Tuesday, 10 February 2009

Lagu rasmi Majlis Syura Muslimun (MSM) dan ISMA

Lagu MSM


Lagu MSM.mp3 - MSM

MSM ni apa? Leh klik disini utk maklumat lanjut.


Lagu ISMA pulak




Di cipta oleh Nazrey (ex-Raihan)

Isma ni apa? leh la klik disini utk maklumat lanjut.

ps: teringat pulak pernah pergi Eid Concert di Manchester (tahun 2005 kot), antara artis jemputan masa tu, kumpulan nasyid Raihan ni... ghope2nye, ramai peminat Raihan ni di UK, bukannya melayu tapi org2 pakistan.! yg lawak tu, anak2 depa siap leh nyanyi lagu raihan dlm bahse melayu..walaupun tak tau maknanya! Amazingkan?

Monday, 9 February 2009

For Gaza with love, a forum


I wonder, bila la pulak sheffield nak buat forum jemput penceramah best2 ni...

Jemput Ustaz maszlee, Dr. Asri, Ustz. Zaharuddin ke...

Sunday, 8 February 2009

Ibrah dari salji


Semalam aku mendengar tazkirah yang bagi ku sangat menyentuh hati... tazkirah yang membuka minda...tazkirah mengenai salji...

Minggu ini, satu UK dilanda salji lebat, yg ada sesetengah tempat tu, paling lebat sejak 15 tahun....aku juga memerhatikan salji-salji itu turun daripada langit...seperti turunnya bulu2 daripada awan...bergerak ke sana kemari dengan tiupan angin lembut...subhanallah..

Buat kita yang 'experience ' ketika salji itu turun...salji tu kecil sahaja, bagai titisan air, lemah...satu per satu kepulan salji itu turun ke bumi...namun, pada permulaannya, tiada beza, satu, dua, tiga kepulan salji...bumi seperti itu juga...salji2 tadi terus cair menyentuh permukaan bumi...nampaknya tiada beza...

Namun salji2 yg lain itu, terus bersemangat turun drp langit , dibawah arahan Tuhannya....walaupun mrk tahu yg salji2 yg pertama itu ramai terkorban, seakan2 tiada beza, tapi sebenarnya, salji2 yg terkorban itu telah berjaya menyejukkan bumi, demi utk sahabat2nya yg akan datang, meliputi dan menimbuni seluruh permukaan yg ada...


Setiap kepulan salji yg turun itu pula berbeza2...masing2 dengan karakter mereka, seperti rajah diatas.....namun tujuan mereka satu...untuk mengikut perintah Tuhannya...dengan itu beramai2, kepulan-kepulan salji menyerang satu UK, akibatnya, putih...putih merata, sekolah2 terpaksa ditutup kerana salji sgt lebat, trafik jalan raya tergendala dek gara-gara salji, berita BBC setiap hari menceritakan kerugian bisnes2 akibat kepulan2 salji, yang pada mulanya seakan2 tiada impak...

Begitulah juga dengan kita manusia...mungkin berseorangan kita lemah...tak mampu buat apa2...cuba bawa perubahan, tapi cam tiada hasilnya...namun si manusia itu tak patut berputus asa...kerna dia tahu dia hanya menyampaikan risalah Tuhannya....tak apalah dia berkorban...mungkin pada mulanya tidak nampak hasilnya... tapi pengorbanan nya itu sebenarnya telah menyediakan landasan untuk sahabat2nya yg lain meneruskan perjuangan dari Tuhannya....satu, demi satu, sahabat2 akan sedar dan berjuang....

Sahabat-sahabatnya itu mungkin tidak serupa dengannya, ada yang semulajadi ramahnya, ada yang pendiam, ada yang sangat ceria, ada yang kelihatan agak tak serasi dengannya...namun sahabat2 ini terus bersatu seperti salji diatas...perbezaan kecil diketepikan sahaja, kerna niatnya hanya satu, mengikut perintah Tuhannya...

Akhirnya....tergemparlah dunia itu...seluruh bumi merasa kehadiran manusia-manusia itu, tiada lagi yang dapat menolak kehadiran mereka...dan suatu hari seperti janji Tuhannya, risalah itu menang di muka bumi...dan terima kasih kepada manusia itu seperti kepulan salji, yg tidak pernah mengenal arti jemu dan terus terus berjuang....

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa. (Yunus : 6)
Jazakillah aiza, for the beautiful tazkirah...

ref 1

Friday, 6 February 2009

RGS - bergambar dengan rakan sekerja

Assalamualaikum...

Ni pulak Ustaz yusof bergambar ngan floor engineer dengan meriahnya...leh la tgk gamba dgn lagu dibawah ini... kenangan duk UK...


Luahan Rindu - Devotees

Sebelum memulakan kerja,kita sempat lagi berposing jap
Dari kiri :Abng Zul,Babul salam,Nasri dan Firdaus.

Bergambar bersama saiful,tak lama lagi dia akan balik mesia.
Dari kanan:Nasri,Saiful,Ana dan Firdaus

Kita satu geng kerja di notre dame school bermain snow.Wah!bestnya

Seronoknya tiga orang ni berposing

Hehehe lebatnya snow

Perjalanan ke tempat kerja ditemani snow-snow yang bercucuran

Berposing beramai-ramai


Thursday, 5 February 2009

Kenangan Snow di Sheffied 3/01/09


Abang Yusof posing depan halaman rumah


Model kita lagi...hehe


Tunjuk apa tu ustaz?


Seluruh Sheffield di liputi salji..... PUTIH...

Teratak 46 Broomwalk diliputi salji


Ahlan wa sahlan ke teratak kami, 46, Broomwalk


Ni rumah kami dari satu penjuru


Tu dia flat kami...namanya Broomwalk


Abang Yusof bergambar depan pintu masuk rumah

Kepada mrk yg belum pernah sampai ke rumah kami...jemputlah datang...

Wednesday, 4 February 2009

Snow at Sheffield - Poster Photos



Gambar-gambar diatas tiada copyright...jika berkenan, boleh la download...