Thursday, 8 January 2009

UMRAH BERSAMA MSM



Klik pada poster untuk melihat dengan lebih jelas...

Ada komen/ soalan>?

Sunday, 4 January 2009

Palestine We are With You


Laungan jeritan " FREE FREE PALESTINE" dan "STOP the GAZA MASSACRE" menggegar kan perkarangan Sheffield town Hall pada 3 January 2009... beratus-ratus manusia berkumpul untuk menyatakan kebencian mereka kepada Israel Rejim Zionis itu dan menyatakan sokongan mereka kepada penduduk palestin..



Disini dapat dilihat antara party2 yg datang ialah the socialist party and even communist party...dan sudah tentunya umat islam Sheffield..kami tiba sedang elok kata-kata semangat dimulakan...


Kami tak sempat buat sepanduk, jadi pinjam sepanduk mereka yg datang je lah... diatas Ustaz Yusof dengan salah satu sepanduk...


Tidak ketinggalan juga Musreen, anak usrah Ustaz Yusof pun bersama bergambar menunjukkan keprihatinan terhadap apa yang berlaku di Gaza..

Lepas tu kami pun march beramai2...berjalan membuat satu pusingan sambil melaungkan slogan2 anti israel dan pembebasan palestin... Yang pastinya yg paling kuat melaungkan slogan adalah orang2 putih...moga Allah bagi hidayah untuk mereka memeluk Islam, ameen

Antara yg menarik ialah seorang mat salleh tidak membawa sepanduk biasa tetapi mengangkat sepatu...mula2 terfikir kenapa pulak, oh baru teringat kes seorang journalist al jazeera yg melemparkan sepatunya kepada George Bush...ahh bijak sekali idea mat salleh ini....




Demonstrasi ini akan diadakan setiap hari sabtu pada pukul 12 tengahari di depan town Hall Sheffield sehinggalah Israel keluar daripada Gaza. ALLAHUAKBAR!! Marilah kita semua sama-sama menunjukkan keprihatinan kita terhadap saudara-saudara seislam, seaqidah kita di Palestin, dan menyertai demonstrasi ini. Jika ada sarana2 yg dapat dibuat untuk palestin maka buatlah dan bantulah mereka. Akhir sekali, jangan lupa mendoakan buat mereka disana....







My first published paper

Alhamdulillah akhirnya keluar juga la paper hamba ini...yang memakan masa selama setahun 6 bulan!!...phew..lama yg amat.. setahun lebih sahaja gi balik gi balik draft ngan supervisor, pastu 3 bulan di hantar ke JQE utk direview, and 3 bulan untuk menjawab soalan2 reviewers dan baiki mana yg patut...yg baki nye tunggu pulak queue utk di publish!

Jadi pengajarannya, tak yah la hantar ke IEEE Journal of quantum electronic ni (JQE) sebab nye lembab yg teramat...kita cuba Journal of Applied Physics pulak ye nanti? (inshaAllah, semuanya dengan izin Allah)....

Sedang menulis paper kedua, adui peritnya....dari paper yg patutnye nak buat short je, jadi semakin long n longer, semenya 'terima kasih' kpd supervisor yg sibuk suh panjangkan dan detailkan ia lagi... ya Allah mudah kanlah...Allahumma yassir wa la tu'assir ya kareeeeem!

Enjoy reading the paper! :)

ps: drp paper nak kene kembangkan utk chapter thesis lak...susahnye phd ni...kepada sahabat2 yg sedang bertarung ngan phD di doakan moga terus kuat semangat dan cuba yang terbaik, kita cuba yg terbaik dengan sedaya upaya kudrat yg ada, lepas tu kita tawakkal inshaAllah... rezeki semuanya ditangan Allah, Tuhan sekalian alam, dan bukannya di tangan kita ataupun tangan supervisor kita...
Dependence of the EL on Spacer - Hasbullah NF 2009

Thursday, 1 January 2009

SeGuGus Doa UntukMu PaLeStiN


Kehangatan dan Kemeriahaan malam warna-warni tahun baru di Uk dan di seluruh pelusuk dunia menyaksikan jutaan manusia menyambut kerdipan,percikan dan pancaran bunga api,Hatta di jalanraya dan kota-kota,kereta or mobil berasak-asak,yang bermotor berpusu-pusu dan begitu juga jalan pendestrian penuh dengan lautan manusia.Lautan-lautan manusia ini kononnya untuk meraikan sebuah kehidupan,untuk merasai kegembiraan dan juga merasai sebuah nikmat hidup.Pelik dan Menyedihkan!Rupa-rupanya disebalik kebahagiaan itu,Ramai lagi yang belum mencapai maqam bahagia,disulami susah derita dan gejolak sebuah kehidupan.

Begitu juga di tanahairku yang tercinta turut sama berhibur dan meraikkan tahun baru sedangkan manusia lain yang seagama dan seislam seperti kita di bumi Gaza Palestin dihujani penderitaan dan kesengsaraan serta penindasan,Malah saat ini serangan demi serang berlarutan oleh puak-puak zionis yahudi yang tak mengenal erti sebuah perikemanusiaan atau boleh diistilahkan tak berhati perut...Mengganas dan Membunuh sesuka hati rakyat palestin yang tak berdosa.

Malah ada yang menyayat hati mendengar jeritan dan suara-suara ibu yang berkematian anak berkata " Biarkan pemerintah Arab bergembira dan berbahagia.Satu lagi peristiwa berlaku tak jauh dari Hospital di Gaza,Seorang Ayah(Ilyan)jatuh pengsan ketika mendengar salah seorang puteranya menjerit dan berkata "Ayah...ayah!..Izzudin telah meninggal" Sesaat kemudian dia terbangun dan menangisi puteranya yang paling kecil turut gugur bersama dalam serangan udara tentera israel.Tidak lama kemudian dia di kejutkan lagi dengan berita lain yang membawa khabar kematian "Anak-anak lelakimu Bakar Anwar telah pergi(meninggal).Anak saudaramu Juga Muhammad meninggal.

Kali ini,seluruh anggota keluarga jatuh pengsan.Rafiq yang baru berusia 3 tahun menjerit kesedihan dan berkata..."Papa.....Aku sayang papa....Kemana kau pergi?Adik ini saban hari bertanya tentang ayahnya.Sedangkan adiknya yang kecil,baru berusia empat bulan,tidak mengerti apa yang terjadi disekitarnya.

Dengan sangat berat, nenek cucuk kepada dua anak tadi berkata.."Aku telah kehilangan anak yang paling besar dan paling kecil.Saya tidak meninggalkan anak-anaknya.aku telah kehilangan penyejuk hatiku .. Demi Allah, cahaya ini telah padam… telah padam...

Ya Allah...Aku mengalir airmata bila mengikuti cerita ini,Malah jari-jemariku seakan-akan tak berdaya menukilkan plot kisah ini.

Di Aljazera dan Al Manar serta banyak lagi Tv-tv Arab menyiarkan puluhan saudara kita menghadapi sakaratul sambil bersusah payah mengangkat tangan ke atas sambil mengucapkan khalimah tauhid "Laa ilaaha illal Allah"

Semoga paparan kisah ini menyentuh hati-hati kita dengan sebuah kesedaran dan keinsafan yang mendalam tercetus dikalangan semua kaum muslimin.Marilah kita tunaikan hak persaudaraan kita sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w yang bersabda....

"....Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang mereka,hubungan naluri mereka dan persaudaraan mereka seperti satu jasad,apabila satu anggota terasa sakit,maka seluru anggota turut berjaga dan terasa sakit.."

Marilah kita sama menadah tangan dan memohon doa disetiap sholat dengan membaca Qunut Nazilah agar Allah memberi pertolongan kepada Rakyat palestin dan Para Mujahidin yang berjuang....

"Ya Hayyu Ya Qayyum.... Turunkan Para MalaikatMu untuk membantu para mujahidin diGaza dan seluruh palestin sebagaimana yang telah engkau turunkan ribuan malaikat di Badar,Khandak dan Tabuk.

"Ya Hayyu, Ya Qayyum.....Ringankalah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza,Kuatkan terus generasi baru dari antara anak-anak mereka,menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan islam melalui jihad fii sabillilah.

"Ya Hayyu Ya Qayyum..Jangan kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.

"Ya Hayyu Ya Qayyum...Anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh AgamaMu dan wafatkan kami dalam keadaan muslim.


Wahai saudara-saudaraku pembaca blog ini....angkatkan tangan dan aminkan doa ini.Tak ada kekuatan yang abadi di dunia selain kekuatan Allah.

Wassalm

Wednesday, 31 December 2008

Gaza berdarah syuhada’ -

- diambil daripada blog ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Gaza berdarah syuhada’ -

Sabarlah ya ikhwani.
Kalian diharamkan
daripada kenikmatan dunia
oleh tangan-tangan durjana
kerana kealpaan
saudara-saudaramu di mana-mana
meninggalkan jihad
leka dengan syurga dunia
yang hina fana

Tuhan telah menjanjikan
untukmu Syurga
bersama-sama
Sumayyah dan Yasir
Hamzah dan Khubaib
yang jua
telah mendahuluimu
mewakafkan hidup untuk Allah

Namun airmataku yang mengalir
bukan kerana darah syuhadamu
tapi kerana ramainya
saudaramu di sini
yang gugur murtad
fasik dan bangga
mengikut jejak
budaya Zionis keparat.

Sedangkan para duahnya
ramai yang tertidur
mimpikan pangkat
nama dan darjat.

(Annuar Ibnu Salleh Hussain)

- diambil daripada blog ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Gaza berdarah syuhada’

--------------------------------------

Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .

Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.

Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.

TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.

Note:
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx

http://www.palestinkini.info

Wednesday, 24 December 2008

Masjid Nabawi

Tuesday, 23 December 2008

Ziyarah Al Madinah - Jabal Uhud

Pemandangan Bukit Uhud dari dekat

Mt. Uhud is a mountain near Medina. It is 142 meters high. It was the site of the second battle between Muslim and Meccan forces. The Battle of Uhud was fought on 23 March, 625 CE, between a force from the small Muslim community of Medina, in what is now north-western Arabia, and a force from Mecca. Jika perasan, bukit kecil di sebelah kanan gambar ialah bukit dimana para pemanah Uhud berada...


sesampainya kami di Jabal Uhud, Ustaz Mazrul (yang berjubah dan berserban putih) memberikan sedikit sebanyak taklimat tentang bumi yang bersejarah itu.

Ustaz Mazrul menunjuk kearah Bukit Uhud...


Oh Uhud

Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, reported:
Allah's Messenger (may peace be upon him) said:"
Uhud is a mountain Which loves us and which we love
"

Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 2467

Sekali lagi model kita berposing di depan perkuburan para syuhada' Uhud... di antara sahabat-sahabat terkenal yang di kubur disana ialah bapa kepada para syuhada', bapa saudara nabi, Hamzah bin Abu Muttalib.. Di sunatkan untuk memberi salam kepada ahli2 qubur jika menziarahi perkuburan orang2 Islam....

Cerita tentang Hamzah r.a. ..our hero...

Hamzah ibn Abdul-Muttalib fought fiercely, killing many Qurayshi heroes. No one could stand against him until Wahshi, the slave of Jubayr ibn Mut'im, waited for him in ambush. He was expert at throwing the javelin and seldom missed his mark. Jubayr had promised him that he would set him free if he killed Hamzah. He had killed his uncle Tu'aymah in the Battle of Badr. Hind, the wife of Abu Sufyan who was thirsting for revenge, also encouraged him to kill Hamzah. Wahshi attacked Hamzah with his spear, striking him so hard that it pierced the lower part of his body. Hamzah fell, a martyr.

Cerita tentang Mus'ab bin Umair :

Muhammed s.a.w addressed the dead body of Mus'ab thus:

“When I saw you for the first time in Mecca there was nobody more handsome and well-dressed than you. But, I see that today your hair is uncombed and only a sheet of cloth covers your body!”

The dead of Uhud could not get proper shrouds because in those days Muslims were poor and lacked money. Mus‘ab bin ‘Umair had only a sheet of cloth over his body; if the head was covered, the feet were bare and when the feet were covered the head was left bare. In the end, his head was covered and his feet were covered with grass. Such was the shroud of Mus ‘ab bin ‘Umair (Allah be pleased with him) - the great martyr of the Muslim nation.

Di perang uhud ini, 70 orang telah menjadi para syuhada', kebanyakannya daripada golongan Ansar....manakala 22 orang kafir quraisy telah terbunuh.



Pemandangan dari atas buki pemanah, kelihatan perkuburan para syuhada' Uhud ..
Di kaki bukit penuh dengan peniaga-peniaga menjual barangan dagangan mereka.

Bukit tempat pemanah Uhud pernah mempertahankan Islam di latar belakang gambar

Hadith tentang perang Uhud :

Hadis riwayat Sahal bin Sa`ad ra.:

Bahwa dia ditanya tentang luka Rasulullah saw. dalam perang Uhud, Sahal menjawab: Wajah Rasulullah saw. terluka, gigi seri beliau patah serta topi perang beliau juga hancur. Fatimah putri Rasulullah saw. lalu membersihkan darah beliau sementara Ali bin Abu Thalib menuangkan air ke atas luka dengan menggunakan perisai. Ketika Fatimah melihat ternyata air hanya menambah pendarahan, ia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya hingga menjadi abu. Kemudian Fatimah menempelkan abu tersebut pada luka beliau hingga berhentilah aliran darah itu

Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 3345


Bukit Uhud telah menyaksikan detik yg sangat bersejarah dalam kehidupan umat Islam, banyak pengajaran-pengajaran yang dapat di pelajari bila kita meneliti bahagian seerah ini..moga kita semua mengambil manfaat daripadanya...



Inilah kumpulan kami, satu-satunya gambar yang ada kesemua rombongan haji MSM...jurugambar akhi Rahman sahaja yang tiada dalam gambar ini...kesemuanya 28 orang..alhamdulillah this journey mentautkan dan merapatkan lagi ukhuwwah sesama kami.. indeed a very special memory....