Wednesday, 1 July 2009
Saturday, 27 June 2009
Gambar
Saja letak...sebab terjumpa gambar ni...teringat kenangan disana... Allah Maha Hebat..
InshaAllah ada masa nanti, ingin jua ku coretkan pengalaman menunaikan haji... moga boleh menjadi manfaat buat pembaca sekalian...
Posted by
ana muslim
at
09:35
0
comments
Labels: Gambar menarik, haji, personal
Wednesday, 24 June 2009
Rindu aku...
Rindu pada tanah suci itu...
Selamat Jalan kepada Kak Jan sekeluarga dan juga Nikmun...moga mendapat umrah yg diterima Allah... kirimkan salamku kepada nabi junjungan, insan yg amat ku hormati, sayangi dan cinta, Rasulullah s.a.w..
ps : Jazakillahu khairan to Sis Farzeen for the slides above :)
Posted by
ana muslim
at
17:15
2
comments
Labels: personal
Ali Imran : 146
Tadi saya baru membaca tulisan Ustaz Halim tentang Golongan gugur di jalan Dakwah . Dengan pengalaman saya amat sedikit ini, saya amat bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh beliau...
Saya ingin elaborate tentang antara faktor yg membuatkan ikhwah/akhawat itu futur adalah kurangnya kefahaman Islam, risalah Islam dan objektif risalah ini...mungkin kerana kekurangan pendedahan oleh murobbi nye atau kurangnye pendedahan pembacaan... Saya juga pernah melalui fasa ini...setelah bertahun-tahun berusrah, tapi masih kurang jelas apa yang patut dibuat...seerah nabawiyah memang dah khatam, tapi penekanan terhadap apa yg boleh di pelajari kurang... Dengan itu akan menjadikan kita orang2 yg baik sahaja tanpa ada kefahaman tanggungjawab merubah mereka disekeliling kita...baik utk diri sendiri sahaja, alangkah sayangnya....
Peranan naqib/ah atau murobbi bagi saya sangat penting...mungkinkah kerna saya orang yg tak pandai berpantun seloka yg menyebabkan murobbi saya perlu jelaskan dengan terus terang apakah yang sebenarnya di expect drp saya? Mungkinkah orang lain tidak perlu cara sebegini? Entah, mungkin ya, manusia ni sangat complicated, sebab tu murobbi saya selalu berkata, Dakwah Itu Seni... Seni ini tiada boundary limits, mungkin dengan A, kita buat gaya kuak lentang, dengan si B kene pulak gaya bebas, dengan si C pula gaya kupu-kupu... Tapi saya rasa perlu juga ada elemen berterus terang....supaya tiada ambiguity lagi dalam mesej yg ingin disampaikan...
Tapi tidak dinafikan peranan murobbi sangat2 penting dalam membentuk mutarabbi nya...jika murobbi itu meluangkan banyak masa dengan mutarabbi nya, inshaAllah akan sangat dapat melajukan mutarabbi itu...bagi saya lebih lima kali ganda drp anak2 usrah yg jarang di contactnya...Tapi benar, sangat time consuming, tetapi setiap perkara utk berjaya perlu ada pengorbanannya...Ini lebih2 lagi di UK ini, yg waqi'nya sedikit berbeza dengan di Malaysia...Sebagai mutarabbi pula, kalau naqibah kita jenis yg mmg sibuk dan terlupa, kita la pula kene tidak memalukan diri utk mendekat diri dgn mrk...(it takes two to tango :) )
*******************************************************************************
Salah satu sebab kawan seangkatan saya yg tidak lagi bersama-sama di jalan ini adalah godaan dunia...memang benar dunia ini memang sangat besar godaannya...berkahwin dengan mereka yg hidup mengejar dunia akan membawa kita mengejar dunia juga...Dunia...saya masih ingat masa mula2 pulang drp UK dan duduk di rumah selama dua bulan, bagai kan terapung2...tiada tarbiyyah ketika itu dan juga naqibah sebelum itu tidak stress kan kepada saya supaya mencari...tapi alhamdulillah Allah masih sayangkan saya...sahabat saya, Eleena mengingatkan saya untuk kembali...dan mengajak saya kembali berusrah semasa saya mula bekerja di Cyberjaya...hanya yg Allah yg dapat membalas jasanya...
Godaan dunia dari segi kerja yang sangat sibuk...kerja sy sebagai IC design Engineer di CyberJaya sungguh sibuk! Sampaikan malam pun berfikir tentang kerja, weekend sangat penat dan masih berfikir kerja...tiada kehidupan...mujurlah saya ada usrah ketika itu...walaupun usrah itu bagi saya tidak lah efektif sangat sebab sampai2 dah penat selepas drive 2 jam dalam trafik jam..dan ukhuwwah sesama ahli pun baru mula nak bertaut..tapi sekurang2nya, saya masih dalam lingkungan itu...alhamdulillah...kalau tidak sudah pasti saya hanyut dalam godaan dunia yang tidak pernah putus!
Sahabat seperjuangan yg saling mengingatkan itu sangat2 penting...kita hanya manusia yang mungkin terlupa...
Saya tidak tahu apakah suratan saya utk di masa hadapan...saya cuma mampu berusaha sedaya mungkin dan berdoa moga Allah tetap teguhkan diri dan pendirian di jalan Allah ini...saya sangat mengimpikan bersama Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di syurga kelak...saya sangat menginginkan syurga FirdausNya...saya berdoa moga Allah menetapkan hati dan jiwa raga saya sekeluarga untuk mencari redhaNya...
Saya juga berharap untuk membawa mereka2 dikeliling saya utk bersama saya dalam quest ini... Saya berharap saya akan menjadi seperti mrk yg disebutkan oleh Allah dalam ayat dalam surah Ali Imran diatas....tidak lemah dengan mehnah2 yg bertandang dan tidak menyerah kepada musuh (syaitan) dan menjadi orang yg sabar, ameen!
----------------------------------------------------------------------------------------
Saja nak kongsi fantastic pictures of masjidil Aqsa http://www.360tr. net/kudus/ mescidiaksa_ eng/index. html
Posted by
ana muslim
at
15:35
0
comments
Sunday, 21 June 2009
Happy Father's Day
Some verses about father in the holy Quran :
Bismillahirrahmanirraheem..
Said (the father): "My (dear) little son! relate not thy vision to thy brothers, lest they concoct a plot against thee: for Satan is to man an avowed enemy
Gardens of perpetual bliss: they shall enter there, as well as the righteous among their fathers, their spouses, and their offspring: and angels shall enter unto them from every gate (with the salutation).
May Allah bless ayah always and reward him for all the sacrifices he has done for us, and tought us this deen. Jazakallahu khairan...
Posted by
ana muslim
at
06:35
0
comments
Labels: personal
Wednesday, 17 June 2009
Kemelut politik
Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS
Malaysiakini
Jun 17, 09 1:29pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok."Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.
Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.
"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.
Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.
"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.
selanjutnya di sini
-------------------------------------------------------------------------
Saya jarang sekali mengomen tentang politik...tapi entahlah kesian rasa ke Tuan Guru Nik Aziz yg terpaksa mengharungi dan mempertahankan prinsip dikala ada suara2 yg cuba membawa PAS ke haluan yg lain... Walaupun saya tak lah nampak di kaca mata manusia aktif di sayap mana...tapi saya percaya dengan perjuangan Islam, tidak kira dimana Islam itu ditegakkan....yg benar tetap akan di katakan benar, yg salah tetap akan dikatakan salah... Walaupun mungkin ada yg mencemuh, tapi saya a firm believer in change of the person first, start drp individu kepada masyarakat dan seterusnya... mmg tak dinafikan perlunya org berusaha kearah daulah Islamiyah, tapi yg berusaha kearah daulah Islamiyah itu pun memerlukan individu2 yg hebat dan utuh kefahaman dan keimanannya...jika tidak, mungkin daulah yg dibina tak dpt bertahan disebabkan individu2 yg merosakkannya...
Buat mereka yg menyokong perjuangan Islam, teruskan menyokong tidak kira dimanakah sayapmu..yg penting berdasarkan Al Quran dan sunnah...yg penting silaturrahim dijaga..yg penting kita taklah bercakap besar disana sini tetapi hanya umpama tin kosong, mempersoalkan apa yg org dh buat sahaja tanpa diri sendiri tiada apa yg disumbang....
Posted by
ana muslim
at
06:24
2
comments
Labels: Akhbar Islami, personal
Tuesday, 16 June 2009
Tahniah kepada adindaku Wahida...

Baru mendapat berita, adinda kami, Sarah Wahida mendapat anugerah Naib Cansellor di UITM Shah Alam dan juga adalah pelajar terbaik jurusan Art and Tekstil, 2009.
Moga kejayaan ini mendekatkan penerima nya kepada Tuhan yg menganugerahkan semua rezeki dan menggunakan kejayaan ini untuk membantu Islam secara keseluruhannya...
Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmusolihaat!
Daripada kekandamu,
Kak Lin dan Abg Yusof
Posted by
ana muslim
at
05:26
2
comments
Labels: Pengumuman, personal, Tahniah
Saturday, 6 June 2009
Research Group Trip - Longshaw
Last Thursday (yes, Thursday, during weekdays), our research group went for a walk in the peak district.. You might asked, what??! Well, some of them have this idea to bond between the researchers by walking together and have a good fresh air. Obviously, in the group, lots of tension in the air...so, they (well, actually Andy) have chosen a place called Longshaw. We went there by car.
I followed Jenny and Siew Li in John's car. All together, four girls went for this walk. You might ask, why did i bother to join? Firstly because i've skipped a bowling trip last time, and this time they insisted that I go...i kinda not have any more excuses, plus walking in the open air is good...not an enclosed place... well, why I didnt join the bowling before? I dont like to bend over in front of these people while playing bowling...Mixing in a closed space, i will try to avoid as much as i can...plus john wasnt there before, so, i didnt have to go...In the picture above, John, Peter and Shankar were walking towards our aim, the peak.. (not the highest peak there, but quite high la)...but i have to say, the view along the path is very nice and refreshing...alhamdulillah...
Of course, John did not forget about work...still have time to talk about research in the peak district....
Along our way back to the car, we walked alongside a small river...subhanallah very beautiful...i immediately thought of bringing my husband there (he was working at that time, that's why he couldn't join us)... Anyhow, it came across my mind at that time, how great is Allah to create the gushing sound of water down the river relieving any stress and makes our heart in serenity...I was thinking, the rivers, the grass, the cows and sheeps there were all doing zikrullah, and perhaps they were happy coz there were muslims who walk on the same ground while remembering Allah ... seperti dalam kitab Fi zilalil Quran...Kita dan alam buana dalam harmoni..Kita, as in, we muslims :)
Posted by
ana muslim
at
14:09
4
comments
Labels: Gambar menarik, Pengalaman, personal
Wednesday, 3 June 2009
Balik Malaysia..
Tadi ada seorang sahabat lama call...dia kat airport tengah tunggu nak balik malaysia...aduhh, jelesnya terasa....moga urusannya di Malaysia di mudahkan Allah...
beginilah perasaan hidup di perantauan...asyik rindukan kampung halaman..memang hebat orang tua2 dulu buat kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri....memang sangat tepat sekali...
ada orang kata, kat mana2 pun bumi Allah...jadi apa nak sibuk...ermm... ye, bumi Allah, tapi mereka yg dekat di hati kita di tanahair kita...sanak saudara...seperti Nabi Muhammad s.a.w selepas berhijrah...baginda masih lagi merindui tanah suci Mekah...mmg itu adalah fitrah manusia...
Alaa, awak tu baru duk perantauan sekejap je, ada org islam yg terpaksa lari drp negara sendiri dan di ban drp masuk balik ke negara tersebut utk berjumpa sanak saudara, even mak ayah mrk! Yg tu mesti lagi sayu...saya penah jumpa pakcik Tunisia ni masa A-levels..masa tu ada daurah, jadi naqib/ah menjemput brother Tunisia ni bagi talk....mmg terkejut habis time tu dgr keadaan di Tunisia, mmg tak sangka langsung... dia lak jadi asylum seeker kat UK ni...tak leh balik Tunisia dh utk tgk mak ayah...tahu tak kenapa dia di ban? Just because he wants to be a practising muslim and invite people to practise islam...
Jadi, toksah sedih sangatlah... bersyukurlah di atas segala nikmat yg Allah berikan ni... Masukkan sifat qanaah didalam hati2 kita....ameen ya Robb!
ps: lagu ni mmg sesuai dgn perasaan ketika ini..
Posted by
ana muslim
at
13:37
0
comments
Labels: personal
Tuesday, 2 June 2009
Cycling to Grave's Park
Last Sunday, we (me and my husband) went cycling to Grave's Park..saja nak jalan2 + exercise...abang yusof kata tak jauh...iskk...above is the map and our trail from B (our house) to the Park (5). It took us from 9.45 am till 1 pm to go there and back home again, of course thats including time for rest, take pictures, and we stop by a retail outlet as well...All together, we cycled around 11 kms (up and down hill)!! But it is well worth it, very satisfying when you arrived there with all that efforts, alhamdulillah...
Here are some photos's of the park and abang yusof...
Alhamdulillah....would like to cycle there again...tapi bila banyak masa sket and not rushing! Now, get back to work!!
Posted by
ana muslim
at
10:08
0
comments
Labels: Gambar menarik, Pengalaman, personal
Friday, 29 May 2009
Posting bergambar...
Last Tuesday, Abang Hadi dan Kak Nurun sekeluarga dtg ke Sheffield. Bersama juga Ani (anak Pokcik Tembila) dan juga Amar dan Khadijah. Abang Hadi belanja kami berdua makan di Estikutum...terima kasih.
Ni anak mrk yg bongsu, Khadijah... comel sgt, baru pandai cakap a few words.. Kami doakan moga menjadi anak yg solehah dan membantu perjuangan Islam nanti...ameen...
Ni pulak kek yg saya buat masa nk gi makan2 umah Azie...sebenarnya kek ni saya buat khas buat 3 org... Nikmun, Raudhah dan Azie...sebab tu x tulis nama sapa2 pun atas kek tu...beriya beli icing pen utk menulis...ni kek coklat..alhamdulillah menjadi jugak la...gebu..
Ni saja nak bagi close up....yg putih creamy tu adalah double cream...yeap very fattening!!
Posted by
ana muslim
at
09:54
7
comments
Labels: personal
Monday, 25 May 2009
Berakhirnya tutorial.. part II

Ok, kita sambung cerita pasal tutorial lagi...
Apa beza student english + some european students dgn student asian? (asian ni seme lah termasuk chinese from china, chinese from malaysia and org melayu)...
Student english + european ni saya duk perhatikan mrk ni jenis yg suka berfikir...kalau mrk tanya soalan tak tanya apakah jawapannya...mrk akan tanya kenapa cara yg mrk buat tu salah? Di mana salahnye? This is crucial so that mrk realise mana salah dan tak mengulanginya...
Tapi kat uia lak (uniten pun sama) majority student kalau tanya soalan mesti nak jawapan terus...nak solid answer...so, jadilah saya dikalangan unpopular tutor dikalangan tutor2 yg ada...ye lah, kalau student tanya soalan, biasanya sy takkan bagi jawapan terus, saya akan bertanya lagi soalan kepada mrk, bertanya dan bertanya sampaila dia dpt jawapan sendiri! (hehe anak usrah saya biasa dgn approach ni, :P)...uish kejammnyeee...hehe (some might think).....tapi saya akan bertanya soalan balik utk membawa mrk kepada jawapan tersebut...menjuruskan pemikiran mrk utk mendapatkan jawapan tersebut... this is very important, i think.... masa degree dulu i was taught this way...sbb bila kita dah dpt ability utk berfikir tu, apa2 masalah dtg pun kita leh tackle..tak la spoon feed!! tapi sayangnya student uia suka yg spoon feed (tu masa tahun 2004 dulu)...boleh nampak di wajah mrk kekecewaan bila menerima sy sbg tutor project mrk...huhuhu...
Kesimpulannya, mungkin student melayu malas nak pikir, senang kalau dpt jawapan je...ermm..sy perhatikan tutor2 yg lain masa tu, ikut je rentak student ni, bagi terus jawapan...lembut...jadilah mrk tutor feveret... tapi i really think this wont help the student much in developing their thinking...kita (tutor2 & pensyarah) perlu berubah...biarlah student tak suka, tapi its for their own good...lain student yg menghafal dan student yg faham...student yg main hentam dengan student yg berfikir...
Camne lak ngan student melayu yg study kat UK ni? I think they are much better...maybe bcoz sistem pendidikan disini...(i'm sure akan ada yg disagree with this statement, but feel free to voice out)..sy tulis apa yg saya nampak n experience...(huhu sorry bahasa rojak habis) sbb tu company kat malaysia kalau overseas grad je mrk akan berlumba2 nk amik keje (ni specific kpd bidang engineering)...kadang tu bukannya result bagus sgt...tapi sbb mrk ada cara berfikir itu....sy tak nafikan maybe ada sorang dua yg study di malaysia yg excellent dlm berfikir, baguslah tu...tapi majoriti nya tidak...dan kitalah sbg para pendidik nanti yg kene ubah mindset student2 malaysia...biar mrk menjadi kritis dan hebat dlm problem solving...(ini bagus utk perkembangan ummah juga)
waduh2...jadi saudari rasa saudari hebat sangat lah? Ayooo, jauh panggang dari api..tidak sama sekali...just menggambarkan pengalaman secara general...maaf jika ada salah dan silap...
Pandangan saya tentang student chinese from china?
saya ada beberapa student drp mainland china ni dlm bebrapa tahun ini....mrk ni lain lah perangai dia drp chinese in malaysia...mrk sgt less competitive...dan yg kesiannya mrk suffer bab language ni... ada student tu, x dpt jawab soalan pertama dlm midterm test just because dia confuse sbb dlm soalan tu ada word conventional diode...bila sy tanya dia, faham ke camne diode conducts electricity, dia jawab ya dan menerangkan kpd sy...pastu sy tanya la kat dia, knp dlm test tu awk jawab salah?? Dia jawab dia confuse dgn word conventional tu...iskk...kesian betul...padahal dia mmg faham je konsep tu!
Masalah bahasa ni saya rasa melibatkan semua bidang...ye lah dah la kene faham material tu, kene juga la faham soalan2 dan nak terangkan balik dlm english...masalah bahasa ni, ambil masa yg lama juga utk terer...tapi kalau ada keazaman, boleh je, inshaAllah...kalau mana2 di luar sana yg ada masalah bahasa, make sure to flag it up to your tutor...tanya dia ada kelas extra ke yg kita leh amik? sebabnye beratus ribu ringgit kerajaan hantar kita kemari...so make sure kita do our best n perahkan facility universiti sehabis mungkin! Plus menurut supervisor saya, advice kepada student kalau tengah exam x faham certain perkataan, tulis dlm paper tu, kata tak faham dan juga apa yg awk sangkakan maksudnya...jadi mrk bila mark the paper dgn jalan kerja yg betul tp jawapan yg salah, they will mark accordingly....
oh satu lagi, mainland chinese ni, ada dua kategori yg kaya dan yg tak kaya...yg kaya kita leh perasan kalau dia ckp english with an american accent...(sy kalau ckp british pronunciation)... sbb mrk ni mampu hire private tutor di china utk mengajar english, and they can be very fluent in english...yg tak kaya ni, english dia bunyi cam org cina ckp english...pronunciation leh dgr hawa2 cina tu...so mrk ni yg suffers dlm study...kesian gak...
oklah tu aje dulu buat hari ni, sambung lagi nanti, iA...
ps : Kepada semua adik2 yg tgh exam... ALL the Best...Prepare habis2an, dan kemudian tawakkal alAllah....
Posted by
ana muslim
at
12:39
0
comments
Labels: akademik, Pengalaman, personal
Asshura : 15
فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ
أَهْوَاءهُمْ وَقُلْ آمَنتُ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِن كِتَابٍ
وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ اللَّهُ رَبُّنَا
وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا
حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا
وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan). (15)
Asshura : 15
فَإِنْ آمَنُواْ بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَواْ
وَّإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Al baqarah : (137)
Posted by
ana muslim
at
12:11
0
comments
Labels: personal
Friday, 22 May 2009
Berakhirnya tutorial.. part I
Minggu ni, minggu terakhir saya 'menjaga' tutorial buat semester ini dan juga harap2nya berakhirnya for good di Department of Electronic and Electrical Engineering di Universiti of Sheffield ini...
Mungkin saya boleh berkongsi pengalaman dengan pembaca semua menjadi demonstrator di department ini dan membandingkan dengan tutorial di Malaysia. Saya sempat membawa tutorial di UIA selama setahun sebelum terbang ke UK utk melanjutkan pelajaran..
Termasuk tahun ini, dah 3 tahun berturut2 saya menjaga tutorial... Saya menjaga satu group untuk tahun 1 undergrad dan juga satu lagi di tahun dua... Tahun satu, demonstrator ini di panggil sebagai superdemonstrator kerana perlu menguasai 4 subjek sekaligus dan monitor student2 di dalam group masing2... Satu group adalah dalam 7 hingga 8 orang... Dan buat group tahun 1 ini, hanya dua jam seminggu....
Tutorial buat tahun 1 ni, pada semester pertama merangkumi 4 subjek berbeza, manakala di semester kedua 4 subjek yg lain pula...pada tahun pertama mengambil tutorial ini, mmg penat juga nak menelaah 8 subjek kesemuanya...dan perlu menjawab soalan2 pelajar jika ada...(biasanya adalah, cuma di akhir semester kedua, biasanya pelajar dah malas ke tutorial, tinggallah hanya beberapa kerat) ... Tapi utk tahun kedua dan ketiga mengambil tutorial ini, alhamdulillah dah mudahlah sbb gunakan sahaja apa yg telah dipelajari...
Siapa pelajar dlm group tutorial tu? ada mat saleh, ada org cina drp negara china, ada org germany, ada org india...campur2 kesemuanya...
Buat tutorial utk tahun kedua undergrad tu, saya menjaga tutorial semiconductor yg di ajar oleh supervisor saya. Saya menjaga tutorial ini baru dua tahun...bagi saya tutorial ini lagi mencabar sebab banyak konsep2 semiconductor yg perlu difahami dan di terangkan kepada pelajar2...Tutorial ini takde group2 kecil, jaga saya kene menjaga tutorial utk satu kelas, dalam 40 orang...
Mungkin ada yg tertanya2, kenapa saya jaga tutorial ni yek? Erm, pada mulanya saya ambil krn rasa excited nak menjaga tutorial di established university dan juga menimba pengalaman di samping dapat meletakkan kerja ini didalam CV. Supervisor saya yg mulanya menyuruh saya mengambil kerja ini kerana katanya saya perlu menimba pengalaman ini krn nanti saya akan balik mengajar di UIA. Supervisor saya ini sangat berhati2 memilih studentnya utk menjadi demonstrator, sbb ada juga di kalangan studentnya yg lain ingin menjadi tutor tetapi dia tak memberikan persetujuannya. Kenapa agaknya supervsior memilih saya? entah, saya pun tak tahu...kadang2 susah nak baca supervisor saya ni, kadang2 kita ingat niat dia murni tapi kebanyakan masa, banyak udang di sebalik batu...Setelah tiada lagi scholarship drp KPT dan UIA, saya mengambil peluang meneruskan tutorial ini utk mencari rezki...takdelah dpt banyak tapi boleh lah membantu dikala terdesak tu..
Banyak sebenarnya saya nak berkongsi tentang tutorial ini dgn semua...tapi kerana kesempitan masa, saya akan menulis dikit berdikit...inshaAllah sambung lagi..
Posted by
ana muslim
at
04:19
2
comments
Labels: akademik, Pengalaman, personal
Thursday, 21 May 2009
Fa sabrun jameel...
Hanya itu yang mampu ku ucapkan...
Posted by
ana muslim
at
11:19
0
comments
Labels: personal
Saturday, 16 May 2009
Pergaulan lelaki & perempuan
Browse muslim cartoons terjumpa video di atas ini...menarik juga mesej yg disampaikannya...
Persoalan hubungan lelaki dan perempuan ni mmg tak pernah lapuk dek hujan, atau lekang dek panas.... selagi ada manusia hidup di bumi ini, selagi itulah topik ini senantiasa evergreen...
Zaman skrg ni mobile phone tu dah jadi necessary...tak macam masa saya di sekolah menengah, tak termimpi pun nak punyai mobile phone sendiri...email, tok sah harap la time tu..seme communication old fashion ie dengan menulis surat dan guna public phone (hehe teringat beratur panjang dulu kat mrsm malam2 kat public phone, sbb satu je yg ok, yg lain seme rosak, huhu vandalism)..
Skrg ni dengan teknologi canggih macam2 boleh...nak berkomunikasi, bukan setakat at your finger tips tapi free lak tuh! fuh, cangggih2.... dengan kecanggihan teknologi ini, begitulah juga kecanggihan syaitan2 melalaikan kita...senyap2 dalam bilik tu, leh sms si dia...takde sorang pun tahu... mak ayah lagi lah jauh di Malaysia (ni buat mrk di perantauan)... kawan2 seme mana lah nak check henset kita...
Bukan setakat tu saja...kalau dua2 ada internet lagi best, leh berchatting tak kira masa...
eh kak, kami bukannya chatting benda mushi2...kami sentiasa berdiskusi benda2 ilmiah, tu tak kira lagi yang kami selalu ingat mengingatkan tentang bangun qiyam, kejut bangun subuh...biasanya tazkirah la kak....mungkin skali skala kami terlepas bincang benda personal...
Ermmmmm... ada lak yang nyampuk...
Alah kak, kami bukannya duduk berdua2an kat dalam bilik, chatting jer lah...takkan nak bercakap pun tak boleh? Relax aaar... mak ayah kami tak kata apa pun..even boyfren i dah jumpa pun my parents...they all seme happy je dpt menantukan org oversea gak...so apa salah nye...
Ermmm.....senario yg lain pulak...
Kami dah bertunang kak...nah, tgk cincin kat jari saya ni...inshaAllah winter depan kami akan nikah lah...jadi since dia tunang saya, apa salahnye saya jalan2 kat town dengan dia...spend time together, mmg dia akan kawin dgn sy pun? Lagi pun saya mmg takleh kalau tak dgr suara dia, rindu sgt lah kak...dia pun suka je layan saya borak...
Ada juga yg..
Takde apa2 la kak, saya saja main2 sms dengan dia...layan je mamat tu dah dia asyik sms kite...takde benda nak buat...boring2 main sms lah!
Kalau bekerja dalam persatuan pulak...
Kak kami ada meeting malam tu...mmg penting meeting tu, terpaksa buat malam...kalau tak, tak jalan la program yg kami plan tu...mmg dah takde tempat lain nak buat, so kami buat je kat tempat tertutup tu... Plus ada beberapa org lagi yg dtg sama, so ok lah kan? (teringat masa mrsm dulu, si boyfren nk bertemu si girlfren di dalam kelas berduaan, dan di minta beberapa kawan lain menemani, of course kawan2 yg jenis memahami lah, siap ada yg tlg jaga kat pintu kelas in case AJK biro agama datang)
Begitulah ragamnya... setiap manusia dengan alasan2 tersendiri...mmg licik betul kerjaan syaitan ni menghelah manusia... padahal Allah s.w.t telah berfirman, La Taqrabu Zina..Janganlah kamu mendekati zina... tapi macam2 interpretation la pulak...Astaghfirullah kak, kami tak terpikir pun nak berzina!! Kak tak baik tuduh2 kami...
Erkk...mana lak menuduh, cuma menasihati secara rawak...sapa yg makan cili, dialah yg akan rasa pedasnya... Jangan mendekati zina bermaksud segala perkara yg boleh membawa ke arah itu....aik, camne tulis sms pun membawa ke sana? Adik ku sayang, dulu2 dari mata turun ke hati...skrg ni boleh drp sms turun ke hati...perasaan akan timbul sedikit demi sedikit...tak yah bohonglah, kak pun dulu penah muda gak, paham benor perasaan2 ni...selagi kita bernama manusia, mesti ada perasaan, jadi utk mengelak drp bertimpa2 perasaan yg menerjah, baik kita tinggalkan saja...selamat....takde panahan2 syaitan yg akan menusuk qalbu kita ni...
pasal tunang tu pulak camner?
Ni satu lagi misconception orang melayu, asal tunang je, leh buat macam2, naik kete sama2...makan sama2...shopping sama2...padahal tunang tu BUKANLAH lesen utk seme tu...tunang tu just nak bagitahu yg kita dah ada orang yg cop, bermaksud jangan ganggu territory ini...tu aje...so jangan lebih2... .hukum atas org bertunang tu sama je cam bukan mahram kite...so takleh lah? Iye, TAK LEH..
Pasal berpersatuan tu pulak?
Berpersatuan tu bagus, jangan lak salah faham...buat benda2 yg berfaedah tu mmg bagus, Islam suka, tapi kene lah dengan tatacara dan syariat, dan juga akhlak yg baik...yg bebas drp fitnah....seboleh2nye elakkan lah berkomunikasi secara berlebihan antara boys and girls, especially masa umur2 ni yg hormon tengah developing...ikut macam dalam Quran kata, jaga pandangan, jaga perilaku as a good muslim n muslimah always...kalau ikutkan betul2, muslimah tak di galakkan kuar rumah pun , tapi di longgarkan dengan syarat2 ketat yg menjaga adab2 dan akhlaq islami...
Ish strict gila akak ni...
Wahai adikku sayang....if we believe Islam is the right way, the way of life, the true and only true religion on earth, we shall follow the guidelines in Islam, even if it is extremely hard to follow...especially nowadays jahiliyyah di agung2kan dan syaitan cuba mengelabui jahiliyyah dan islam itu sendiri....we follow what Islam says because we are just humble servants of Allah...and we want His blessings and mercy in our life and hereafter....
Ok lah kak...
Maaf lah sekiranya perkataan akak ni mengguris jiwa...kak ni tak pandai nak berpantun dan berseloka...apa2 yang baik ambillah, apa2 yg buruk jadi kanlah sepadan...sama2 kita saling menasihati sebagaimana saranan Allah di dalam surah Al Asr...
Jaga diri ye... kak nasihat, sbb kak sayang awak semua.....
Tuesday, 12 May 2009
Hidup ini..
Alhamdulillah...
Hidup ini bagi ku sangat hebat ciptaanNya...
Hanya kuasa yg Maha Hebat yg dapat mengatur pola hidup sebegini..
Setiap jiwa mempunyai pola hidupnya yg tersendiri...
Setiap jiwa merasa betapa pentingnya hidupnya dan kehidupannya...
Seorang perdana menteri sibuk mengatur urusan negaranya,
Seorang cikgu sibuk mengatur urusan anak muridnya,
Seorang petani pula sibuk mengatur urusan kambing itiknya,
Seorang pelajar pula sibuk mengatur urusan pembelajarannya...
Semua akan sibuk dengan dunianya masing2...
Begitulah aturan Tuhan..
Dan setiap jiwa itulah Tuhan Maha Melihat,
Tuhan Maha Mendengar,
Tuhan Maha Memerhati....
Hanya memikirkan konsep ini membuatkan aku terfikir,
Subhanallah, Hebat sungguh Hebat,
Allah yg Maha Kaya, Maha Pengatur segalanya..
Aku bersyukur dapat 'berkenalan' dengan Pencipta yg Sungguh Hebat ini...
Aku bersyukur menjadi hamba kepada Kuasa yg Maha Berkuasa ini..
Memang benarlah apa yg di firmankanNya didalam kitab agung,
KepadaNya lah kepunyaan segala nama2 yg indah2 dan baik...
Berbalik kpd cerita pola hidup ini..
Bertemu berpisah itu termasuk dalam pola kehidupan..
Tak dapat dipisahkan lagi...
Hari demi hari berlalu begitu pantas sekali,
Kengkadang berdebar-debar hatiku melihat masa pergi...
Perpisahan ini, aku seakan merasai peritnya walaupun ianya belum berlaku,
Kenangan dan memori indah akan sentiasa menjadi peneman hati...
Aku hanya mampu berdoa,
Moga kita bertemu kembali....
Jika tidak didunia, moga-moga di Jannah sana................
Posted by
ana muslim
at
15:01
0
comments
Labels: personal
Thursday, 7 May 2009
Usrah dan perasaan ku
Assalamualaikum wr wbt,
Tetiba pulak rasa nak menulis tentang usrah ku....ini bukan usrah yg ku bawa or pernah bawa, tetapi tentang usrah yg aku ikuti sebagai mutarabbi...
Sejak akhir2 ni, aku sgt sibuk dan kadang2 geram dengan kesibukanku yg mengambil masa dan tenaga juga perasaanku..tetiba tadi terbaca emel naqibah ku kepada mailist yg besar....
Tulisannya tak lah berkisar tentang diriku, cuma nasihatnya kepada salah seorang saudara dalam amal jamaie ini...tapi ketika membaca emelnya itu, aku dapat membayangkan suara, lenggok bicara naqibah ku ini...tiba2 rindu menyapa diri...
Usrah jarak jauh mmg memakan dan menghisap kudrat yg ada....terkadang usrah terpaksa di jarakkan waktunya kerana pelbagai kengkangan hidup sebagai pelajar ini...ahh, kepada yg berusrah di kawasan sendiri, patut bersykur kerana betapa mudahnya antum semua utk ke usrah, tak perlu, bersenggang mata kengkadangnya itu dek mengantuk krm memandu lewat malam...
Tapi aku sangat bersyukur masih mempunyai sebuah usrah yg mengikat hati, perasaan dan ruh aku...aku kagum dengan naqibah aku yg kental jiwanya...bila sahaja memandang raut wajahnya, aku tahu banyak sekali apa yg di fikirkannya...sentiasa memberikan senyuman melayan gelagat2 anak usrahnya...
Setiap kali aku pulang drp usrah, mesti hati aku melonjak2 gembira...terasa puas sekali...biar pun tak sempat mengikuti pengisian2 yg berat2, tetapi cukup hanya dengan memandang dan mendengar suara murobbiyah ku itu...kata2 nasihatnya, aku semat di dalam hati....aku puas...
Aku berdoa semoga murobbiyah aku itu di rahmati Allah selalu...moga Allah memudahkan setiap langkah dan jejaknya...moga Allah mengganjarinya dengan sebesar2 pahala...Aku juga berdoa semoga hati aku sekental tabah jiwanya...Aku juga berdoa moga aku terus tsabat di jalan ini...
Mungkin aku tidak pernah mengungkapkan didepan murobbi ku ini...dan juga murobbi2 aku sebelum ini yg tidak putus2 membentuk diri ku....ana uhibbukunna fillah...jazakumullahu khairan katheera...
Posted by
ana muslim
at
11:58
0
comments
Labels: personal
Tuesday, 5 May 2009
Post bergambar : Jaulah ke Bakewell
LAst Saturday, kami pergi berjaulah...here are some of the stories...
Alhamdulillah... Jazakumullahu khairan kepada Nikmun, Raudhah dan Nurul kerana sama2 memeriahkan jaulah ini... moga jaulah ini menghidupkan hati2 yg lesu dengan zikir dan tahmid...ameen..
Posted by
ana muslim
at
01:21
4
comments
Labels: Gambar menarik, Pengalaman, personal
Tuesday, 28 April 2009
Cerita sket...
Just nak citer sket..
Di program yg di anjurkan oleh MSM yg lepas.... ustaz Faizal (bukan nama sebenar) yg di jemput khas drp malaysia, kelihatannya berumur 50+ tahun memberikan ceramahnya tentang keikhlasan hati utk bekerja amal jamaie... lembut sahaja kata-katanya, selaku nada seorang ayah memberi nasihat kepada anak-anaknya...rupa paras nya seperti aku pernah lihat, tapi aku lupa bila dan dimana...
Di akhir ceramah beliau...aku memberanikan diri menanyakan soalan berkenaan ceramah beliau...seusai aku mengajukan soalanku...terus beliau berkata 'Anak Hasbullah?' sambil menunjukkan kearahku...
Aku dgn sedikit kaget, menjawab 'Ya'.. Beliau pun mengangguk lalu berkata, 'last time kita jumpa di Cardiff '... oo rupanya aku pernah jumpa dia di Cardiff sebelum ni, baru aku ingat...kemudian beliau menjawab persoalan ku tadi....
Fikiran ku menerawang ketika pertemuan aku dan Ustaz Faizal di cardiff, kalau tidak silap tahun 2001...Pertama kali berjumpa dengannya begitu juga soalan beliau...anak Hasbullah? Aku pada masa tu segan nak tanya lebih2, cuma bertanya, ustaz kenal ayah? Ustaz Faizal bersama Ustaz Zawawi ketika itu menjawab ya. Di Cardiff ketika itu, tak ramai yg ikut usrah MSM, aku lah warisan MSM yg terakhir ketika itu...lalu pada masa itu naqibah ku dan suaminya membawa kedua ustaz ke rumahku utk memberiku sedikit pengisian jiwa...
Setelah selesai sesi soal jawab dengan Ustaz Faizal, aku ditemani sahabatku, Nik Munirah menegur Ustaz Faizal....
Assalamualaikum ustaz..
Waalaikumussalam wr..
Ustaz kenal ayah saya? -- tanya ku utk mendapatkan kepastian sekali lagi..
Ya, ana kenal sangat dengan Hasbullah...
Oh ye ke, camana ustaz kenal ayah?
Ayah dulu, ikut usrah ana di terengganu..
Oh ye ke... - aku tergamam ketika itu...
(seumur hidupku tak pernah ku tahu ayaku pernah ikut usrah suatu masa dahulu)
Ye, dia dan Abdul Rahman (bukan nama sebenar) yg tolong ana masuk bagi pengisian di TNB masa tu...
0000 ... aku yg masih tergamam..
Last time kita jumpa di Cardiff bersama Ustaz Zawawi- kata ustaz Faizal..
Ya, jawabku..
Ana juga pernah pergi jumpa Hakim di USA-- tambahnya lagi..
(Hakim is my adik)
Sekarang ni ana ada juga tengokkan hakim di Malaysia...
Oo ye ke... aku yg tergamam sekali lagi..
Kemudian, disebabkan short of time, kami terpaksa bersurai..
Jazakallah ustaz...kataku..
Barakallah....jawab beliau...
---------------------------------------------------------------------------------------
Aku sangat terharu selepas perbualan tersebut...tak pernah terlintas dlm kepala ku ayah pernah pergi usrah...kerana dulu2 masa UG, aku aktif pergi program sana sini...emak selalu complaint tapi ayah tak pernah kata apa2...ayah kadang2 question aku yg terlalu 'sibuk' dengan macam2 aktiviti MSM...tapi ayah ku mudah sahaja, katanya, dia tak kisah kalau aku sibuk utk apa2 pun asalkan stadi aku tidak terganggu...oleh itu , aku always make a point to make sure my studies are tip top, to prove that to be a good muslim means to have good results too....
Satu lagi buat aku terfikir, hebatnya Ustaz Faizal sebagai seorang murobbi...even lepas lama dah ayah tak ikut usrah , ustaz masih monitor anak kepada anak usrahnya..making sure that kami mendapat tarbiyyah yg sepatutnya...inshaAllah jika di panjangkan umur aku..aku juga ingin melakukan the same kepada anak kepada anak2 usrahku...
Jazakallahu khairan katheeran ustaz...
Cerita sket tentang ayahku... kami sekeluarga sgt menghormati ayah...beliau sangat islamik, tapi tidak pula impose the islamicness to his family...mungkin itu pendiriannya..ibuku seorang ibu yg penyayang tetapi mungkin tidak pernah mendapat peluang utk mengikuti usrah...tetapi...aku sangat sayang kepada mereka berdua...
Ingat masa kecil2 dulu, banyak cerita kartun pukul 7 malam, dah start maghrib...aku dan adik beradik suka sgt tgk cite kartun time tu...biasanya ayah balik drp kerja lepas maghrib...dengar sahaja kereta ayah tiba di halaman rumah, terus berlari lintang pukang kami adik beradik ke tingkat atas utk ambil wuduk dan solat...huh, kalau kene tangkap tengok tv time tu, mmg habislah kami kene rotan :)
Ayah juga tak suka tgk tv, tak kisahlah cerita drama yg best ke, cerita hindustan ke, filem english kah...semua dia tak tgk...dia cuma akan tengok tv bila berita dan kalau ada dokumentari di tv...terutamanya dokumentari tentang binatang...memori masa kecil2 duk depan tv ngan ayah tgk dokumentari binatang....memori indah..
Ada masa terluang sahaja, mesti aku nampak ayah duduk baca quran....ayah tak join kami anak beranak yg tengah asyik menonton tv....
Ayah juga tak suka makan junk food, seme jajan2 ni dia tak makan, malah marah kami anak2 kalau makan...tapi kami makan gak, sorok2 dengan bantuan mak..huhuhu....mak tak sampai hati kot tgk kami merayu nk beli masa kat kedai....
Ayah dan mak sgt pentingkan education...sanggup bersusah payah utk kami belajar...aku sangat ingat kata2 mrk ' Mak dan ayah takde harta nak tinggalkan untuk anak2...tapi mak ayah bagi peluang utk anak2 belajar betul2...make sure belajar betul2'...
Apakah kesimpulan tulisan ku ini?
Mungkin tiada kesimpulan, setakat menulis apa yg terasa di hati...
Jazakumullahu khairan katheeran kepada kedua ibu bapaku kerana membesarkan dan mendidik ku sehingga dewasa...benarlah seperti kata Rasulullah s.a.w aku tidak akan dpt membalasnya walau betapa banyak yg aku cuba...aku berharap dengan amalan ku yg sedikit ini dapat membantu mereka di akhirat sana nanti...
Kak lin sayang ayah dan mak......iskkk...rindu....
koleksi nasyid shoutul banat - Mawaddah Kecil / Shoutul Banath
Posted by
ana muslim
at
13:20
0
comments
Labels: Pengalaman, personal