Showing posts with label ziarah. Show all posts
Showing posts with label ziarah. Show all posts

Tuesday, 21 April 2009

Jemput datang lagi...

Pada 9 & 10 April yg lepas, kami dikunjungi oleh sahabat lama saya, ukhti Faezah dan zaujnya, akh Khalid daripada Belfast.. Jazakumullahu khairan kerana sudi menziarahi kami di sini..Sheffield ni banyak kenangan nostalgia buat Faez, krn suatu masa dahulu, parentsnya pernah belajar di sini...dan dia juga di besarkan disini...

Sejarah ana dgn Faez ni goes back to zaman Undergrad dulu... masa tu masing2 masih single dan in our final year...Faez masa tu di Manchester, ana di Cardiff, Ainil di London dan Eleena di Southampton...kami mengikuti program2 MSM diwaktu itu dan menjadi rapat semasa program last kami, the Summer Camp...

Alhamdulillah setelah beberapa lama lost contact, kami ditemukan kembali di bumi UK ini...Moga ukhuwwah kita berkekalan hingga ke syurga...ameen...

Friday, 18 July 2008

Spain 5 : Qurtuba' (Cordoba) Medina Azzahra


Bergambar depan bas ke Medina Azzahra .. Medina Azzahra ni macam Putrajaya la... sbb di sini dibina palace of the caliph and also all the administration offices... Naik bas dalam 30minit dari city centre cordoba...

Info sket: It had been built by Abd ar-Rahman III the Caliph of Córdoba starting between 936 and 940. After Abd ar-Rahman III proclaimed himself Caliph in 929, establishing the independent Umayyad Caliphate in the west, he decided to show his subjects and the world his power by building a palace-city 5 miles from Cordoba.

Ni masa nak beli tiket sebelum ke Medina Azzahra, it costs 6.50 euro for each person. Lady kat info point ni tak friendly sangat...

Ni pintu gerbang masuk Medina Azzahra suatu masa dulu... panjang ceritanya tentang cerdiknye org zaman tu... nanti ada masa akan diceritakan inshaAllah...

Ni masjid di perkarangan Medina Azzahra ni... masjid ni dibina di bahagian paling bawah 'putrajaya' ini... sebabnye paling dekat dengan penduduk tempatan, maka bila azan di laungkan boleh la rakyat2 seme datang solat sekali...

Ni kat dewan singgahsana.... ada cerita menarik gak, nanti ada masa akan di update dengan ceritanya, inshaAllah, buat masa ni tgk gamba dulu je k? :)

Ni gamba2 ruins yang masih tinggal setelah kejatuhan Kerajaan Islam di sini...


Setibanya kami di taman di medina azzahra ni, tetiba bau wangi...ohh rupanya2 bau bunga melur..teringat kat Tok di kampung, suka letak bunga melur kat sanggul dia :)

Gamba berlatarbelakangkan gunung disitu... medina azzahra ni di bina di kawasan berbukit

Muka dah penat sbb panas dan dahaga

Minum kejap sebelum pulang ke Cordoba city centre...

Spain 4 : Masih di Granada - Soukk


Second day : awal-awal lagi kami keluar utk cari Souk - satu jalan dimana banyak barang2 dari Morocco (Maghribi) yang di jual... and alhamdulillah we managed to find after dah lenguh kaki mencari!


Ni kedai pertama yang kami singgah.. jangan tak caya, puan linda kita borong 2 jubah di sini..hehehe


Cantek-cantek tikar yang dijual, tapinya besar sangat utk dibeli... cuci mata je la?



Yang ni ada seornag org arab yg amik upah tulis nama or jual tulisan2 khat... mintak permission nak amik gamba dia, tapi dia tak kasi....


Ni lak gerai yg tepi2 jalan tu jual gelang2... yang interestingnya, pakcik arab tu tengah baca Quran sambil menunggu customer, i wonder kat Malaysia ada ke camtu??


Bergambar dengan org yang jual beg kat kami... ustaz ada tanyakan nama dia, tapi dah lupa.. oh ye, ways of communication kami kat Souk ni ialah lughatal arabiyyah.... alhamdulillah ya Rabb!

Spain 3 : Granada Mosque


Di Albaicin - ni gambar Alhambra di ambil di sebelah sana bukit tepi Granada mosque yang meraikan tahun ke 5 di bina pada tahun ini

Sempena 5 tahun ditubuhkan masjid ni, kami langkah kanan kerana ada special program yg diadakan utk menyambut hari ulangtahun ini... Pada petang hari pertama kami di Granada, kami dipersembahkan dengan persembahan ala-ala marhaban yang mempamerkan hiburan zaman2 Alhambra satu ketika dahulu berdiri megah..


Maka kami sempat amik sedikit video sebelum bateri kamera habis... aik..tetiba ada pulak org block view...aiseyyy ;-)


Ni antara audience yang datang di petang itu untuk melihat persembahan di atas... just note, kadang2 org kat sini pakai seksi tapi bila sebut nama nabi muhammad s.a.w , kami realise yang mereka terus selawat ke atas nabi.... so, most probably mrk2 ni muslim... tak mengapa, Islam sedikit demi sedikit menapak kembali di bumi Spain ni, inshaAllah... note juga, menarik bagaimana masjid disini berdakwah nak menarik rakyat jelata utk dtg ke masjid :)

Ni pulak ada ucapan2 daripada remaja2 di Spain - ALL IN SPANISH- so kami duk le situ menatap langit yang membiru sebab tak faham sepatah pun apa adik2 tu cakap... tapi mengikut rasa hati , mrk sedang share apakah ISLAM yang difahami dan dirasai oleh mereka..
oh ye btw, perasan tak the way lady yang sedang berdiri tu pakai tudung? Majority, 80% wanita disini yang pakai tudung, pakai tudung ala2 camtu... just like Malaysia 20 years back?

Oh ye, sebelum kami menikmati alunan selawat yang merdu diatas, kami mengisi perut dengan ruzz, nasi ala morocco... habis 40 euro utk 4 org, sangat mahal!

Amik gamba ngan tuan punya kedai - tak sure dia ni org morocco ke spanish..

Habis la, first day kami di Al-Andalus...

Wednesday, 16 July 2008

Spain 2 : Granada - Alhambra


Sampai la kami di Alhambra - Yusof dan Musreen

The Alhambra (Arabic: الحمراء = Al-Ħamrā; literally "the red one"; the complete name is "Qal'at al-Hambra", which means "The red fortress") is a palace and fortress complex of the Moorish monarchs of Granada in southern Spain (known as Al-Andalus when the fortress was constructed), occupying a hilly terrace on the southeastern border of the city of Granada.

The Palacio de Generalife (Arabic: Jannat al-'Arif - Architect's Garden) was the summer palace and country estate of the Nasrid sultans of Granada.


Suasana didalam jannah al-arif :)



Antara ukiran hiasan di dinding2


Di siling- bentuk kubah berbalam2 adalah antara trademark Alhambra ini..
Bergambar di Generalife - Architect's garden

Ni pulak dalam Court of the Lions - tapi lions nye kene angkut sbb refurbished..

Antara ciri yang tak dapat dipisahkan dengan Alhambra ialah khat yang memenuhi istana tersebut : motto oleh Muhammad Ibn al-Ahmar’s dimana di ukir "Wa la ghalib illa Allah!" bermaksud"There is no conqueror but Allah"

Banyak lagi gamba2 dan kisah2 yang akan dikongsi inshaAllah...

Tuesday, 15 July 2008

Spain 1 : Granada (di hotel)


Hari pertama kami sampai di Granada... Gambar di atas diambil dari pemandangan daripada hotel kami, hotel Arabeluj... jauh saujana mata memandang..

Hotel ini ada tiga tingkat, tengok dari luar cam tak best je tetapi didalam nye sangat cantek...


Lepas tu kami pergi terus ke Alhambra - yang terkenal itu.... Linda dah beli awal2 tiket kat internet, jadi kami pergi sana dan terus print... alhamdulillah saved us from the queue...

Nantikan selanjutnye...

Monday, 2 June 2008

BELFAST


Jazakumullahu khairan kepada Akhi Khalid dan zaujah menerima kedatangan dan meraikan kami ke Belfast.

InshaAllah moga kita bertemu kembali dan jemputlah ke teratak kami yang tak seberapa ini di Sheffield.

Tuesday, 8 April 2008

Wednesday, 7 February 2007

EGypT iN MeMoRy