
Buat Kak Kina,
Moga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini...
Moga dengan ujian ini menjadi kaffarah dosa-dosa yang lepas...
Moga ujian ini membuatkan kak kina sekeluarga semakin dekat dengan yang Esa..
Kami sekeluarga doakan Kak Kina cepat sembuh..
Salam sayang,
Fadzlin & Ustaz Yusof
-----------------------------------------------
Buat pengetahuan semua, kak kina telah di masukkan ke hospital kerana bengkak2 sendi disebabkan infection selepas melahirkan anak. Sekarang masih di hospital Northern General , Sheffield, UK. Kak Kina adalah ahli usrah ana. Kami semua ahli usrah rindu dan menunggu kepulangan Kak Kina..
Wednesday, 14 January 2009
Doa buat mu...
Posted by
ana muslim
at
15:33
0
comments
Labels: Pengumuman
Song for Gaza
Lyrics:
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In the night, without a fight
We will not go down
In Gaza tonight
by Michael Heart
The song MP3 is available for download at:
http://michaelheart .com/Song_ for_Gaza. ..
Posted by
ana muslim
at
01:57
0
comments
Labels: Akhbar Islami, Lirik nasyid, tazkirah
Tuesday, 13 January 2009
Thursday, 8 January 2009
Sunday, 4 January 2009
Palestine We are With You
Laungan jeritan " FREE FREE PALESTINE" dan "STOP the GAZA MASSACRE" menggegar kan perkarangan Sheffield town Hall pada 3 January 2009... beratus-ratus manusia berkumpul untuk menyatakan kebencian mereka kepada Israel Rejim Zionis itu dan menyatakan sokongan mereka kepada penduduk palestin..Disini dapat dilihat antara party2 yg datang ialah the socialist party and even communist party...dan sudah tentunya umat islam Sheffield..kami tiba sedang elok kata-kata semangat dimulakan...
Kami tak sempat buat sepanduk, jadi pinjam sepanduk mereka yg datang je lah... diatas Ustaz Yusof dengan salah satu sepanduk...
Tidak ketinggalan juga Musreen, anak usrah Ustaz Yusof pun bersama bergambar menunjukkan keprihatinan terhadap apa yang berlaku di Gaza..
Lepas tu kami pun march beramai2...berjalan membuat satu pusingan sambil melaungkan slogan2 anti israel dan pembebasan palestin... Yang pastinya yg paling kuat melaungkan slogan adalah orang2 putih...moga Allah bagi hidayah untuk mereka memeluk Islam, ameen
Antara yg menarik ialah seorang mat salleh tidak membawa sepanduk biasa tetapi mengangkat sepatu...mula2 terfikir kenapa pulak, oh baru teringat kes seorang journalist al jazeera yg melemparkan sepatunya kepada George Bush...ahh bijak sekali idea mat salleh ini....
Posted by
ana muslim
at
17:56
0
comments
Labels: Akhbar Islami, Palestin, Promo/Iklan
My first published paper
Alhamdulillah akhirnya keluar juga la paper hamba ini...yang memakan masa selama setahun 6 bulan!!...phew..lama yg amat.. setahun lebih sahaja gi balik gi balik draft ngan supervisor, pastu 3 bulan di hantar ke JQE utk direview, and 3 bulan untuk menjawab soalan2 reviewers dan baiki mana yg patut...yg baki nye tunggu pulak queue utk di publish!
Jadi pengajarannya, tak yah la hantar ke IEEE Journal of quantum electronic ni (JQE) sebab nye lembab yg teramat...kita cuba Journal of Applied Physics pulak ye nanti? (inshaAllah, semuanya dengan izin Allah)....
Sedang menulis paper kedua, adui peritnya....dari paper yg patutnye nak buat short je, jadi semakin long n longer, semenya 'terima kasih' kpd supervisor yg sibuk suh panjangkan dan detailkan ia lagi... ya Allah mudah kanlah...Allahumma yassir wa la tu'assir ya kareeeeem!
Enjoy reading the paper! :)
ps: drp paper nak kene kembangkan utk chapter thesis lak...susahnye phd ni...kepada sahabat2 yg sedang bertarung ngan phD di doakan moga terus kuat semangat dan cuba yang terbaik, kita cuba yg terbaik dengan sedaya upaya kudrat yg ada, lepas tu kita tawakkal inshaAllah... rezeki semuanya ditangan Allah, Tuhan sekalian alam, dan bukannya di tangan kita ataupun tangan supervisor kita...
Dependence of the EL on Spacer - Hasbullah NF 2009
Posted by
ana muslim
at
07:11
2
comments
Thursday, 1 January 2009
SeGuGus Doa UntukMu PaLeStiN

Kehangatan dan Kemeriahaan malam warna-warni tahun baru di Uk dan di seluruh pelusuk dunia menyaksikan jutaan manusia menyambut kerdipan,percikan dan pancaran bunga api,Hatta di jalanraya dan kota-kota,kereta or mobil berasak-asak,yang bermotor berpusu-pusu dan begitu juga jalan pendestrian penuh dengan lautan manusia.Lautan-lautan manusia ini kononnya untuk meraikan sebuah kehidupan,untuk merasai kegembiraan dan juga merasai sebuah nikmat hidup.Pelik dan Menyedihkan!Rupa-rupanya disebalik kebahagiaan itu,Ramai lagi yang belum mencapai maqam bahagia,disulami susah derita dan gejolak sebuah kehidupan.
Begitu juga di tanahairku yang tercinta turut sama berhibur dan meraikkan tahun baru sedangkan manusia lain yang seagama dan seislam seperti kita di bumi Gaza Palestin dihujani penderitaan dan kesengsaraan serta penindasan,Malah saat ini serangan demi serang berlarutan oleh puak-puak zionis yahudi yang tak mengenal erti sebuah perikemanusiaan atau boleh diistilahkan tak berhati perut...Mengganas dan Membunuh sesuka hati rakyat palestin yang tak berdosa.
Malah ada yang menyayat hati mendengar jeritan dan suara-suara ibu yang berkematian anak berkata " Biarkan pemerintah Arab bergembira dan berbahagia.Satu lagi peristiwa berlaku tak jauh dari Hospital di Gaza,Seorang Ayah(Ilyan)jatuh pengsan ketika mendengar salah seorang puteranya menjerit dan berkata "Ayah...ayah!..Izzudin telah meninggal" Sesaat kemudian dia terbangun dan menangisi puteranya yang paling kecil turut gugur bersama dalam serangan udara tentera israel.Tidak lama kemudian dia di kejutkan lagi dengan berita lain yang membawa khabar kematian "Anak-anak lelakimu Bakar Anwar telah pergi(meninggal).Anak saudaramu Juga Muhammad meninggal.
Kali ini,seluruh anggota keluarga jatuh pengsan.Rafiq yang baru berusia 3 tahun menjerit kesedihan dan berkata..."Papa.....Aku sayang papa....Kemana kau pergi?Adik ini saban hari bertanya tentang ayahnya.Sedangkan adiknya yang kecil,baru berusia empat bulan,tidak mengerti apa yang terjadi disekitarnya.
Dengan sangat berat, nenek cucuk kepada dua anak tadi berkata.."Aku telah kehilangan anak yang paling besar dan paling kecil.Saya tidak meninggalkan anak-anaknya.aku telah kehilangan penyejuk hatiku .. Demi Allah, cahaya ini telah padam… telah padam...
Ya Allah...Aku mengalir airmata bila mengikuti cerita ini,Malah jari-jemariku seakan-akan tak berdaya menukilkan plot kisah ini.
Di Aljazera dan Al Manar serta banyak lagi Tv-tv Arab menyiarkan puluhan saudara kita menghadapi sakaratul sambil bersusah payah mengangkat tangan ke atas sambil mengucapkan khalimah tauhid "Laa ilaaha illal Allah"
Semoga paparan kisah ini menyentuh hati-hati kita dengan sebuah kesedaran dan keinsafan yang mendalam tercetus dikalangan semua kaum muslimin.Marilah kita tunaikan hak persaudaraan kita sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w yang bersabda....
"....Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang mereka,hubungan naluri mereka dan persaudaraan mereka seperti satu jasad,apabila satu anggota terasa sakit,maka seluru anggota turut berjaga dan terasa sakit.."
Marilah kita sama menadah tangan dan memohon doa disetiap sholat dengan membaca Qunut Nazilah agar Allah memberi pertolongan kepada Rakyat palestin dan Para Mujahidin yang berjuang....
"Ya Hayyu Ya Qayyum.... Turunkan Para MalaikatMu untuk membantu para mujahidin diGaza dan seluruh palestin sebagaimana yang telah engkau turunkan ribuan malaikat di Badar,Khandak dan Tabuk.
"Ya Hayyu, Ya Qayyum.....Ringankalah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza,Kuatkan terus generasi baru dari antara anak-anak mereka,menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan islam melalui jihad fii sabillilah.
"Ya Hayyu Ya Qayyum..Jangan kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.
"Ya Hayyu Ya Qayyum...Anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh AgamaMu dan wafatkan kami dalam keadaan muslim.
Wahai saudara-saudaraku pembaca blog ini....angkatkan tangan dan aminkan doa ini.Tak ada kekuatan yang abadi di dunia selain kekuatan Allah.
Wassalm
Posted by
ana muslim
at
00:10
1 comments
Labels: Palestin