Friday, 15 February 2008

Valentine DaY


Semalam ketika Aku balik dari kerja.Satu kelainan Ku lihat dipagi hari,Hari yang cerah seakan-akan mendung berarak lalu,Lantas Kesana-sini terukir senyuman dan keceriaan dihati remaja-remaja orang putih dengan setiap kuntum bunga dan ada juga yang membeli kad,menempah cenderahati dan membuat tempahan hotel dan restauran untuk makan malam bagi meraikkan pasangan masing-masing.

Senario ini menarik perhatianku..Apakah geranganNya peristiwa hari ini...Rupa-rupanya Hari ini 14 Feb merupakkan detik perayaan menyambut valentine day iaitu hari kekasih.Malah perayaan ini sudah menjadi satu budaya bagi membudayai corak hidup masyarakat mereka.Namun hari ini virus-virus valentine ini juga membiak dan menyebarkan arus perdanaNya ke atas remaja islam hari ini.Mereka menerima dan mengikut apa sahaja tari dan rentak budaya dari barat tanpa banyak soal....Tanpa terlintas dibenak minda mereka untuk berfikir....Apakah perayaan itu mempunyai hubungan kait dengan sejarah,tradisi dan ajaran islam??

Bila Aku kaji dan buat penelitian terhadap semakan asal-usul valentine day ini.Maka terpantul 3 pendapat mengenainya:-

1.Bermula semasa pemerintahaan Empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 feb sebagai cuti bagi orang juno ratu kepada Dewa-dewa dan Dewi-dewi Rom

2.Merupakkan hari memperingati kematian St Valentine dan menjadikannya acara keagamaan.

3.Di ambil dari seseorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahaan Ratu Issabella dari sepanyol iaitu iaitu paderi No 2 selepas POPe.Ianya berkisar satu percintaan.


Bila kita baca dan tahu asal-usulnya ianya bukan dari agama.Maka jauhilah dari mendekati virus-virus ini untuk terus bersarang dibenak dan ruang lingkup kehidupan kita dan sampaikan lah penjelasan ini kepada sahabat-sahabat handai, rakan taulan dan keluarga tersayang agar kita tidak termasuk dalam perangkap tipu muslihat dan wacana mereka untuk merosakkan realti hidup masyarakt muda-mudi islam.Malah islam itu sendiri menekankan dan menyarankan kepada diri kita sebagai umatnya agar mempunyai satu identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain,kerana ianya bersangkut paut dengan penghayatan akidah ,perlaksanaan ibadah,muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat islam ini berbeda dan tak menyerupai dengan umat lain,Dalam erti kata tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama dengan peribadatan agama lain.

Wallahualam.

Saturday, 9 February 2008

PeLoPori MaSa



Setiap weekend Aku tak keje.Hanya duduk bersantai dirumah sambil mentelaah buku-buku Agama yang ada,Lalu ku buka dan ku amati setiap baris dan kata yang tersurat agar dapat memberi kepuasan hati yang tersirat.kalau tidak hati ini akan kaku dan ketandusan tanpa sebarang wacana.Detik-detik masaku akan berlalu dan terabai dan sia-sia.Tanpa menunggu sesiapapun mahupun diri kita

Maka Dengan itu Allah bersumpah dalam Al-quran dengan Firman Nya "wal Ashr" Demi masa"Ini merupakan isyarat akan pentingNya waktu,sehingga tidaklah mengherankan jika banyak puluhan kata mutiara yang selalu mengisahkan waktu, mulai dari negara Arab "Al-Waktu kassaifi in lam taqthata" Qatha " Hingga ke negeri Barat "The time is money"Begitulah pepatah yang sering kita jumpai dan dengari.Memang kita tak bisa memungkiri akan pentingnya waktu,Namun kita sering melukai erti dan harga Waktu yakni masa. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdaNya "Sebaik-baik Manusia adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya.Kerana itu beliau berdoa Seperti berikut:-

 “Ya Allah, jadikanlah amalku yang terbaik adalah (yang kulakukan) pada akhir usiaku, dan
jadikanlah hariku yang terindah adalah hari aku menemui-Mu kelak
Kita selaku manusia yang mengaku dirinya hamba Allah s.w.t yang terakhir ke dunia ,Tak ada sesuatu pun yang kita bawa kecuali waktu yg dipenuhi amal soleh.Apatah lagi waktu dalam ruang lingkup besar merupakan masa yang kita jalani sehari-hari.Hari -hari yang terus bergilir sepanjang dua puluh empat jam(24),Dimana satu jam terdiri 60 minit dan seminit 60 detik,sangatlah berharga dan bernilai .Seminit memang tidak lama ,hanya sekejap sahaja,tapi ia mengandungi erti,berkah dan hikmah yang luar biasa bila kita mampu mempergunakaNya seoptimal mungkin.Rasulullah s.a.w juga bila saat-saat menghadapi sakaratul maut masih lagi ingat kepada keadaan umatnya yakni diri kita..Adakah kita masih lagi dalam ketaatan kepada allah atau sibuk oleh ketarikan dunia?

Dalam seminit kita dapat melafazkan zikir subhanallah atau Astagfirullah atau berselawat kepada nabi puluhan kali,membaca beberapa ayat al-quran ataupun kita yang berkelana di bumi UK ini,bumi yang asing dan jauh dari negara tercinta,jauh dari family tersayang dan sahabat handai atau sibuk dengan study dan keje tetapi dalam seminggu ada 7 hari.Maka gunakanlah masa satu dari tujuh hari walaupun 2 jam cuma,untuk mengikuti perjumpaan majlis-majlis ilmu seperti dalam bahasa arabnya liqa dan Usrah yang terkandung didalamnya momentun pesanan Al-quran dan hadis sebagai penyuluh kepada hati dan iman kita.Peristiwa ini berlaku dalam lembaran sejarah islam ketika mana Rasulullah s.a.w mempergunakan bait Arqam abi Arqam untuk mentarbiyah golongan sahabat dan menyampai dan memberitahu pesanan wahyu Allah ilahi.

Sahabatku yag ku kasihi...

Betapa cepatnya waktu,bahkan betapa cepatnya berlalu,minggu,bulan dan tahun kehidupan,bahkan lebih tepat berkurangnya usia kita.kita didunia khasNya di Uk hanya bagaikan musafir yang beristiharat sejenak.Apakah di bawah pohon yang rendang atau dibawah teriknya matahari atau curahaan hujan.Namun yang pasti ,perjalanan beredar detik demi detik berganti sampai akhirnya suka atau tak suka ,detik kita didunia ini berakhir kecuali waktu itu kita dapat mempergunakanNya sebaik mungkin untuk beribadah kepada Allah....Berpa banyak berkah dan balasan dari Allah yang maha kuasa??.

Oleh itu janganlah kita mensia-siakan dan membiar ianya pergi tanpa Iman,Amal soleh,Nasihat- menasihati dengan haq serta menziarahi sahabat handai, ziarah-menziarahi dan memperkukuhkan ikatan sillahturahim sesama keluarga dan sanak saudara.Sayyidina Ali berkata "Rezeki yang luput dari kita hari ini,masih dapat kita harafkan perolehanNya esok,tetapi waktu yang berlalu saat ini,jangan haraf dia kembali lagi."
Wallahualam

Wednesday, 6 February 2008

UnTaiaN doA



Pada 10/feb/2008 bersamaan ahad ini Adik ana akan melangsungkan perkhawinan.Mudah-mudahaan Allah memberi keberkatan dan melimpahkan juga keberkahan..Ameen.....

""Baarakallahu lak, wa baarakaa 'alaik, wa jama'a
bainakumaa fii khoir"


Bila sebut perkhawinan,sinonimnya persoalan dan komentar ini amat menarik minat setiap golongan untuk membicarakanNya,tetapi kekadang kita terlupa atau terlepas pandang,Ada lagi tunggak sebuah pengharapan dan hiasan kebahagiaan sebuah rumahtangga,dalam mencetus dan melahirkan generasi demi generasi berkurun lamanya..yakni persoalan doa.

Doa ini walaupun pendek dan ringkas tapi mempunyai makna yang besar kepada dua mempelai..kepada adik-beradik ,saudara mara dan sahabat handai kita yang melangsungkan sebuah perkhawinan.Ianya lebih berharga dan berkilauan daripada sebuah ang pau or hadiah yang kita hulurkan.Namun dunia hari mahupun diri kita , seakan-akan melupai doa yang Rasulullah s.a.w ajarkan kepada setiap umatnya.Ataupun kerana sikap acuh tak acuh kita,sengaja ataupun tidak dan ataupun kerana kejahilan kita sendiri.Maka terpantul lah sebuah pantulan lawak-lawak doa kaum Jahiliyyah dengan sebuah ungkapan dan kata-kata ketika bertemu dua mempelai..."Semoga murah rezeki dan banyak anak.."Dalam bahasa arabnya .....Birafa wal banin.....Kata-kata ini dilarang oleh islam.


Dari Al-Hassan,bahawa Aqil bin abi Thalib menikah dengan seorang wanita dari jasyam,Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahilliyah..:birafa wal banin..".Aqil abi thalib melarang mereka seraya berkata ,jangan kalian ucapkan demikian kerana rasulullah sa.w melarang ucapan demikian"Para tetamu bertanya lalu apa yg harus kami ucapkan wahai abu zaid,Aqil menjelaskan ,,Ucapkanlah .."Barakallahu lakum wa baraka alaikum,,,,,{Mudah-mudahaan Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahakn kalian keberkahaan..."


Semoga kita dapat memberi suatu manafaat kepada dua mempelai dengan sebuah doa yang sahih dari rasulullah s.a.w berdasarkan riwayat hadis dari abu hurairah bahwasaNya Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai beliau mengucapkan Doa seperti berikut..
 "Baarakallahu laka wabaraka 'alaika wa jama'a bainakuma fii khoir"
(Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan,Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan
mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan). [Hadits Shahih Riwayat Ahmad

wallahualam..

Thursday, 10 January 2008

MeLamBai ImPiaN HijraH

Tahun 1428 akan segera meninggalkan kita,tanpa menoleh dan tanpa berundur walau sejengkal mana pun.Bak kata orang "Sekilas mata memandang,sekali itu ia berubah"Perubahaan dalam ertikata pengislahaan dan tajdid dalam diri,untuk memperbaharui iman dan akhlak bersama langkahaan hijrah baru.

Ulama terkenal muhammad rashid dalam tafsirnya Al-Manar telah menyebut 3 konsep berlakunya hijrah,2 bersifat individual dan yg satu lagi bersifat sosial politik.

Pertama :Kerana tidak ada kebebasan dalam melaksanakan ajaran agama.

Kedua :Kerana tidak ada pengajaran agama ditempat lain yg tidak terdapat ulama.

Ketiga :Kerana adanya tekanan politik dari penguasa yg zalim.


Kholasah dan Ibroh (hakikat hijrah)

Hijrah merupakan satu usaha perubahaan keadaan hidup,baik yg bersifat mental mahupun moral.

Hijrah Nabi s.a.w dan para sahabat bukannya kerana takut kezaliman kafir quraisy makkah pada masa itu tetapi merupakan perintah dan arahan Allah s.w.t disamping satu strategi besar yg dilakukan oleh seorang pemimpin utk membangun kekuatan baru bagi kebangkitan islam serta membangun masyarakat dan memupuk persaudaraan islam(ukhwah islamiyyah)


Wahai sahabat-sahabatku sekalian dimana jua berada,mahupun dimalaysia,mesir dan uk....Jadikanlah penghijrahaan Nabi s.a.w sebagai motivasi untuk memperkemaskan diri dan melakukan perubahaan untuk menjadi peribadi muslim yg lebih baik.Insyallah

Wallahualam.

P/s Untuk para sahabat2ku yg bergelar daie....Jika kita
menghadapi sesuatu halangan dalam beragama atau berdakwah, jangan
bersikap berputus asa atau mengalah, mahu pun asyik menyalahkan pihak lain.
Sebaliknya hendaklah aktif memikir jalan keluar yang membolehkan kita
tetap berpegang kepada agama yang dicintai ini dan terus melaksanakan
dakwah.

Monday, 31 December 2007

MeMori seMalaM


Semalam Aku membelek-belek kitab karangan Syeikh Mustafa Masyur,helaian demi helaian,page demi page mencari sesuatu yg amat bernilai seperti kilauan mutiara.Bila dipancar, hati nan tenteram, jiwa penuh kesenyuman merawat luka-luka hati yg berbolak balik.

Aku tahu,aku juga seperti kalian,memerlukan santapan dan hidangan untuk mengubat perut-perut yang kelaparan dan kehausan seteguk iman,Kadangkala ia pasang dan adakalanya ia surut,bersama deruan ombak,badai dan desiran angin yg melambai-lambai.Menyapa dan mencuit diriku,Ya Allah hanya kekuatan dan naungan mu jua yg bisa melempiaskannya jauh-jauh.

Tetiba Lamunan ku terhenti disatu noktah yg tertulis ungkapan kata "..Dakwah ke jalan Allah adalah suatu kemuliaan dan ibadah.." Seiras dan selari dengan firman Allah s.w.t " Siapakah yg lebih baik perkataanya daripada orang yg menyeru kepada allah,mengerjakan amalan yg soleh dan berkata,.."sesungguhnya aku termasuk orang-orang yg menyerah diri.."(fushilat :33)

Kata-kata yg amat ringkas tapi penuh dengan makna dan ibroh,malah ianya menjadi satu kekuatan kepada daie dan menjadi laungan kepada pergerak adik-adik di uk,menjadi azimat dan azam untuk terus menongkah arus dakwah.

Komentar demi komentar diluahkan oleh penulis tersebut sebagai bisikan dan peransang untuk berhikmah dalam berdakwah,Malah di QiaskanNya dengan perlaksanaan ibada,bila sebut ibadah,disitu ada fiqhnya.Begitu juga dalam uslub dakwah mesti ada usul fiqhnya yakni kaedah-kaedah yg perlu di laksanakan dan diikuti oleh para daie bagi menghasilkan natijah yg betul seperti yg dikhendaki oleh Allah s.w.t........

Wallahualam

Sunday, 30 December 2007

SeLingKar HidaYah




Ketika aku bersama adik-adik baru di PMS...SuasanaNya berlainan dari tahun-tahun lepas,dari segi tempat dan jumlah penyertaanNya,Alhamdulillah tahun ini ku lihat wajah-wajah yang inginkan perubahaan untuk memperbaharui diri,tekad dan azam dalam meniti arus-arus kehidupan,bukan hanya sekadar di PMs sahaja tetapi yang penting hasilnya hingga ke teratak idaman masing-masing,menyulami dan memperkasakan ilmu yang ada untuk dikongsi dengan teman-teman dan sahabat handai yang tak hadir sama...

Biarpun aku dapat berlari dan bersenda gurau bersama,pemikiran dan renunganku tak lari dari memikirkan permasalahaan dakwah...subhanallah...Ku tahu jalan dakwah itu penuh onak dan duri,taufan,ribut dan gelombang dan bermacam-macam lagi untuk membina dan meraih tangan-tangan manusia yg berhajat ke jalan Allah.

Sinonimnya Gaya dan tari manusia itu berbagai-bagai sejak zaman-berzaman,Begitu juga didaerah baruku...kalau dulu hanya satu tiga kerat-kerat ikhwah yang ada,namun sejak akhir-akhir ini ianya bertambah disampingi adik-adik baru...Alhamdulillah...

Ku berharaf Adik-adik di PMS dan didaerah baru ku agar hidayah dan cahaya sentiasa menemani mereka,tanpa tali dan cahaya allah ,maka manusia itu alias adik-adik baru akan sentiasa dalam dunia kesamaran dan mengejar bayang-bayang hidup yang tak terarah,Malah teori-teori jahiliyyah akan terus menodai dan meniduri mereka.Ini terbukti dalam singkapan memori islam bagaimana pergorbanan Rasulullah s.a.w menyeru kaumnya supaya meninggalkan acuan budaya jahiliyyah yang melekat dijiwa,yang sekian lama di tinggalkan oleh nabi-nabi sebelumnya.

Wahai adik-adiku bangun lah dari tidur lena...kita berada diakhir zaman .Rebut lah hidayah Allah.....Ya Allah hidayahmu... HIDAYAH.....Betapa mahalnya kalau dibicarakan dalam renca-renca kehidupan manusia,tanpa ada rencana dan proses,Ianya tidak diberikan kepada kita berdasarkan kedudukan,keluarga,pangkat dan harta.Melainkan ia diberikan kepada orang yang dikhendakinya dan berhak untuk menerimanya,Malah hidayah itu dikerahkan bagi orang-orang yang memang mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya.

((Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita))


Wallahualam.

Saturday, 8 December 2007

Kata-Kata Ulama tentang bab mazhab

Dr. Qaradhawi: "Apa yg diwajibkan ialah mengikut Al-Quran
& As-Sunah. Adapun mazhab2 ini, ia lahir selepas agama telah
sempurna & wahyu telah terputus... Para ulama secara
keseluruhannya telah mentarjihkan bahawa orang awam
tiada mazhab baginya. Mazhabnya ialah mazhab ulama yg
memfatwakan untuknya... Dia (orang awam) boleh
bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yg dia
mahu. Wajib ditulis untuk mereka (orang awam) buku2
fekah yg memudahkan tanpa terikat dgn mazhab
tertentu."

Keluar Mazhab Bukan Bererti Menghina Mazhab
- dakwaan seperti ini adalah lambang ketaksuban yg
dibenci syarak
- tokoh2 mazhab sendiri membebaskan diri dalam
sebahagian masalah dgn mengambil pendapat di luar
mazhab sama sekali
- namun, ini tidak bermaksud boleh mencerca mazhab2
atau para imam, kerana tiada seorang pun dari mereka
yang sengaja menyanggahi Rasulullah SAW, dan ini juga
tidak bermaksud kita tidak perlu lagi fekah & mazhab2
itu
- mentarjih pendapat berdasarkan maqasid al-Syarak &
kemaslahatan manusia lebih melapangkan & memudahkan
- bebas mazhab bukanlah suatu kesalahan selagi tidak
bermaksud menjadikan agama sebagai mainan