Salam....
Semalam ana menulis dalam satu mailist persatuan di uk ini
untuk membuka minda dan berbincang bab batal wudhu antara
mazhab syafei dan hanafi,ianya menimbulkan perdebatan
sedangkan perdebatan dilarang dlm islam,berbagai olahan
dan sendiran serta kecaman yg tak mematangkan seorang dlm
berfikir dan juga disiplin ilmu itu sendiri,Oleh itu
ana yg dhaif mengambil bersikap
berdiam diri dari menjawab persoalan tersebut hingga
mencelarukan minda orang awam,sedangkan tulisan
ana bukan mengecam pendapat mazhab tetapi menyentuh bab
perpindahaan mazhab yang dibolehkan dalam islam.
Maka dengan itu,ana menjawab persoalan yg dilontarkan
dengan akal yg waras
dan berlemah lembut dibawah ini untuk sama-sama kita
ulas dan berbincang.
jawapan ...
Kepelbagaian pendapat di antara ulama memberi
kemudahaan ,ianya merupakan kekayaan perundangan islam
yg menjadi kebanggan umah.Perbezaan pendapat adalah
dalam masalah furu" dan perkara ijtihad dan qiyas.Maka
disitu perlu kepada perbahasan secara detail memlalui
kaedah usul fiqh,ijtihad dan qias,percanggahan dan
tarjih antara dalil.
Mengabungkan dengan erti kata lain mengkaji setiap
pendapat yg paling rojih(kuat).Kajian ini dinamakan
fiqh muqarin(fiqh perbandingan).Fiqh ini wujud dan
merupakan salah subjeck di universiti al-AZhar
mesir.Ia merupakan satu jalan utk kita perolehi
pendapat yg terkuat tanpa mengira pendapat mazhab
manapun selagi mana ia menepati Al-Quran dan
As-sunah.Tembok yg terbina di sekeliling minda kita
haruslah dirobohkan utk menerima fiqh ini,Apatah lagi
ada antara kita yg masih taksub dengan mazhab.
Perselisihan satu pendapat adalah suatu hikmah yg
terkandung didalamnya rukhsah2 yg banyak,sesuai dengan
perinsip islam itu sendiri sebagai satu agama yg mudah
Buktinya dalam firman Allah s.w.t di surah al-baqarah
ayat 185 dan surah al-maidah ayat 6.....buka buku tafsir
dan taddabur makna....ambik ibrah disebalik nas..
Sebagai satu khilaf...bab perkara Quru" dalam quran
dan bab sentuh perempuan dalam khalimah[laamastum nisa']
..." (surah An-nisa': ayat 43).tentu dan semestinya
mengundang khilaf kerana masing2 mempunyai kefahaman
yg berbeza dlm memahami maksud ayat berdasarkan kepada
qarinah yg ada pada mereka.
Dalam situasi sebegini,kita seharusnya berlapang dada
dan menghormati pendapat diri mazhab lain dan tidak
mencerca,kerana nabi sendiri telah menunjukkan kepada
kita satu uswah yg baik seperrti dalam 2 orang sahabt
yg bertayamum kerana tiada air,maka setelah selesai
sholat mereka telah menjumpai air,maka salah seorang
dari mereka berwudhu dan mengulangi
sholatnya,sedangkan seorang lagi tidak mengulanginya
,lalu apabila diberitahu kepada nabi s.a.w perkara
tersebut,baginda berkata kepada sahabat yg tidak
mengulangi sholat "dan bagimu 2 pahala.
Para sahabat dan ulama yg berkhilaf
pendapat,masing-masing tidak mencerca dan mencela
antara satu sama lain.
Contohnya lagi para imam yg empat.Masing-masing tidak
menyuruh pengikut2 mereka akan berpegang teguh dng
pendapat bahkan mereka menasihati kanpengikutnyaa
membandingkan qaul mereka dengan kitab dan sunah dan
masing menghormati pendapat yg lain..
seperti yg kita katakan betapa cermat dan telitinya
imam syafei,sampai suatu ketika mengimamkan sholat
subuh bersama pengikut imam ahmad,ia tidak membaca
doa qunut kerana menghormati imam mereka.
Oleh itu kita sewajarnya mengkaji dan mendalami
masaalah dan meluaskan perbincangan melalui kitab
al-fiqh a"la al-mazahib al-arbaah,kitab al-fiqh
al-islami wa adilatuhu,kitab mazhab syafei al-fiqh
manhaji a"la al mazhab as-syafeii.
Mengenai maksud mazhab dari khalimah "Zahaba" ertinya
pergi.Dalam pergertian umum bermakna
pendapat,fatwa,cara pengambilan hukum dan
seumpamanya,Apabila sebut mazhab maliki bererti
pendapat maliki dan Apabila kita sebut mazhab syafei
bererti pendapat syafei.
Manakala mengikut al-quran dan as-sunah adalah
berdasarkan kefahaman seorang ulama yg muktabar.
Umat islam yg bermazhab syafei yg mengikut al-quran
dan as-sunah sebagaimana yg kita fahami,sudah tentu
bukan seorang maksum yakni trpelihara dari
dosa.Mungkin ada pendapat dan kefahaman,fatwa dan
huraian imam syafei kurang tepat,oleh itu sebagai umat
yg sedarakan hakikat ini ,kita sepatutnya meninggalkan
pendapat imam syafei yg kurang tepat or kurang sesuai
untuk di amalkan
Contohnya....Dalam bab bayar zakat..Imam syafei tidak
mengharuskan penggunaan wang sebaliknya menekankan
soal makanan asasi,maka kurang sesuai diamalkan kita
berpindah kepada pendapat hanafi dengan penggunaan
duit
Kenapa umat perlu bermazhab ...secara loqiknya ia
diibaratkan sebagai menghormati kepakaran
seseorang,sudah tentu tidak ada seorang manusia pun yg
mampu menguasai ilmu pengetahuan,Malah umat islam
meletakkan al-quran dan as-sunah sebagai sumber
tertinggi bukan mazhab,sebagai kita maklumi mazhab
adalah tafsira terhadap kedua-duanuya.
contoh...jika sakit...jumpa doktor...lalu bagi apa
sahaja ubat yg diberikan oleh doktor,biasanya kita akn
terima dan mengambilnya ,apakah kita perlu
mempersoalkannya...begitulah mazhab..
Namun satu penyakit bagi kita masalah dlm mazhab iaitu
fanatik dan taksub...ini akan menyebabkan masalah dan
musibah,malah kemungkinan melahirkan perpecahaan
umat,sekadar bermazhab tanpa fanatik merupakan satu
rahmat kepada umat islam...
Oleh itu perbezaan ini akan terhapus jika kita kembali
kepada roh islam itu sendiri,Apa salahnya jika kita
bertakliq(mengikut mazhab yg lain selain berpegang
teguh kepada Al-quran dan sunah.Kesedaran perlu dan
mazhab adalah sebagai syarat memudahkan kita
beramal.Jauhkan perdebatan yg tak membawa kebaikan dan
islam melarangnya....
Wallahualam
wassalam
Saturday, 8 December 2007
KhilaF aDaLah Satu Rahmat BaGi UmaT
Posted by
ana muslim
at
12:38
0
comments
Labels: tazkirah
Perdebatan oh Perdebatan
Soalan dari seorang hamba allah?
Assalamualaikum,
Terasa rajin sikit untuk mencelah. Sesiapa yang
selalu mengikut pendapat dari laman web di Al-Ahkam
ni, pelik sikit amalannya. Sentuh isteri tanpa nafsu shahwat
tak batal. Saya pernah tak ikut seorang jadi
imam gara-gara dia beramal dengan ini. Nampak dia
pass anak kepada isterinya, sambil pegang tangan
isterinya dan terus jadi imam. Kan kacau tu.
Jawapan ana dlm bab ni
salam...
Untuk mengetahui satu permasalahaan perlu mengetahui
dalil dan sebab musababnya dalam beramal...Dalam islam
ke empat-empat mazhab di terima pakai dalam islam,tak
kiranya mazhab mana pun,bukan mengikut secara takliq
buta.Malah islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
Dalam bab menyentuh isteri tanpa syahwat adalah tak
batal wudhu mengikut mazhab hanafi.Secara
contoh...Dalam bab haji ketika tawaf di depan
mekah....kita guna mazhab hanafi,tk batal wudhu
bersentuah lelaki dan perempuan,klu mazhab
syafei...setiap bersentuhan akan membatalkan
wudhu...
suatu ketika imam syafei pernah berkata.... sekiranya
kamu dapati ada pendapat lain yang lebih bagus dari
pendapatku,, maka abaikanlah pendapatku.
Berkata Imam as-Syafie: Setiap apa yang telah aku
katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam bertentangan dengan perkataanku
sekalipun (perkataanku itu dianggap) betul, maka
hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mesti
diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid dengan
qaulku (kata-kataku) ".
Perkara khilaf adalah satu rahmat bagi orang
islam,kalau tidak,sudah tentu umat islam tak akan
menyelidik dan mencari sesuatu untuk menyelesaikan
permasalahaan, ini pernah ditekankan oleh saidina umar.
Wallahu"alam
Posted by
ana muslim
at
12:25
0
comments
Wednesday, 10 October 2007
MenGGunaKan SaraNa YanG MenYenangKan Hati
Assalamualaikum......
Mungkin akhir ramadhan ini,semua orang sibuk dalam persediaan menyambut raya...tak kira peringkat umo..orang tua,orang muda dan kanak-kanak,Malah ada yang mengira jari menghitung masa...bila kapannya raya??/Heeehee ada yang membuat telahaan jumaat ini dan juga sabtu...macam-macam gaya dan ragam..senonimnya...sungguh mencuit hati..kata A....alamak kalau raya jatuh hari jumaat...macam yerk??Aku belum berbelanja untuk barang dapur....abislah....tak ada yang nak di masak?/
Bila kita berfikir semua ini..Kita dapat rumusan formula bahawa dalam dakwah juga ada cara,teknik and skillnya..Masing-masing ada kemampuan tak kira Brother dan sister...orang tua dan orang muda....bergerak dan bersatu hati mengembleng tenaga menyiup ruh dakwah...Tetapi kita harus ingat bahawa jalan dakwah ini berliku dan panjang...
Kata syaikh abbas Hassan As-Siisi Dalam kitabnya..Ath-Thariq ila Al-quluub mengatakan bahawa Syaikh Hassan al-Banna pernah berkata..Ketika ikhwah menanam biji-bijian diatas tanah,pasti mereka menutupinya dengan tanah,sehingga biji itu dapat tumbuh dan bertambah besar.Tak berpa lama,maka batangnya mulai muncul ke permukaan tanah.
Ini adalah sunatullah dalam pencitpaan_nya,begitu juga jalan dakwah,Namun ada sebahagian kita terburu-buru dalam memetik buah dan menuai hasilnya.Padahal sesungguhnya itu tidak dapat dilakukan dalam tempoh sehari semalam.Oleh itu seorang Daie harus bijak menggunakan minda dalam mengapai madhu.....ada yang pergi dan ada yang datang...jangan sekali-sekali terukir diwajah rasa kesedihan berbau masam alias kebencian,malah santaplah mereka dengan sebuah senyuman dan doa agar Allah bukakan hati untuk kembali bersama-sama.
Sesungguhnya jalan menembusi hati dakwah tidak bergantung pada ceramah,khutbah atau pengajian saja,Tetapi dapat menggunakan cara-cara yang menyenangkan hati,namun tidak menyimpang dari ketentuan Syar"i
Sebagai contoh,Nasyid islami yang dapat membangkitkan semangat harakah islamiah "HAMAS" di Palestina.Nyanyian tersebut hanyalah salah satu cara yang dapat menarik hati dan menyentuh perasaan..
Wassalam
Posted by
ana muslim
at
06:05
0
comments
Labels: Dakwah
Ku Pohon Jua KeampuNaN_Mu
Assalamualaikum. .....
Melalui akhir Ramadhan ini,Marilah kita bersama-sama
bermuhasabah dan merenung serta menginsafi diri atas
dosa-dosa yang lalu.
Nabi bersabda..." Faya "ajaban liman adraka ramada na
fala yughfarullah. ."
Maksudnya..Alangkah hairanya(ajaibnya) bagi orang yang
telah samapai umurnya kepada menjelang
ramadhan,apabila habis Ramadhan hairan kalau dia tidak
mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua
dosa-dosanya. ."
Justeru itu,Tidak ada insan yang tidak berdosa
melainkan nabi yang maksom,Namun Nabi tetap berdoa dan
mengerjakan ibadah hinggakan bengkak kedua kakinya.
Malah kita lihat dizaman ini banyak perkara yang
terpaksa kita renangi dan kita tempuhi ,Akibatnya kita
terpaksa menerima kemurkaan Allah s.w.t kepada
hambanya.
Disana sini bala bencana mencengkam,Musibah
demi musibah yang tak terfikir oleh otak kita
bagaimana kanak-kanak dirogol dan dibunuh.Semua ini
menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah s.w.t.Allah
s.w.t tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa
manusia.
Kerana itu dalam ramadhan ini,memang boleh
menghairankan orang yang sempat hidup sampai
ramadhan,apabila habis,dosanya tidak terampun.
Malah sahabat-sahabat berlumba-lumba beramal dan akan
menangis bila berlalunya Ramadhan.... Adakah kita
seperti mereka ...bagaimana janji-janji dan amal kita
yang kita ikrarkan setiap hari bila membaca doa
iftitah dalam sholat sehari semalam....hidupku, matiku
dan sebagainya.. semua adalah kerana
Allah.......
Berfikirlah dan renungi lah agar hari in,kita memulakan langkah
dengan menunaikan perintah Allah yakni sholat lima hari
sehari semalam...Bagi yang baru mula berjinak-jinak
dengan sholat...ayuh teruskan...Dan berdoalah pada
malam lailatul qadr ini seperti doa yang nabi seru
kepada isterinya aisyah ...
..."Allahumma innaka "afuun un karimun tuhibul "af wa
fa" fu annni"....
Maksudnya... ..Ya Allah kamulah tuhan yang sangat suka
mengampun,ampunkanl ah dosa-dosa saya.."
Wassalam
Posted by
ana muslim
at
05:58
0
comments
Thursday, 13 September 2007
SeLaMaT RaMaDHaN KaReeM
Assalamualaikum....
Ana mengucapkan selamat menyambut Ramadhan
kareem dan selamat berpuasa serta mengajak
bersama-sama bermuhasabah diri bak mendidik iman.
Dalam setahun yang terdapat 12 bulan hanya ada satu
bulan Ramadhan ,bulan yang berkah,bulan maghfirah dan
bulan pentarbiyaan serta bulan uzlah.Justeru itu,Ayuh
dan bangun lah mengorak langkah ,siapkan mental dan
spiritual khususnya dari segi semangat dan ketahanan.
Ada sesetengah orang bersiap sedia dari segi mental
tetapi tidak mempunyai Nawaitu(niat).Manakala
sesetengahnya sempurna dari segi niat tetapi tidak
pula mempunyai semangat( kurang dari segi penghayatan
atau pentarbiyahaan Ramadhan).Sabda Nabi S.A.W "Betapa
banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat
sesuatu dari puasa itu selain lapar dan dahaga.."
Maka marilah kita sama-sama menjadikan bulan ramadahan
ini sebagai bulan uzlah.
Maka sebaik-baiknya kita melakukan amalan seperti
solat wajib sehari semalam lima waktu disamping
mencambahkan lagi dengan kemurniaan pahala sholat
sunat...,Menghidupkan sepertiga malam dengan
gemerlapan qiyamulail,berzikir(mengelola hati n
mendidik iman,bertaddarus al-quran,memperbanykkan
sedeqah dan doa serta menghindari dosa-dosa kecil.
Bagi yang dah berkeluarga dan khasnya yang ada
anak,jika tidak dapat ke surau,kita memasjidkan rumah
kita atau mengimarahkannya dengan gema ilahi(bacaan
al-quran)bahkan gemersik suara itu bagaikan
suara-suara lebah yang berkumandang)kalau boleh cuba
dan mencuba menghabiskan 30 juz dan
mengkhatamkannya bersama-sama,sholat sunat bersama
semua anggota keluarga dan menjadikan rumah kita bak
syurga...baiti jannati....Insyallah
Wassalam.
Posted by
ana muslim
at
04:27
1 comments
Wednesday, 23 May 2007
petunjuk Rasulullah S.A.W
DuA JaLaN........
Allah s.w.t telah menunjukkan dua jalan untuk diilalui seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Balad ayat 10 dan juga petunjuk daripada Rasulullah s.a.w dalam peta minda dibawa....untuk kita sama-sama hayati dan renungi.Oleh itu menjadi satu keperluan untuk kita dok bersama disuasana tarbiyah sambil membaca dan nasihat-menasihat dalam menambahkan iman.
Firman Allah SWT:"Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalankebajikan dan jalan kajahatan).
Imam ahmad dalam musnadnya meriwayatkan dari jabir ra,berkata"kami pernah duduk dirumah Rasulullah s.a.w.Maka ia telah membuat garis di atas tangan dengannya begini dan bersabda....."Ini Jalan Allah..."Dan ia membuat dua garis disebelah kanan garis tadi, Dua buah garis lagi disebelah kirinya dan bersabda "..Garis-garis ini adalah garis-garis syaitan.kemudian ia meletakkan tangannya pada garis yg berada ditengah dan membaca ayat.."..Dan bahawa(yg kami perintahkan) ini adalah jalanku yg luru,Maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan(jln lain) kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanya yg demikian itu dipperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa....(surah al-an am 153)

Posted by
ana muslim
at
03:26
1 comments
Wednesday, 2 May 2007
ReHLaH Ke Sinai- ParT 3
Sejurus selepas itu kami kembali semula ke kubu salahuddin Al-Ayubi..Alhamdulillah...ia telah dibuka tepat waktu 9 pagi utk orang ramai.Untuk pergi ke kubu tersebut mesti menaiki bot ataupun sampan.sebab ia berada di kawasan perairan.sambil2 kami menunggu bot...jelas kelihatan bot2 besar dan mewah yg dinaiki pelancong2 asing...bahkan pakaian2 mereka boleh dikelasifikasikan sebagai...mcm dah takder benang katbumi ni nak dibuat kain...tanpa rase malu atau segan..
Tiba- tiba aku terfikir... Ya Allah hebatnya muslimah..kagumnya ku dgn muslimah2 yg beriman..pakaian mereka sgt2 menepati etika berpakaianmu Ya Allah..mereka tak redha lelaki2 melihat aurat mereka walau sehelai rambut meraka..melainkan utk suami2 mereka...alangkah indahnya ugama mu Ya-Allah...Ketika kami sampai ke kubu tersebut kami telah disapa oleh seorang arab mesir..dan beliau telah memberi penerangan berkenaan kisah kubu salahuddin...
Apa yangmembuatkan ku terpegun adalah cara penyampaian arab tersebut..sangat- sangat bersemangat menceritakan kisah kubu tersebut termasuklah ketika peperangan diantara negara haram israel dan MESIR, ....2 tahun lepas, ana sempat menziarahi kaum muslimin diArisy,yang mana terletak kira- kira 30 km ke semenanjung Gaza, PALESTIN. Ketika ana berada di sana terlalu banyak pengalaman yang berharga yg dapat dikutip.Ana telah melihat sendiri bagaimana angkuhnya yahudi laknatullah membina tembok2 untuk memisahkan rakyat PALESTIN dgn tanah air mereka, memisahkan ayah dgn anak- anak mereka, memisahkan guru2 dgn anak2 murid mereka dan yang paling tinggi nilainya adalah memisahkan mereka dgn MASJIDIL AQSA yang Barakah..
Ketika ana baru selesai menunaikan solat isyak, ana mendekati seorang arab yang nampak seolah2 berminat utk bersembang, ya,,,kami bersembang.tetapi perbualan kami sangat menarik, rupa- rupanya pakcik yg usianya dalam lingkungan 60 an ni adalah salah seorang mangsa kebiadaban yahudi,,,pakcik ni adalah rakyat sejatiPALESTIN yg telah diusir oleh si laknatullah...dgn jelas pakcik nie menunjukkan lebih dari 20 bekas tembakan di tubuh badannya...tetapi takdir Allah masih memerlukan usahanya lagi utk membebaskan Al- Aqsa tercinta....di sini ana calitkan sedikit rentetan nilai2 sejarah berkenaan peperangan ini....
Pada tanggal 6 Oktober 1973, pada hari Yom Kippur,hari raya Yahudi yang paling besar, ketika orang-orangIsrael sedang khusyuk merayakannya, yang jugabertepatan dengan bulan Ramadhan bagi ummat Islam sehingga dinamakan "Perang Ramadhan 1973", Syria danMesir menyerbu Israel secara tiba-tiba. Jumlah tentera sungguh besar. Di dataran tinggi Golan, garis pertahanan Israel yang hanya berjumlah 180 tank harus berhadapan dengan 1400 tank Syria. Sedangkan diterusan Suez, kurang dari 500 prajurit Israel berhadapan dengan 80.000 prajurit Mesir.Mesir mengambil pelajaran pada Perang Enam Hari pada tahun 1967 tentang lemahnya pertahanan udara sehingga saat itu 3/4 kekuatan udara mesir hancur total sementara Syria masih dapat memberikan perlawanan.Kesedaran bahawa armada pesawat tempur Mesir masih banyak menggunakan teknologi lama dibandingkan Israel,Mesir akhirnya menerapkan strategi payung udara dengan menggunakan rudal dan meriam anti serangan udara bergerak yang jarak tembaknya dipadukan. Justeru strategi ini ampuh karena angkatan udara Israelakhirnya kekalahan bahkan banyak yang menjadi korban karena berusaha menembus "jaring-jaring" pertahanan udara itu.
Pada permulaan perang, Israel terpaksa menarik undur pasukannya. Tetapi setelah kehadiran tentara cadangan,mereka mampu memukul tentera sampai jauh di Mesir dan Syria. Israel berhasil "menjinakkan" payung udaraMesir yang ternyata lambat dalam mengiringi gerak maju pasukkannya, dengan langsung mengisi ruang (gap)antara payung udara dengan pasukan yang sudah berada lebih jauh di depan. Akibatnya beberapa tentera Mesir terjebak bahkan kehabisan perbekalan. Sementara difront timur, Israel berhasil menahan serangan lapis baja Syria.Melihat situasi berbahaya bagi Mesir, Uni Soviet tidak tinggal diam, melihat tindakan Uni Soviet, Amerika segera mempersiapkan kekuatannya. Dunia kembali diancam perang besar pasca perang Dunia II. Kemudian,Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi mengumumkan pembatasan produksi minyak. Krisis energi muncul dan negara negara Industri kebingungan lantaran harga minyak dunia melambung tinggi.
Dua minggu setelah perang dimulai, Dewan Keamanan PBB mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan resolusi 339 serta gencatan senjata dan dengan ini mencegah kekalahan total Mesir.Secara total 2688 tentara Israel tewas dan kurang lebih 7000 orang cedera, 314 tentara Israel dijadikan tawanan perang dan puluhan tentara Israel hilang (17 di antaranya bahkan sampai tahun 2003 belum ditemukan). Tentara Israel kehilangan 102 pesawat tempur dan kurang lebih 800 tank.
Di sisi Mesir danSyria 35.000 tentara tewas dan lebih dari 15.000cedera. 8300 tentara ditawan.Angkatan Udara Mesir kehilangan 235 pesawat tempur danSyria 135. Kendati militer Israel berhasil memukul kembali tentara Mesir dan Syria, perang ini dianggap sebuah kekalahan militer Israel....
wallahu'alam...
Nukilan....
Tanta....
Posted by
ana muslim
at
02:56
0
comments
Labels: Artikel jemputan