes Arqam tu, huhuhu...(time tu mmg gawat la pasal Arqam ni)...saya explain kat mak, kami xde pun camtu, belajar benda2 simple je...mak masih tak puas hati dan x membenarkan saya meneruskan usrah saya,....

Sedih bukan kepalang masa tu...tapi dalam rahsia saya masih mengikuti usrah tersebut dan saya berdoa bila sampai ke bumi UK ni, mak akan faham yg usrah saya tu bukannya ajaran sesat dan takde apa yg nak di bimbangkan...

Ini bukanlah kali pertama saya mengenali usrah...saya pernah membawa usrah di MRSM dulu, huhuhu, bukan ikut, tapi bawak :P Iskk, kesian betul, tak pernah ikut usrah tapi masa tu kene usrah bawak usrah, bila ingat balik, entah apa la yg saya sampaikan masa tu...buat tanpa kefahaman...

Perkenalan manis dengan Islam.....

Setelah beberapa bulan mengikuti usrah dengan Kak Anum...saya realise yg selama ini saya tak FAHAM pun Islam...tak menghayati Islam....saya seorang Muslim yg hanya jadi pak turut tanpa ada kefahaman dan tidak menjiwai agama saya sendiri...ya, saya drp sekolah agama, tapi itu tak bermakna saya menjiwai dan mencintai agama saya...kalau ya pun saya sebut, tu hanya dibibir tanpa saya tahu erti sebenar....

Dengan menelusuri usrah dengan Kak Anum, saya mula berkenalan semula dengan Islam...Subhanallah saya mula menyedari betapa indah dan cantiknya agama Allah ini...Betapa sempurnanya deen Islam ini, dan betapa mendalamnya semua aspek dalam Islam ini...

Alhamdulillah usrah tersebut telah 'spark' kan keinginan dan kecenderungan saya utk memahami dan menjiwai Islam dengan lebih lagi...dan sampai sekarang saya mendapati, lagi banyak yg kita tahu dan belajar, lagi banyak yg kita tak tahu...dulu2, saya ingatkan saya dah cukup tahu pasal Islam...rupanya2 pandangan saya jauh meleset!!

Saya amat bersyukur Allah memilih saya untuk ke jalan ini..saya selalu berkata kepada rakan2 baik saya...kalau tidak dengan tarbiyyah ini, saya tak tahu dimana saya berada skrg ini...tidak pasti dengan misi dan visi hidup...hidup umpama robot dan mengikut arus....

Kini....

Tahun ini dah 2009, saya masih lagi mengikuti usrah, alhamdulillah...saban bulan dan tahun saya terus belajar tentang deen saya yg tercinta ini...tidak dapat saya bayangkan hidup tanpa deen ini.....saya berdoa moga Allah hidup dan matikan saya di jalan ini dan berusaha sedaya mungkin utk berkhidmat kepada agama ini...

Mungkin ada yg tertanya2..kenapa saya berkongsi cerita ini? Saya berharap ada yg akan dapat manfaat nya...kadang2 utk keluar drp kehidupan kita yg biasa mmg sukar....tapi kita harus percaya pada janji Allah, jika kita berjalan kepadaNya, Allah akan berlari kearah kita! Cuma kita yg harus membuat langkah pertama...

Istidraj

Penjelasan tentang istidraj di http://muzakarah.tripod.com/istidraj.html

-----------------------------------------------------------------------------------------

Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata:

" Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya".

Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."

Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :)



Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-

Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".

*** Dr.Abd.Qadir As-Sa'di(bekas pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata mengenai asal usul pemberian nama"Add-Dhohhak-ulamak tafsir" tadi : "diberi beliau nama tersebut kerana... beliau berada dalam kandungan ibunya selama 2 atau 4 tahun. Pabila dilahirkan beliau lahir dalam keadaan yang sudah pun bergigi(tumbuh gigi) dan pabila dilahirkan beliau terus ketawa". Subhanallah... begitulah keajaiban penciptaan Allah.

Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata: ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) :Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ]

Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran".



Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami:

Al-Istidraj :-

Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian)

"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-

Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).

Sunday, 5 July 2009

Biography of Syed Qutb


The author of the tafseer Fi zilalil Quran...( a superb tafseer)
A mujahid of Islam,
A syahid in the path of Allah...

May Allah bless his soul and place him with the beloved prophets and his sahabah...

Please listen to the biography below...subhanallah...what a life, and what a struggle for Islam!

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



Puisi di akhir hayat beliau...

Sahabat
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

Saturday, 20 June 2009

Mentaliti Hud- Hud : artikel jemputan

A very nice article wanna share with all of you, by my dear sister......

-----------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt,

hoopoe

” Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir?”

” Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.”

Demikian bicara Nabi Sulaiman alaihisalam seusai pemeriksaan barisan tenteranya yang juga terdiri daripada burung-burung.

Ya, di manakah hud-hud? Masakan dia tak hadirkan diri untuk ‘roll call’ yang sangat penting ini? Masakan dia berani derhaka kepada perintah Nabi Sulaiman, yang kerajaan jika dibandingkan pada hari ini, lebih hebat daripada kerajaan Barrack Obama?

Tiba-tiba…

” Aku mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba membawa suatu berita yang meyakinkan.”

Ah…itu hud-hud! Berita apakah yang dibawa oleh di kecil ini? Berita yang lebih penting daripada menghadirkan diri ke ‘roll call’ barisan tentera Nabi Sulaiman? Lebih penting daripada nyawanya sendiri? (Recap –> ” Pasti kuhukum dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia…”)

” Sungguh, kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.”

” Aku dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk,”

” mereka juga tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan.”

” Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang agung.”

Hud-hud, seekor burung yang kecil, tapi mempunyai himmah (semangat) yang besar. Sanggup mengambil risiko demi menyampaikan berita yang cukup kritikal. ‘ Oh Nabi Allah, ada kaum yang berada dalam kesesatan yang nyata! Mereka, walaupun dikurniakan dengan kerajaan yang tidak kurang hebatnya, tidak menyembah Allah, yang telah mengurniakan mereka dengan nikmat itu pada awalnya! Apakah kita harus berdiam diri sahaja? Apakah kita harus goyang kaki sementara kaum ini terus menerus dalam kesesatan? Apakah kita bisa membiarkan saja mereka menyembah matahari?’

Hebat, hebat sungguh mentaliti hud-hud.

Dia tidak merasakan tubuhnya yang kecil menjadi penghalang dalam membawa misi yang cukup besar. Amar maaruf, nahi munkar.

Dia tidak merasakan, ‘oh, aku cuma seekor burung, ini sekumpulan manusia. mengapa aku perlu menjaga tepi kain mereka? Biarlah manusia lain yang menyibuk mengambil tahu hal mereka!’

Dia juga tidak merasakan, ‘ alamak, nanti kalau aku tak pulang segera untuk roll call ni, Nabi Sulaiman marah dan hukum aku. Tak perlulah sibuk-sibuk dengan kaum ni. Pandai-pandailah Nabi Sulaiman dapat tahu nanti. Dia kan rasul. Yang penting, aku jaga diri aku sendiri. Nanti aku kena hukum, kena sembelih, aku juga yang susah.’

Yang penting, yang bermain dalam fikiran hud-hud, cuma satu; ‘ok, ni ada kaum yang menyembah selain Allah. Isu yang sangat kritikal ok! kena sembelih pun sembelih la, masakan aku dapat berdiam diri sedangkan ada kemungkaran yang besar berlaku di hadapan mataku? Menyembah selain Allah! Tidak, tidak mungkin aku dapat biarkan!’

************ *******

Saya sempat berbual dengan seorang pesakit semasa aku memasukkan cannula ke dalam salur darahnya. Dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pada tulang kakinya yang patah. Semasa berbual saya mendapat tahu yang dia rupa-rupanya seorang guru (bekas).

” Did you enjoy your job?” Saya bertanya sambil menyiapkan peralatan untuk memasukkan cannula tersebut.

” Yes and no.” Jawabnya.

” Why no? “

” The kids nowadays, they have no respect to teachers. Unlike in the old days. And there is nothing that you can do about it. You can’t punish them. And there is no use bringing this up to the top. They don’t like to hear about this things.” Jelas tergambar kekecewaan di wajahnya yang sedikit pucat. (kiraan darah merahnya 7.6–>kerana itulah saya berusaha untuk memasukkan cannula ini, untuk memindahkan sedikit darah sebagai ganti)

” They don’t like whistle blowers? ” Cannula akhirnya berjaya dimasukkan, tinggal hendak ‘flush’.

” No, they don’t. They pretend that everything is ok when its clearly not.”

” At one point, the society is going to collapse isn’t it? It can’t keep on like this.” Saya membuat spekulasi sambil meletakkan ‘dressing’ di atas cannula tadi.

” I hope not. ” Pesakit itu tersenyum. ” Hopefully somebody will realize it and take action before its too late.”

Rupa-rupanya dia pun menanti kedatangan ‘hud-hud’. Hud-hud yang berani menyatakan kebenaran, berani menyatakan yang hak, berani mengambil tindakan, bukan hanya sekadar melihat dari tepi dan menanti.

Hud-hud yang menjadi pemangkin kepada perubahan masyarakat ini…

************ ********* *********

” Masuklah ke dalam istana.”

Ketika Balqis melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya penutup kedua betisnya.

” Sesungguhnya ini hanyalah lantai istana yang dilapisi kaca.” Kata Nabi Sulaiman.

Dan ketika itu pintu hidayah terbuka, lalu dia menyatakan keimanannya.

‘ Ya Tuhanku, sungguh, aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama-sama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”

************ ********* ********* ****

Saya bayangkan, kiranya hud-hud bersama-sama berada di situ, pastinya dia tersenyum puas mendengar ucapan ikhlas Ratu Balqis.

Dan dia cuma seekor burung. Sedangkan kitalah, sebagai manusia yang dipertanggungjawabk an untuk membawa risalah ini.

Adakah kita hendak kalah pada hanya seekor burung?

************ ********* ********* *******

Saya tak dapat bayangkan, seandainya kita dapat memahami percakapan burung-burung atau semut, atau apa jua binatang yang sentiasa menjadi saksi terhadap peradaban manusia pada hari ini…

Pastinya kita akan malu…

Kerana pastinya tidak putus-putus mereka mengingatkan, mengkhabarkan, mengejar kita dengan berita-berita…

” Kaum X tak sembah Allah, sembah taghut!” Bising burung A.

” Kaum Y dah lupa kepada ajaran Rasulullah!” Leter semut B.

” Kaum Z perlu bimbingan, mereka tengah kritikal diserang jahiliyyah ni!” Panik ikan C.

Tak dapat bayangkan. Mesti kita ketika itu tak putus-putus bekerja kan? Tak ada masa dengan kerja-kerja lagho. Ada saja ‘report’ dari spesis yang berbeza. Semuanya peka, semuanya ingin sama-sama melihat dunia ini dikendalikan mengikut hukum Allah. Jaminan kesejahteraan dan kebahagiaan. Untuk semua.

************ ********* ********* ***

Tapi realitinya, kita sebagai manusialah yang dipilih untuk memikul tanggungjawab ini.

Bukan burung-burung, bukan semut, bukan kucing, bukan ikan, bukan zirafah…

Rasulullah telah mewariskannya kepada kita.

Kitalah yang harus menjadi hud-hud itu…

Ayuh, persiapkan diri, ikhlaskan niat, dan teruslah bekerja!

(sumber rujukan : dari Surah an-Naml)

Oleh : Nik Munirah Nik Nasir

Sunday, 3 May 2009

Sang Murobbi / Murobbiyah Part I



Sang Murobbi / Murobbiyah...

Kadang2 kita panggil mrk ni naqib/naqibah...

Ni terms terms yg biasa bagi mrk yg pernah mengikuti sistem usrah..

Bagi yg tidak pasti..naqib/ naqibah ni adalah 'jawatan' yg di panggil kepada mrk yg mengendalikan usrah tersebut...

tapi yg sebetul nya ialah mrk adalah murobbi kpd anak2 usrah tersebut...

Anak2 usrah juga di panggil mutarabbi...

Ni just nak clearkan terms2 yg mungkin akan mengelirukan sesetengah pihak...

Anyway...
tujuan post ini ditulis bukan setakat mendefinasikan terms2 diatas, tapi kalau boleh memberi suatu gambaran yg sebenar tentang kewajipan seorang murobbi/murobbiyah ini...

Sekarang ni, ana rasa, sistem usrah boleh dikatakan sudah menjadi buah mulut orang awam...dahulu, ana ingat masa ana first nak start usrah, tahun 1997...usrah ni masih menjadi satu stigma..what?! nak ikut usrah? Ish tak yah la...kang awak balik mesia nanti tanpa degree, kawin jadi bini kedua dan entah2 seme tu, ajaran sesat! Begitu la yg ana di nasihati masa first time bgtahu nak ikut usrah...tapi alhamdulillah, Allah cekalkan hati utk mengenali usrah ini dgn lebih dekat, dan akhirnya menemui jawapan yg sebenarnya...

Kata2 tohmahan begitu sudah tidak kedengaran lagi...cuma masih ada segelintir yg masih sangsi dengan sistem usrah ini...mungkin in another post, i will write about this...tapi kali ni, ana nak menulis tentang apakah sebenarnya murobbi/murobbiyah ini...

Nowadays, pelbagai platform menggunakan sistem usrah ni....bagi ana, satu perkembangan yg positif...tapi kadangkala, ana tgk, dengan keghairahan kita utk bersama2 membawa banner usrah ini, kadang2 ruh usrah tersebut sudah tidak ada, atau kurang sekali...

contohnya...ana ada sepupu yg dulu belajar di UIA, dan ana tanyalah kat sepupu ana tu (Ila bukan nama sebenar) ...ada ikut usrah tak kat UIA? Adaa, terpaksalah Kak Lin..UIA buat wajib utk student..ila pegi pun sebab nak dpt credit, kadang2 tu gi lambat2 asal dpt kedatangan dah laaa.... ooo ye ke? (balasku)..ermm..tak best ke usrah, sbb cam terpaksa je pergi?... Ila jawab ' Boring aa kak lin, mmg naqibah tu stock2 org baik2, tapi baik sgt lah, cam tak geng ngan ila ni...pastu bincang silibus usrah tu, cam penah dgr masa SPM je...' (Ila ada juga bercerita tentang AJK agama di universiti yg selalu menghentam pemakaian mahasiswi, tapi tu nantilah kite cerita lain pulak)

Ana pun duk pikir lepas tu, sayangnye...ana faham hasrat murni UIA buat usrah tu wajib, tapi ana duk pikir, naqibah2 tu, faham ke tanggungjawab sebenarnya mrk sbgai naqibah? or setakat buat je sbb kene bagi tugasan...maybe juga nak dpt credit...atau...niatnya ikhlas, tapi sbb mmg camtu mrk di treat dan diajar sebelum ni, maka yg tulah mrk buat...

Sayang seribu kali sayang...tapi inshaAllah, ana harap dgn tulisan ana in the second part of this series dpt membantu memberi idea utk membina usrah yg lebih efektif...

Bersambung bila ada masa lagi, inshaAllah....

Wednesday, 1 April 2009

Nasihat Imam As Shafie


Lately, saya menyambung mendengar ceramah oleh Dr. Hesham Alawadi tentang Imam Yang Empat (The four imams)... biasanya saya mendengar ketika membuat lab work, pasang mp3 player... Dalam album ceramah tersebut diceritakan personality, the education background and how the imams interacted with society... Kali ni saya mendengar tentang kisah Imam Shafie...

Banyak yg kita boleh pelajari drp hidup imam Shafie...daripada kisah ibunya yang menjadi tunjang tarbiyyahnya ketika muda dan kesungguhannya menyumbang kepada ummah hingga ke akhir wafatnya...

Tapi disini, saya ingin berkongsikan salah satu nasihat Imam Shafie yang di tinggalkan utk kita..

The three advices are:

1) Whoever who wants Allah to open his heart and give him wisdom let him enjoy seclusion

2) One should eat less

3) Avoid mixing with the Assufaha', the foolish people

In particular, saya ingin mengulas tentang nasihat yang pertama....kadang2 kita terlalu di sibukkan dengan pelbagai hal...dari sekecil-kecil perkara sehingga lah ke sebesar-besar perkara...kadang-kadang kita dah jadi automotik kita buat sesuatu hingga kita terlupa roh sebenar kita membuat perkara tersebut, ataupun kadang-kadang banyak sangat yg kita fikirkan sampai one thing will affect the other, menyebabkan natijah perbuatan kita terserlah seolah2 bercampur aduk dan tiada pengkhususan....ianya mungkin terjadi disebabkan kelemahan diri....maka, nasihat yg pertama, yang mengatakan sesiapa yang mahukan hatinya dibuka dan diberikannya hikmah, maka individu tersebut perlu sekali sekala go for seclusion...

seclusion is good when the time is right....seclusion memberi ruang dan masa untuk berfikir dan juga membina kekuatan dalaman...kadang2 manusia boleh pancit jika terasa dirinya all out keluar dan terlupa untuk membina kekuatan dalaman tersebut...

Mungkin sahabat2 yng menyedari ada rakannya yang ingin enjoy the seclusion for a while, dapat meraikannya..dan mendoakan semoga bila ia kembali, kembali dengan lebih bertenaga and with good wisdom...seclusion bukan bermakna ingin lari selama-lamanya, tapi mencari ruang sebentar untuk refleksi diri..hanya individu tersebut yang tahu betapa perlunya seclusion bagi dirinya...

Nasihat yng kedua amat jelas seperti hadith Rasulullah s.a.w yg menggalakkan kita makan hanya 1/3 perut sahaja...moga kita sama2 bermujahadah utk melaksanakan sunnah ini...

Nasihat yg ketiga.... saya merasakan sangat menarik...dalam dunia ni ramai 'foolish' people ini, mereka yang kita bercakap dengannya tak menambahkan iman dan hanya sia-sia...kerana jika kita tidak berhati-hati, lama kelamaan hati kita pun akan menjadi seperti mereka, keras membatu dek gelak yang berpanjangan ataupun hati yang lali dengan maksiat yg berlaku di sekeliling kita....Nauzubillahi min zaalik..

Moga nasihat imam shafie ini bermanfaat buat kita semua...

Friday, 16 January 2009

Lima peranan mengasuh, didik anak secara kolektif

Gambar di ambi dari http://surrender2god.wordpress.com/2008/04/21/bercengkerama-dengan-anak-anak/

copied from : Lima peranan mengasuh, didik anak secara kolektif

Pendidikan pada usia awal anak sangat mendalam kesannya. Abdullah Nashih Ulwan, seorang cendekiawan pendidikan Islam menegaskan bahawa kecemerlangan seorang anak adalah kesan daripada amalan dan pengalaman sejak kecil hingga berusia enam tahun.

Untuk membawa seorang anak kepada kecemerlangan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia menuntut peranan mengasuh dan mendidik dengan dikongsi secara pintar oleh ibu bapa, pengasuh dan tidak kurang penting orang dewasa dalam masyarakat. Mereka mesti berperanan secara kolektif untuk mencapai matlamat melahirkan khalifah Allah di bumi ini.

Berikut adalah lima peranan utama ibu bapa, pengasuh dan orang dewasa:

# Sebagai qudwah hasanah.

Segala pertuturan, tingkah laku dan amalan kita akan menjadi contoh dan ikutan anak. Fitrah anak memang suka meniru. Jadi pastikan kita sentiasa sedar kesan yang diberikan kepada anak.

Kita mesti sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk berakhlak mulia dengan akhlak Rasulullah SAW. Ia seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, serta ia sentiasa menyebut dan mengingati Allah.” (Surah al-Ahzaab, ayat 21)
# Mengasuh dan mendidik dengan adat kebiasaan.

Islam menyarankan anak dididik melalui dua cara iaitu pengajaran dan pembiasaan. Pengajaran adalah teori yang diajar kepada anak, sementara pembiasaan adalah usaha secara praktikal untuk membina kebiasaan dalam diri anak.

Imam al-Ghazali menyebut: “Anak amanah bagi kedua-dua orang tuanya, dan hatinya yang suci adalah permata yang mahal harganya. Jka dibiasakan pada kebaikan dan diajarkan kebaikan kepadanya, maka ia akan tumbuh pada kebaikan itu dan akan bahagialah di dunia dan akhirat...”

Contohnya, anak diajar untuk menyebut kalimah Lailahaillallah, tetapi pada masa sama mereka mesti dibiasakan untuk beriman dengan sepenuh jiwa dan hatinya bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Caranya dengan mengajak anak untuk menggunakan pancaindera mereka untuk meneroka alam ciptaan Allah dan merasa kebesaran-Nya melalui ciptaan-Nya.

Begitu juga apabila anak diajar rukun solat dan kebiasaan solat diterapkan dalam diri mereka melalui solat secara berjemaah.

Cara pengajaran dan pembiasaan sangat berkesan bagi membentuk iman dan meluruskan akhlak anak. Pepatah Melayu juga ada menyebut melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

# Mendidik melalui nasihat.

Islam sangat menekankan nasihat. Allah berfirman bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya bersabar.” (Surah al-Asr 1-3)

Contoh lain yang biasa kita dengar adalah nasihat Lukman kepada anaknya untuk mentauhidkan Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, mendirikan solat dan berakhlak mulia seperti dalam surah Luqman, ayat 13-17.

Nasihat sangat berkesan sekiranya diberikan secara kiasan melalui cerita. Sesungguhnya al-Quran sarat dengan cerita nabi dan kaumnya yang berunsur nasihat serta peringatan.

Tegur dan nasihat anak dengan menerangkan akibat perbuatan mereka apabila melakukan perkara yang membahayakan diri atau orang lain, merosakkan barang atau alam semula jadi dan tidak mengikut akhlak serta syariat Islam.

# Memberi perhatian dan sebagai pemudah cara.

Memberi perhatian membawa maksud sentiasa peka kepada keperluan, kecenderungan, pertumbuhan dan perkembangan anak. Perkembangan mereka hendaklah disuburkan secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang dengan enam komponen penting iaitu rohani, fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi serta kreativiti dan estetika.

Kita juga harus berperanan sebagai pemudah cara dengan menyediakan rangsangan, persekitaran, peralatan dan bimbingan mengikut tahap serta kebolehan anak.

Contohnya, anak berusia dua tahun mula suka menolong orang lain dan melakukan sendiri semua perkara. Bekas berisi air dan cawan hendaklah diletakkan pada tempat selamat dan mudah dicapai anak supaya mereka boleh menuang sendiri air untuk diminum.

Kita sebagai pemudah cara hanya perlu membimbing anak untuk melakukan sendiri, belajar daripada kesilapan dan pengulangan. Cara ini baik untuk meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta membina konsep. Ia membantu anak untuk belajar menyelesaikan banyak masalah dan menjadikan mereka lebih bijak.

Tidak membenarkan anak melakukan sendiri dan banyak perkara untuk mereka adalah tidak bagus. Ini akan mengganggu emosi kerana kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan fitrah mereka. Malah, ia juga akan melambatkan proses perkembangan mereka.

# Mendidik dengan disiplin dan ketegasan.

Anak mesti didisiplinkan dengan ketegasan. Contohnya, Islam menyarankan ibu bapa melatih anak mengerjakan solat sejak berumur tujuh tahun seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka jika tidak mahu menunaikan solat ketika berumur 10 tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur mereka (putera dan puteri).” (Hadis riwayat Abu Daud)

Hukuman dikenakan ke atas anak hanya sekiranya mereka masih ingkar setelah dilatih selama tiga tahun.

Had dan peraturan mesti ditetapkan supaya disiplin dapat disemai. Kita juga perlu bijak dan tegas dalam menangani masalah tingkah laku anak. Sekiranya kurang tegas anak akan tahu kelemahan kita. Ini menyukarkan usaha menerapkan sesuatu kebiasaan dalam diri mereka.

Fitrah anak adalah mempelajari sesuatu dengan cara tersusun. Setiap daripada kita perlu sentiasa menimba ilmu dan mempunyai sumber rujukan di rumah. Sikap selalu membaca, bertanya dan berkongsi pengalaman membesarkan anak juga akan banyak membantu.

Kita juga mestilah mempunyai sifat asas iaitu ikhlas, takwa dan amanah. Anak harus dihormati dan dididik dengan hikmah dan penuh kasih sayang. Menghargai perasaan mereka melalui pujian dan ganjaran juga dapat membantu membina sahsiah diri dan mengubah tingkah laku.

INFO
Peranan utama ibu bapa, pengasuh dan orang dewasa
# Sebagai qudwah hasanah.
# Mengasuh dan mendidik dengan adat kebiasaan.
# Mendidik melalui nasihat.
# Memberi perhatian dan sebagai pemudah cara.
# Mendidik dengan disiplin dan ketegasan.


Friday, 3 October 2008

Jatuh Cinta


Di ambil dari karisma net


Salam...

Renungan buat semua,

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung
"Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . "
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


-biarkan hati berbicara menyapa kerinduan padaNYA..mencari mutiara di dasar hati..kan bisakah bertemu?-

Monday, 8 September 2008

Usul 20

Usul 20

TAJUK-TAJUK USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

Taken from blog http://perjalananjauh.wordpress.com/

Apa usul 20 ni? Kene tunggu ada masa utk menulis ... Kalau berminat sgt nak tahu? Leh la baca kat bawah ni...x faham jugak? leh la kontek dakwah ilahi atau ana muslim personally..


Read this document on Scribd: Usul 20

Sunday, 7 September 2008

Virtues of Ramadan

By Sheikh Yasir Qadhi...


Thursday, 28 August 2008

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


Assalamualaikum wr wbt pengunjung2 sekalian,


Mari kita sama2 bersiap sedia menyambut bulan Ramadhan yg mulia ini... moga2 Allah menerima segala amalan kita, ameen...


Allahumma ballighna Ramadhan....ameen




Berikut adalah peringatan buat kita semoga menjadi antara yg keluar dari madrasah Ramadhan dengan cemerlang…

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (51:55)


1. Mujaahadah: jihad melawan nafsu

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (29:69)

Mahukan petunjuk, hidayah? Mahu istiqamah? Berjihadlah melawan nafsu sendiri , sesungguhnya jika kita mendekatkan diri kpd Allah, Allah pasti akan datang dekat dengan kita.


2. Mempunyai aspirasi tinggi dan semangat yg kuat

Ibnul Jawzi berkata, "Tanda minda yang lengkap adalah tinggi aspirasi, sesungguhnya mrk yang rendah aspirasi adalah memalukan, dan aku tidak melihat sesiapa yang kurang upaya lebih daripada mrk yang boleh melakukannya tetapi tidak beraspirasi mendapatkannya.”


3. Mengetahui fadhilat bulan Ramadan dan kelebihan2nya

Sesiapa yang mengetahui sesuatu akan mula menjadi cinta dan menghargainya. Sekiranya tiada sesuatu itu pada bulan Ramadan kecuali Lailatul qadr, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, maka itu sudah mencukupi.


4. Menyedari Ramadan hanya lah sebulan dan betapa cepatnya ia berlalu

beberapa hari yang tertentu…” (2:184) [Daripada ayat, “Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain;”].

Semalam kita mengucapkan tahniah diatas kedatangan Ramadan, hari ini kita mengucapkan takziah atas pemergian Ramadan. Beginilah bagaimana hari2 dan hidup kita berlalu begitu cepat. Ayuh sama2 kita mengutip pahala2 di bulan penuh barakah ini.


5. Berlumba-lumba dalam melakukan amal soleh

Orang2 soleh berlumba2 melakukan amal2 soleh, manakala mereka yang lain hanyalah banduan kepada nafsu dan hamba kepada kemahuan diri sendiri.

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (35:32)


6. Mengingati mati yang datangnya pasti bila2 masa sahaja

Kita mungkin tidak berjumpa Ramadan yang seterusnya, ayuh segera imarahkan bulan mulia ini!


Moga Allah mengganjari syurga buat kita seisi keluarga…ameen!


Taken and translated from http://www.islaam.com/Article.aspx?id=657

Monday, 11 August 2008

Doa

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Ya Allah, Berilah kefahaman kepadaku seperti kefahaman Nabi-nabi,
berilah kehafalan kepadaku seperti kehafalan rasul-rasul dan mendapat ilham daripada malaikat-malaikat yang hampir dengan-Mu
. Berselawat Allah kepada Junjungan Besar nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabatnya.

Wednesday, 6 August 2008

Utusan Buat Diriku dan Saudara-saudaraku


Akan kuatkah kaki yang melangkah

Bila disapa duri yang menanti

Akan kaburkah mata yang memandang

Pada debu yang pasti kan hinggap

(The Zikr: Suci Sekeping Hati)

Bismillaahirrahmaan irrahiim.

Assalamualaikum w.b.t.

Utusan ini ditujukan khas buat diriku dan saudara-saudaraku yang disayangi…

Hayati bait-bait nasyid di atas…begitu putaran kehidupan seorang da’ie, saat-saat sulit pasti kan bertandang, saat-saat gelisah dan sedih pasti bertamu, dan suatu masa ujian dan cubaan pasti tiba. Ujian ini boleh datang dari pelbagai bentuk dan ia bersifat kunjung dan pergi dalam diari hidup seorang daie.

Kita sama-sama mengakui bahawa jalan ini tidak mudah dan kita tidak dapat menjangka bilakah kesudahannnya. Ia adalah perjalanan yang sangat panjang dan penuh berduri. Namun yakinlah wahai diriku dan saudara-saudaraku, sesungguhnya inilah jalan yang telah dilalui oleh Rasul mulia dan para sahabat baginda sebagaimana Allah Subhanahu Wa Ta’la telah menukilkannya di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Kalau yang kamu (Muhammad) serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.”

(At-Taubah, 42)

Kita juga sedar, di dalam rangka kita meneruskan kerja-kerja ‘kita’ terkadang kaki kita tersadung dan tersepak batu. Dan adakalanya kita tersungkur menyembah bumi kerana jalan yang di lalui penuh dengan liku, lopak, licin dan juga berbatu.

Namun sedarilah wahai diriku dan saudara-saudaraku, sememangnya Allah Subhanahu Wa Ta’la akan menguji hambanya sehingga Dia tahu siapakah yang benar-benar beriman dan sanggup berjihad di jalannya, dan siapakah pula yang benar-benar bersabar. Kerana syurga Allah itu terlalu mahal harganya dan syurga Allah itu begitu manis, lantaran itu ia perlu dibayar dengan mahar yang tinggi dan bukan sedikit keperitan dan kepahitan.

Allah Subhanahu Wa Ta’la telah menjelaskannya di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.”

(Al-Baqarah, 142)

Duhai diriku dan saudara-saudaraku yang dicintai…

Carilah kekuatan tatkala dirimu diuji. Usah menoleh ke kiri dan ke kanan lagi. Kekuatan itu telah ada jawapannya di dalam nubarimu namun ia perlu disiram dan digilapi lagi agar cahayanya bisa menghapus kesuraman hatimu dan membangkit semangatmu untuk berdiri semula.

Mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat. Ubatilah hatimu dengan nur Quran, menghidupkan malam, dan sentiasalah memperbaharui taubatmu. Selalulah berkumpul dengan orang-orang soleh, memperbanyakkan saum sunat, dan zikrullah. Di samping sentiasa memaafkan saudaramu dan berlapang dada terhadap perbedaan-perbedaan fikiran yang lahir dari latarbelakang yang pelbagai.

Kemudian sentiasalah berdoa sebagaimana insan yang paling mulia, Rasulullah S.A.W. yang selalu sujud menghadap Rabbnya, yang berdoa di keheningan malam:

“Ya Allah, Dzat yang membolak-balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu. Kemudian ya Allah, limpahkanlah keredhaan atas segenap sahabat dan siapa saja yang berjalan di atas jalan mereka serta teguhkanlah mereka di atas jalannya.”

Di dalam doa ini, Rasulullah S.A.W. tidak hanya berdoa untuk dirinya bahkan dengan sungguh-sungguh baginda juga mendoakan para sahabat baginda dan juga orang-orang yang mengikuti jalan baginda dan para sahabat.

Sekiranya kau meyakini bahawa kau sedang mengikuti jalan yang dilalui oleh baginda dan para sahabat, maka usahlah bersedih duhai diri dan duhai saudara-saudaraku, kerana kau telah didoakan oleh makhluk yang paling agung di dunia…

Berdoalah…untuk dirimu dan saudara-saudaramu. Sesungguhnya doa seorang sahabat kepada sahabatnya adalah sumber kekuatan yang sangat ma’nawi apatahlagi sekiranya seorang sahabat itu tidak mengetahui bahawa sahabatnya sentiasa mendoakannya. Indahnya ukhuwwah andai semua saling doa-mendoai dalam keadaan saudaranya itu tidak mengetahuinya.

Seterusnya duhai diriku dan saudara-saudaraku, carilah kekuatan di dalam ukhuwwah. Sentiasalah gabungkan dirimu bersama para ikhwah (bagi ikhwah) dan para akhawat (bagi akhawat) yang bersifat hanif dan sentiasa ikhlas bekerja demi ghayah nan satu. Carilah mereka, walau di ceruk manapun mereka berada. Dengan itu, sudah pasti kau kan temui mereka walaupun mereka seorang yang tidak dikenali.

Dan yang terakhir duhai diriku dan saudara-saudaraku, andai langkahmu melemah dan dirimu memerlukan seteguk kedamaian, maka ciciplah kedamaian itu…moga esoknya kau kembali ceria dan selepas itu kau bisa bangkit berjuang semula bersama saudara-saudara yang sedang menantimu.

Penyair Islam, Muhammad Iqbal rahimullah pernah mengungkapkan:

Masing-masing bersatu dengan saudaranya

Laksana ikatan untaian mutiara yang tergantung

Kerana mengerti peperangan adalah hidupnya

Setiap peribadi memegang erat saudaranya

Kemudian lafazkanlah doa ini:

Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu suatu kebaikan,

pekerjaan yang baik, meninggalkan kemungkaran,

mencintai orang yang lemah, dan agar Engkau mengampuniku

serta memberi curahan rahmat kepadaku.

Bila Engkau menghendaki cubaan bagi hamba-Mu,

maka selamatkanlah aku untuk dapat kembali menghadap-Mu

dalam selamat dan tidak menjadi korban dari cubaan tersebut.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu

agar menumbuhkan rasa cinta kepada-Mu dalam dadaku,

kecintaan terhadap orang yang mencinta-Mu

dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan aku

kepada cinta-Mu.

Ya Allah,

peliharalah aku dalam keislaman ini

baik ketika berdiri, duduk atau berbaring.

Dan janganlah Kau legakan hati musuh-musuh

yang dengki itu atas bencana yang menimpa kami.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu

seluruh kebaikan yang ada pada kekuasaan-Mu

dan aku berlindung kepada-Mu dari seluruh kejahatan

yang ada pada kekuasaan-Mu.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu

dari kelemahan dan kemalasan, dari sikap pengecut dan bakhil.

Aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur

dan dari fitnah waktu hidup ataupun ketika mati…

Ameen.

Doa ini susunan dari penulis buku

‘Waspada Terhadap Futur’

Kata-kata akhir beliau:

Jangan kau berjalan pada keputusasaan

Pada alam ini terdapat sejuta harapan

Jangan berlalu mengarah pada kegelapan

Pada alam ini terdapat matahari

Semoga Allah S.W.T. merahmati beliau.

Cukup sampai sini dulu, duhai diriku dan saudara-saudara yang kukasihi…

Semoga utusan kerdil ini sedikit-sebanyak dapat meniupkan kembali semangatmu untuk terus berada di dalam saf dan angkatan da’wah ini, dengan pertolongan dan bantuan daripada Allah. Jika apa yang kau cari tiada di sini, ketahuilah bahawa di luar sana masih banyak saf-saf da’wah yang mempunyai harapan besar terhadap kamu.

La tahzan, innallaha ma’ana…

Wassalam.

Bumi Bertuah, 3 Ogos 2008 (1 Sya’ban 1429H)

Ummu Ayyash


Ps : Ana sangat suka akan warkah ini..jazakillahu khair kepada ukhti Maimunah diatas warkah ini...the timing sangat tepat, mengubat hati ini... ana uhibbuki fillah ...

Wednesday, 25 June 2008

Sang Murobbi



Mengenang Sang Murobbi


Ribuan langkah kau tapaki

Pelosok negeri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu

Sampaikan firman Tuhan-mu...

(Izzatul Islam—Sang Murabbi)

(tulisan anak murid Ustaz Rahmat Abdullah)


Sosok itu begitu melekat dalam pikiran saya. Saya mengenalnya hampir 19 tahun. Semenjak saya lahir, sampai kemudian, ia meninggalkan dunia yang nista ini.


Ustadz Rahmat, pernah menjadi guru di SMP saya, SMPIT Iqro’. Ia mengajar pelajaran tafsir qur’an. Dulu, pelajarannya bagi saya tidak terlalu menarik. Karena dulu waktu SMP, jamannya saya lebih suka mantengin mtv ketimbang belajar. Imbasnya, kelakuan saya nggak beda sama remaja kebanyakan. Hapalan qur’an selalu menjadi rutinitas yg negbosenin. Sholat juga jadi hambar. Jilbab, nggak kepingin lebar-lebar. Rasanya, sedada juga udah katro banget...


Astaghfirullah...

Begitulah saya dulu.


Ups, kenapa malah nginget2 seseuatu yg penginnya saya kubur dalam-dalam? (pengennya, ingatan saya yg SMP terhapus. Jadi ingatan saat SD langsung loncat ke SMU)

Tiap pelajaran Ustadz Rahmat, saya ngerasa bosan. Walaupun terkadang ia menceritakan hal2 yg menarik...dan sekarang saya menyesal. Kenapa dulu, di sebuah kesempatan selama dua jam itu, saya tidak berusaha menggali ilmunya yg luas. Padahal, ia punya murid lain yg menanti taushiyahnya, yg tidak akan menyia-nyiakan satu patah katapun yang keluar dari mulutnya, sementara kami—atau saya, lebih banyak nguap di kelasnya.


Pernah, suatu ketika, Ustadz Rahmat marah karena tidak ada satu muridpun di kelas yang sudah menghapal surat Ali Imran ayat 103. Hanya satu ayat saja kami diminta menghapal. Tapi tak ada satupun, kecuali anaknya yg sekelas dengan kami—Thariq. Sebelum ia meluapkan kemarahannya, ia membuka dompet kulitnya warna cokelat. Mengambil selembar uang sepuluh ribu.


“Saya tantang kalian. Saya akan berikan uang ini bagi siapa saja yg sudah hapal!”

Senyap.

Tawaran naik. 20 ribu rupiah.

Senyap pula.

Tambah naik. 50 ribu rupiah.

Masih senyap! Bayangkan, Ustadz Rahmat akan memberikan uang 50 ribu rupiah untuk siapapun yg sudah menghapal surah Ali Imran ayat 103! Tidak semua ayat! Hanya ayat 103! Tapi tak ada yg bergeming! Betapa keterlaluannya kami!


Dengan lemas, dan muka memerah, ia memasukkan uang itu kembali ke dompetnya. Saya lihat, saat itu, wajah Thariq juga memerah. Apakah ayahnya tak pernah terlihat sekecewa ini di rumahnya, sehingga anaknya sendiri takut? Ataukah Thariq marah pada kami karena kami telah membuat marah ayahnya?


Ustadz Rahmat menyandarkan bahunya ke kursi. Saya tahu, ia tengah beristighfar. Dan perasaan bersalah menyusup ke dalam hati saya.

Seberapa susah menghapal satu ayat saja? Kenapa saya lalai? Bukan uang 50 ribu yang saya sesali. Tapi saya menyesali diri saya yang bodoh dan malas. Penawaran Ustadz Rahmat hingga sebesar itu, seperti sebuah tamparan di wajah saya. Secara tidak langsung, Ustadz telah menegur saya—kami semua, betapa malasnya kami hingga perlu diberikan uang 50 ribu hanya untuk satu ayat! Di luar sana, muridnya yang lain tak perlu iming2 uang untuk menghapal qur’an! Murid-muridnya justru mengejar-ngejar dirinya untuk bertemu sebentar, menggali ilmu yg berharga darinya...

Tapi kami...dua jam bersamanya seminggu dua kali dengan kuapan rasa bosan...

Tapi kami, yang orangtua kami adalah sahabat Ustadz Rahmat, tidak menghargainya sama sekali!


Satu ayat dari mulut kami, akan dibeli oleh Ustadz! Bukankah itu tindakan yg kurangajar dari seorang murid?


Tak ada istilah murid kencing berdiri, guru kencing berlari untuk kami. Yang ada, kami kencing berlari, sementara guru kami, yg menjadi inspirasi bagi banyak orang itu, mengejar-ngejar kami agar tidak kencing sembarangan. Kami ibarat anak idiot berumur 14 tahun...


Beberapa menit setelah keheningan menyelimuti kami, Ustadz Rahmat berdiri. Ia mengambil spidol, dan akan menuliskan sesuatu. Beberapa di antara kami bernapas lega. Ustadz Rahmat akan memulai pelajaran. Spidol itu tidak mengeluarakan tinta. Sudah kering. Ustadz menggantinya dengan yg lain. Kering pula. Dan spidol terakhir, nasibnya tidak jauh berbeda.

Sekarang, saatnya menghakimi kelalaian kami dalam merawat barang-barang kebutuhan belajar-mengajar di kelas. Sudah menjadi peraturan bersama, bahwa kami harus rutn mengisi tinta spidol. Tapi lagi2, kami lalai. Padahal, gedung sekolah ini, yayasan sekolah ini, adalah milik guru kami ini, Ustadz Rahmat. Ia yang merintis lembaga ini dari awal. Ia yang mengepalai yayasan ini. Dan ia, merupakan satu-satunya guru yg tidak digaji di sini.

Ustadz Rahmat melempar spidol itu ke meja. Ia tidak pernah melakukan ini sebelumnya. Ia begitu lembut, dan kali ini, karena kami, ia marah.


“Tak sadarkah kalian, bahwa kalian adalah penerus Ummi dan Abi kalian?” hanya itu yang keluar dari mulutnya. Sebelum ia keluar ruangan, meninggalkan kami dalam lautan rasa bersalah yg selalu datang belakangan...


Thariq, di tempat duduknya, hanya merunduk. Mukanya memerah padam.

***


Kematian itu datang dalam diam.

Ayah saya, saya memanggilnya Abi, belum pulang dari kantor. Saya tengah belajar soal-soal SPMB di ruang kerja. Kemudian, handphone Ummi berdering. Ada telpon dari Abi. Ummi menerima telpon itu. Detik berikutnya, Ummi mengucapkan, “innalillahi...” dan ia menangis deras saat itu juga. Perasaan saya nggak enak. Kalau Ummi langsung menangis, berarti telah terjadi apa-apa pada orang yg begitu dekat dengannya. Saya dan adik-adik bertukar pandang. Apakah saudara kami terkena musibah?


Ummi menutup handphone.

“Kenapa, Mi?” tanya kami semua hampir serempak.

Sesenggukan, dan setelah beberapa saat, Ummi menjawab, “Abi-nya Isda...”

Milla, adik saya yang nomor tiga, yang saat itu masih kelas 1 SMP, segera bereaksi. Isda adalah teman sekelasnya. Dan kami semua tahu, siapa Abi-nya Isda; Ustadz Rahmat Abdullah...


Kami semua terdiam. Ingatan saya, ketika kami SMP, ketika kami membuat jengkel Ustadz Rahmat, kembali lagi...saat ini, di mana saya sudah mengenal makna tarbiyah, di mana saya sudah mengazzamkan dalam diri saya bahwa dakwah adalah jalan kami, penyesalan itu datang lebih berkali-kali lipat. Seperti ada bongkahan batu seberat 1 ton yang berusaha memuatkan dirinya ke bilik-bilik jantung saya. Begitu sesak...


Saya ikut menangis. Menangisi kepergian Ustadz Rahmat yang telah memberikan nama pada saya dan keempat adik saya—ketika kami semua lahir—dengan nama yang indah dan penuh do’a. Saya menangisi kelalaian saya untuk menghabiskan waktu bersamanya, belajar lebih dalam tentang Islam. Saya menangisinya karena kepergiannya, begitu cepat. Kenapa justru di saat saya sadar siapa Ustadz Rahmat sebenarnya. Kenapa justru di saat saya tahu, bahwa ialah yang telah menananm benih-benih azzam di hati para pejuang dakwah hingga dakwah maju seperti saat ini? Kenapa justru saya baru mempelajari profile-nya, bahwa ia, bahkan, SMA saja tidak lulus tapi mampu membeberkan hukum kekekalan massa dan mengaitkannya dengan ayat Qur’an di kelas kami dulu?


Abi pulang tiga puluh menit kemudian setelah menelepon. Matanya memerah. Ia katakan, bahwa ia menangis sepanjang perjalanan. Lalu, kami semua menangis bersama di ruang tamu...

Jam 9 malam, Abi pergi ke rumah Ustadz Rahmat. Hingga besok siang, ia di sana, berkumpul bersama teman-temannya, sesama murid Ustadz Rahmat.


Saya memahami kedukaannya. Ia salah satu assabiqunal awwalun. Ia diasuh langsung oleh Ustadz karena dulu mereka bertetangga. Dari awal mengenal tarbiyah lewat halaqah, Abi tidak pernah berganti murabbi. Ia merasakan asam-manisnya perjuangan dakwah. Merasakan pula bagaimana dulu harus sembunyi-sembunyi ketika liqo’. Murabbinya, hanya satu itu, Ustadz Rahmat. Dan kehilangannya, adalah duka yang lebih dalam seperti saat kehilangan Ayahnya—kakek saya.


Setelah ditinggal pergi Ustadz Madani, yg dulu sering meledek saya, dunia tarbiyah ditinggalkan oleh syekhnya, Ustadz Rahmat...

Orang baik, selalu akan mati cepat...


Tapi, saya yakin, kematian mereka, bukanlah untuk kita ratapi terus-menerus. Hendaknya, rasa kehilangan itu menjadi cambuk buat kita untuk meneruskan perjuangannya. Untuk membuktikan pada dunia, bahwa dakwah must go on, walaupun satu persatu pejuang dakwah telah berpulang ke kampung akhirat...

Hingga kini, saya masih ingat kata-kata Ustadz Rahmat.


“Tak sadarkah kalian, bahwa kalian adalah penerus Ummi dan Abi kalian?”


Pertanyaan itu bergaung dalam relung hati. Pertanyaan itu yang kemudian membawa saya meninggalkan masa SMP yang memalukan. Dan menyadari, bahwa saya, adalah anak yang mendapatkan hidayah secara ‘instan’. Saya adalah anak yang telah tertarbiyah sejak keluar dari rahim Ummi. Pantaskah, saya menolak tongkat estafet yang telah disodorkan oleh orangtua yang hanif? Pantaskah saya menolak satu nikmat yang telah Allah berikan pada saya—berupa hidayah yg menyapa saya?


Rabbi...berikan guru kami tempat yang paling baik di sisiMu. Dan izinkanlah hamba, bertemu kembali dengannya, di syurgaMu—walau mulut ini, rasanya tak pantas memohon itu karena dosa hamba yang berlimpah...


Di ambil dari blog Abdul Hadi Rabudin